Tuesday, October 27, 2009

Zaman Dolu2 di U

Posted by Unknown at 10:00 PM 3 comments
Kali nak cerita pasal life kat U pada zaman dolu2. Mmg cukup indah. kalau masa boleh diundur alangkah bestnya. tak payah pikir benda yang berat2. Masa tu pikir blajar, main2, tidor, makan, pergi kuliah n macam2.
Pic kat atas niela geng sehidup semati dr sem 1 sampaila la nie. Pic ni diambil b4 kitaorang nak g alor setaq. Nak perabih duit PTPTN. Inila kali pertama kitaorang dapat g jalan2 bersama2 geng seramai 12 orang secara serentak. Naik bas lak tu. yang pandai drive keta sorang jer..so nak tak nak naikla bas HBR. Kitaorang pggl Hari2 bas rosak. (Mmg pon)

Masa ni muda belia lagi. Pakai tudung pon cara lama lagi. haha. G langkawi dengan member2. Kebetulan member2 mmg kaki jalan. Pantang cuti sem kita akan plan. Sanggup tak balik kg tapi g jalan2. Jauh berjalan kan luas pemandangan.
Kononnyer nak nampak kelainan bergambar. Semua baring kat rumput. Nie waktu hujung minggu ni kat UUM. Kat U aku ni hujung minggu terperok jer la kat kampus. Kitaorang kan duduk kat hutan. Nak gi bandar jauh...nak study malas so kita ambik gmbq keliling U.
Masa ni sambut besday eya, ct, n liza. Sebelum suprise party ni berlansung aku, K.d, misya n iema telah bergaduh dengan besday girls ni la. Puncanya petang tur tak ajak diorang pergi The Mall sama2. Dorang nak ikut kitaorang tak bagi. Mmgla tak bagi coz kitaorang nk g The Mall tu nak beli kek tuk korang. kalau ikut tak suprise la beb..Tp malam tur barula diorang tahu knp kitaorang wat cam tu...hahaha malu jer tu. Paling aku ingat.. ct la muka paling ketat. Eya lak muka poyo, liza jer cool. Haha Ntahapantah. Apehal mmg best.
Masa ni konvo Noyu, iema n eya. Depa grad dulu. Yg lain sayang nak tggl UUM. haha yer le tu. Pagi tgk member konvo malam g ekspo. Haha.
Nie lak Kat Pangkor. Mmg cukup best. Budget sorang RM15o jer. Siap ada lebih lagi. Pangkor ni mmg cantikla. Tragedi kat pangkor ni yg aku hingat ialah aku kn cirit birit. Aku SORANG jer tu. Sbbnya aku makan ayam dah busuk kat gerai tu. Semua orang tolak tepi bl kata ayam tu berbau. Aku???? Tolak perot last2 perot aku sakitttt. Kuat melantak la katakan. Haha. tak per la pengalaman.
Aku ni mangsa buli sebenarnya. Tgkla pic tu. Mentang2 daging aku lebih sket dr diorang sanggup depa wat lagu nie kat aku. HuHu
Nie la tempat ngeteh kitaorang. Nongka namanya. Malam2 lapor datang sinila menjamu selera. Masa nie air dah dapt nasi jer belum. Kat UUM nie la aku knl apa itu moi sup. nasi daging padkapau dll yang tak prnh aku jumpa kat Johor. Kedah ni dkt ngan Siam. So mmg ramaila tukang2 masak made in Siam. Tp makanan depa mmg BEST. Harga makanan kat cni mmg murah sedap lak tu. Bagi setiap suapan adalah suapan pertama. Sepanjang 4 tahun dok UUM ni tak pernah aku jemu ngan makanan dier. Tur sebab aku sihat lebih dr diorang. Haha biarla asal hati senang.

Nie lak kawan kuliah aku merangkap rakan senegeri, daerah n kampung. Diorang ni banyak membantu dalam menyiapkan assignment, tolong sign bila aku tak dtng kuliah, pinjam nota, meniru sket2 masa exam dll. Tanpa bantuan diorang tak pakaila jubah biru tu ek. Thanks eton n awin. I Luv U all.
Akhirnya aku pon dapat grad dengan jayanya. Sedey sebenarnya nak meninggalkan uum ni. Tapi hidup perlu diteruskan bukan??? Terima kasih atas segala2nya kawan2. Bnyak kenangan manis yang terpahat kat u ni. Kita berkongsi segala2nya. Gaduh, baik, masam muka, tak puas hati, sayang kita adun menjadi satu. Tapi kita tetap KAWAN untuk selama2nya. Terima Kasih tak terucap untuk member2 yang jauh dimata namun tetap d hati. Eya, Liza, Sal, K.diey, iema, misya, noyu, noni, wex, ieta,timah, diana, ros n ayu. Walau dimana kalian berada semoga korang berjaya. Sayang korang. Agak2 bila kita nak wat reunion??




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Thursday, October 22, 2009

Jiwang Jiwang

Posted by Unknown at 9:02 PM 0 comments


Bila dah tak suka, bila dah tak sayang macam2 benda boleh jadi. Yg dulu wangi boleh jadi busuk, yang dulu cantik boleh jadi buruk, yang dulu sayang boleh jadi benci. Kenapa ek?? Bila cinta berputik semua indah belaka tp bila ia pudar cinta itu sangat sakit. Bagaimana kita nak suburkan perasaan cinta itu agar kekal selamanya.

Aku lihat cinta berlegar2 di sekeliling aku. Ada cinta yang benar2 membawa bahagia. Ada cinta yang membuatkan seseorang itu sengsara. Sengsara dari fizikal dan jiwa. Aku yang melihatnya pun rasa sakit apatah lagi orang yang menanggungnya. tapi kita tetap kejar cinta itu. Sebab apa??? sebab cinta anugerah Tuhan yang paling hebat. Dia hadir tanpa dipaksa.Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)(peh jiwang plak aku hari ni) Tp betul kan apa aku cakap?? Semua orang mengimpikan cinta yang kekal hingga ke akhir hayat. Cinta yang boleh membawa ke jinjang pelamin dan akhirnya ke liang lahad. Tapi berapa ramai mampu membawa cinta itu ke destinasi terakhir??? Ramai yang hebat dan mampu mengemudinya tapi ramai juga yang tersungkur di tengah jalan. Tapi perjalanan hidup perlu diteruskan bukan??? Lupakan cinta lama dan cari cinta yang lebih ikhlas dan hakiki. Kesimpulannya cinta perlu ada dalam setiap diri manusia namun jika cinta itu tidak dapat bersatu biarlah ia menjadi cinta dalam hati. Jika cinta tidak dapat diteruskan temuilah cinta yang baru. Jika cinta tersungkur di tengah jalan teruskanlah hidup kita ini kerana CINTA AGUNG TETAP MILIK KITA IAITU CINTA PADA ALLAH.
P/S: Untuk Emak Kalau Mak Nak kahwin lagi Jai tak Kisah. HaHaha




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, October 21, 2009

Moero Attack Dlm Kenangan

Posted by Unknown at 8:27 PM 0 comments


Tak tahula kenapa ek sejak dua menjak ni suka sgt post kenangan2 lama. Mungkin rindu sangat pada zaman2 dolu. Bak kata pepatah"Tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat bermain"
So pada kali ini aku sertakan video yang bertajuk Maero Attack. Citer Jepun ni mmg femes sgt2 pada zaman aku dulu. Citer ni pasal budak main bola tampar. Masa ni aku sekolah rendah lagi. Blk dr sekolah agama terus berkejar-kejaran ke rumah nak tgk citer ni. Esoknyer datang sekolah sakan bercerita dengan member2. Masa rehat plak sibuk dok ulang adegan yg ditengok pada episod semalam. Orang kata makan moera attack, minum moero attack, tidor pon moero attack. Dolu2 nila hiburan jer yang ada. Dolu2 mana ada astro, internet tv3 pon rasa baru nk launch. Tv dolu2 mula program waktu petang. So aku blk dr sekolah agama dok ngadap tv dari petang sampai ke malam. Yg penting layan citer Moero Attack ni la. Baby2 yg lahir dalam tahun 80an mesti ingat citer jepun ni la. kalau korang tak ingat maybe korang duduk kat Australia kot..hehe apehal layan dulu lagu ni.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, October 18, 2009

Zaman Yg Dah lama Berlalu..Namun Masih tetap di Hati

Posted by Unknown at 9:58 PM 1 comments

Aku tergelak2 baca benda ni...cepatnya zaman kita berlalu...

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- dulu kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu ada datang jugak naik lori sape yang kaya beli vitagen.. warna putih paling sedap..Tak lupa gak susu kotak coklat harga dier 30 sen.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. mesti ada satu buku yang best semua berebut contohnya buku lori yang tayar banyak,takpun buku kapal terbang budak pompuan baca cite dongeng pastu masuk kelas berlagak jadi puteri raja..

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm...kalau cikgu nak bagi ganti..rmt masa tu semua mengaku tak bawak duit belanja

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. yang lelaki main tembak2, tepak sape beso pengkalan perang diala power.. takpun ambik pembaris dengan pemadam letak bawah tepak, main lori - lori..

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam tapi pastu ukir jadi kereta sport, kat koperasi sekolah macam2 pemadam jual
gambo bendera paling popular , yang bau singgam pun ade..

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.lepas tu beli tali ikat buku yang warna-warni tu
barula nampak macam budak rajin... pastu beli kepala ultraman nak letak belakang pensel..

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.pastu ambik bulu dia simpan dalam buku kononnya boleh beranak

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, buat pinggan mangkuk pakai gam kanji..

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. letak minyak bon kat sekben kononnya boleh panjang..

- bila time nak balik cikgu mesti suruh letak kepala atas meja sape yang paling diam dia balik dulu masa tu kelas sunyi sepi semua nak balik awal..

- bila dah balik yang laki main polis entri dak pompuan main lubang tikus takpun main getah ada gak yang main konda kondi.. lagi satu kumplan pulak mesti pakai beg beso jenama swan warna ungu kat tangan pegang botol air yang macam meriam tu ambil
tunggu bas, bila ajak main sekali confirm tak nak..

- yang main kejo2 mesti kira kat kaki sebelum main pastu ramai2 kira "ulat bulu panjat lidi sapa dulu dia jadi"

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, transformers, ninja turtles,kickers,dashyankuro Thundercats, maskman, Gaban .. Mero Attack (tak salah aku lar..dak2 pompuan suka citer tur n g skool n berangan dan mcm lg.
kalau cite ultraman yg popular masa tu ultraman ace.. bila hakuto dan minami bergabung mesti teruja. tu belum kira airwolf dengan knight rider

-Daun Setawar selalu letak kat buku sampai kering n tumbuh akar. hehe

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

Citer kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 takpun nangis bace mende ni

.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, October 7, 2009

Raye 2009

Posted by Unknown at 9:39 PM 2 comments
Pose dr owner blog tuk raya thn nie dgn bj raya thn nie..hehe. tak bnyk pic raya thn nie. Gambaq family pon tak ambik. Yer la sapa yg nk pegang kamera... sapa yg nak ambik gmbo..tggl mak n aku jer.huhu. Tp .
raya ttp raya.



Dr kiri Raudzah, Rahmah, Rohaidah, Fatimah n K.Zaleha posing d hadapan makanan sebelum makanan ditelan hilang oleh depa semua...

Senyum dulu..sblm makan coz masa makan tak dan dah nk senyum..sbb FOKUS pd makanan. Buaya lapar ada kat depan kitaorang. Tp pic buaya tak der. Tak dan nk snap.

Menu makanan sempena Sambutan Hari Raya peringkat SDBL Tahun 2009. Lodeh masin sket..hak lain ok especially rendang. Pulut lak tak masak sgt. Sowey Mak Cik Kantin. Komen tuk meningkatkan kualiti masakan. Hidup Kantin tuk SDBL.

Request dr cousin suruh bubuh pic dalam blog. Permintaan mu tertunai. Cousin aku yg muda yg tak muda ibunyer merangkap Wak aku. Aslammulaikum Wak Paimah. hehe

Pic plng mahal. Eya n husband Azam bersama2 kak Ina yakni kakak eya dikelilingi oleh anak buah eya datang beraya ke teratak hamba. Tak sangka dr kay ell snggup datang jauh2 tuk meminta maaf dengan aku. Dosa hang aku maafkan eya. Jgn risau k. Hehe. Apehal pon Thanks eya n azam sudi datang BP. Terharu beb. Len kali datang lg ek. Misz u a lot.

Bunga api b4 dibakar.

After dbakar berwarna warni seluruh kg. tp jap jer tak puas tgk. 25 shots jer. Thn depan nk beli hak 100 shots lar hehe. Tp mmg best. Beli ngan member RM35. Hehe ala sajer jer nk enjoy. Tak salahkan??







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES