Monday, April 25, 2011

PENAT!!!

Posted by Unknown at 9:20 PM 0 comments
Hari Isnin biasanya dihantui dengan rasa yang amat penat berbeza dengan hari2 lain. Tapi SERIUS hari ni aku rasa penat sangat. ..penat dan penat.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, April 20, 2011

Rahsia Wanita Yang Lelaki Kurang Tahu @ Tak Tahu Langsung

Posted by Unknown at 8:52 PM 0 comments

Memang sukar lelaki untuk mengetahui isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Kadang-kadang hari ini pilih A tapi esok boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang berdiam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap buat-buat tak layan seolah-olah tidak berminat,tetapi sebenarnya dia akan menjerit kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan bertanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s :Semasa jalan2 kat sesawang tenet terjumpalah benda ni kat blog isuhangat. Memang kena ngan jiwa la orang kata. So dengan tak malunya aku copy n paste kat sini. Dah mintak izin dah. Diharap dengan adanya rahsia yang telah didedahkan ni lebih banyak la lelaki yang bergelar suami atau yang nak jadi bakal suami atau yang baru nak memikat wanita yang dicintai akan lebey memahami apa yang diinginkan oleh seseorang wanita. SERIUS kalau diamalkan InsyaAllah bahagia rumahtangga. Lepas ni cari lak rahsia lelaki yang wanita tak tahu.




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, April 17, 2011

Aku Nak Lebih Cute...

Posted by Unknown at 10:59 PM 0 comments
Tajuk entri yang agak perasan. Perasan untuk menjadikan kita lebih cantik..tak salahkan??? Sekarang pon cute cuma nak lebihhhhhhhh cute. Maksud cute di sini adalah untuk menghilangkan mana2 lemak yang sudah terkumpul begitu lama sehinggakan sukarnya untuk membuang lemak yang sangat jahat itu dari tubuh aku. Bila lemak jahat itu bersarang di tubuh aku..banyak perkara yang aku tidak boleh buat. Contoh..nak lari berpagar (x boleh), lari 100 meter(x boleh) hahha sekadar mengambil beberapa contoh yang tidak masuk akal. Sudah banyak petua diberi, baca kat buku pon tak terkira..kalau pakar sakit puan tanya pon aku leh jawab..TAPI sifat PANTANG jumpa makan membuatkan aku lupa apa yang aku baca..lupa petua yang aku dah kaji..JADI..aku nak cuba sekali lagi pada esok hari..mulakan hari anda dengan sedikit makanan. (permulaan hari pertama) DOAKAN UNTUK AKU YER!!!! Amin.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Saturday, April 16, 2011

Ini orang Tak Ada Sivik!!

Posted by Unknown at 9:59 PM 0 comments
Hari nie telah berjumpa orang yang tidak ada sivik atau tak ada otak. Kenapa aku berkata begitu??? Apa yang aku marah??? Jawapannya ialah masih ada manusia yang suka membuang sampah keluar dari kenderaan di tengah2 highway!!!!!! kalau pembalut gula2 aku boleh terima tapi ini adalah sampah sebesar2 sampah. SERIUS!!! Ini manusia adalah manusia yang sakit jiwa atau mental.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, April 10, 2011

Kamek Di Sarawak

Posted by Unknown at 10:51 AM 1 comments

Kamek ada di Sarawak selama 3 hari 2 malam. Yuhuu.. Kami dah beli tiket kapal terbang yang murah coz dah tempah dr tahun lepas.Kos perjalanan kami ke Sarawak adalah sebanyak RM428 seorang. Termasuk tiket flight, hotel, transport dr johor ke kl. Transport di Kuching, makan dan minum. Bagi aku ini adalah kos melancong mampu milik. So aku akan ceritakan sedikit kronologi berkaitan jalan2 cari pasal pada kali ini. Kalau anak, cucu atau cicit aku tanya senang jer aku cakap " Bukak jer blog mama kalu nak tau citer mama masa muda2 dulu" Hbs citer. Entri kali agak sopan tiada kutukan yang melampau terhadap rakan2 seperjuangan kerana telah diberi amaran..hahhaa
Hotel tempat kami menginap. Raflesia Lodge. Hotel bajet. Murah dan selesa. Apa yang paling penting hotel ni berdekatan dengan waterfront. TQ pada kakak sulung kami aka K.Idza..dierla orang yang bertanggungjawab mencari hotel, membuat tempahan, jadual perjalanan, transport ke LCCT dan sebagaimya. Kami sebagai adik2 hanya menurut perintah. U r d Best kak!!!
Hari Pertama: Pasar Satok. Beroperasi pada hari sabtu dan ahad. Kalau nak beli fridge magnet, kain batik sarawak, kek lapis, ikan terubuk, hasil kraftangan sarawak dan sebagainya dengan harga yang murah inilah tempatnya. Kami berjalan kaki selama 40 minit dari hotel. Peh!!! berdarah hidung wei..penat gler..Cuaca kat sarawak pon agak panas tp kalau dah suka jalan..ada aku kisah pasal semua itu. Apa yang peliknya sepanjang-panjang la kami jalan ni kereta-kereta yang tidak dikenali akan megHON kami. Panas dengor..bukan nak bg tumpang hon jer lebey..sampai skang aku kompius..HON tanda mengurat..HON tanda jakun ada orang jalan kaki2 tengahari buta..HON tanda marah..HON tanda sayang..HANGIN sungguhla..
Mee Kolo. WAJIB makan.
Serius.. ini kali pertama aku tengok kucing2 yang cantik giler dari harga serendah RM28 hingga yang menjangkau ribuan ringgit dijual di Pasar. Inilah yang berlaku di Pasar Satok. Menggelegak otak aku melihat kucing2 nie. Aku Nakkkkkkkkkkkkkkkkk
WAJIB beli ikan terubuk masin ni. Kalau tak beli memang rugi la..Inilah namanya kehebatan makanan sarawak selain dari kek lapisnya. Macam-macam harga mengikut gred ikan. Tepuk dada tanya selera. Lagi satu peringatan..kami membeli ikan ni terlalu awal..so bila letak kat bilik dalam dua hari mak aihhhhhh bau dier memang busuk. Moral of Story kalau nak beli ikan terubuk nak balik baru beli.
Kami bersama Pakcik Ibrahim dan isterinya Makcik Supiah. Daripada urusan jual beli ikan terubuk masin di Pasar Satok telah menemukan kami dengan insan yang cukup2 baik seperti mereka. Kami berjumpa dengan pakcik Ibrahim semasa membeli ikan terubuk masin. Cerita kami agaknyer menyedihkan pakcik Ibrahim kot sehinggakan dier kata.."tak perla ..nanti nak balik hotel pakcik hantar. Wah!!! dalam hati berbunga riang. Tapi apa yang wat kami terharu,,bukan setakat hantar kami balik hotel..Pakcik Ibrahim dan isterinya belanja kami makan mee kolo, ikan terubuk masin bakar, tak cukup dengan itu..dier bawak kami ke rumahnya dan sebelum balik ke hotel sempat lagi dier belanja makan ambuyat dan umai. Hanya Allah dapat membalas budi kalian. Serius aku cakap orang Sarawak memang suka membantu hasil dari pemerhatian kami bertiga. Kalau ada sapa2 nak beli ikan masin silalah pergi ke U.I.T.M (Usahawan Terubuk Ikan Masin) di Pasar Satok . Serius memang korang tak rugi dan dijamin sedap dan murah.
Umai aka salad sarawak. Campuran bawang, udang cili dll. Makan ngan nasi pon sodap ni.
Ambuyat adalah makanan tradisional daripada masyarakat Melanau. Ambuyat diperbuat daripada tepung sagu. Ambuyat ini dimakanbersama-sama dengan sambal belacan. Ambuyat rasanya agak sedap..dan apabila memakannya korang tak perlu kunyah..masuk mulut terus telan..sampai ke perot. memang mudah memakannya. gigi kita tidak perlu untuk bekerja. Makan ambuyat ni perlu menggunakan sepit agar boleh terbelit kat sepit tu. Kena makan waktu panas2 baru dier sedap. Selain sambal belacan ambuyat pon bleh dimakan dengan kuah2 lain. Orang yang sangat selera makan ambuyat ini adalah k.idza. Tokey kek la katakan..kalau berkaitan dengan tepung mesti die teruja.
Hari Kedua: Kami sewa kereta Viva dalam sekitar RM80 sehari. Harga sewa berlainan mengikut jenis kereta. Kami menggunakan otak kiri dan kanan kami untuk mencari tempat2 yang kitaorang dah plan awal lagi. Apa yang paling penting jangan malu untuk bertanya orang bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Kuching bukanla bandar sebesar KL. Jadi untuk korang travel menggunakan kereta memang tak susah!! Kalau menggunakan public transport..memang lagi mahal dan berganda2. Orang Sarawak pon cakap macam tu. Memang lebih baik menggunakan kenderaan sewa.
Brekfest pada hari kedua. Mee Crispy Tomato(tak silap aku) SERIUS aku cakap memang sedap. Makanan kat Sarawak ini memang lain dari semenanjung.
Belakang tu adalah Gunung Santubong..Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Menjaga Gunung Negeri Sarawak, Penjaga Gunung Negeri Sarawak, Automatik kami menyanyi semasa melihat gunung Santubong..masa tu memang bajet sore sedap larrr..Masa ni OTW ke Cultural Village.
Pass untuk masuk ke Cultural Village. RM60 sekali masuk. Kalau korang ada kenalan kat Sarawak nie..korang bleh dapat sekitar RM45 ringgit sahaja. Kat sini korang akan tengok rumah2 Sarawak seperti rumah panjang, rumah melanau, rumah orang hulu, rumah Penan..ada dalam 6 rumah perlu dijelajahi. Setiap rumah akan ada tarian untuk menyambut kedatangan korang. Dengan harga RM60 aku rasa memang sangat berbaloi.
Pertunjukkan kebudayaan di Kampung Budaya. Perkara wajib yang perlu anda tengok jika ke Kampung Budaya. Pertunjukkan sekitar pukul 11 pagi dan 4 Petang. Memang best. Berbagai tarian daripada pelbagai kaum di Sarawak akan dipersembahkan. Kagum!!!
Anem menahan pokok kepala daripada tumbang. Cayala nem..bakti anda akan diabadikan di dalam blog ini. Ini adalah Muzium Kucing. Tapi sayang seribu kali sayang kerana kami datang muzium ini sudah ditutup. Kecewa bercampur dengan hiba apa yang mampu untuk kami buat hanya dapat merakamkan gambar bersama dua ekor kucing yang di belakang tu dan kucing jadian yang menahan pokok kelapak tu..
Tengah berjalan2 sambil mendendangkan lagu seiring dan sejalan kami telah disapa oleh Alif Satar. Beliau dengan terujanya telah meminta kami untuk bergambar dengannya. (hahhaha Korang pikirla sendiri)
Sekitar Waterfront Kuching. Kat sinilah terdapat gerai2 menjual makanan, kraftangan ..nak naik sarawak river cruise pon boleh. Macam2 ada di sini Kalau nak berbincang masalah rumahtangga, atau ingin melahirkan kekecewaan di hati boleh dilakukan di sini kerana terdapat bangku2 di sekitar waterfront ini sambil melihat sungai sarawak diiringi dengan hembusan angin yang sepoi2 bahasa. wa cakap Lu.masalah leh hilang untuk seketika.
Yeah!!! apa uniknya kat Sarawak ini adalah masih terdapat perahu penambang. Perahu penambang masih dikenali di Kuching yang menghubungkan kampung dan bandaraya Kuching. Dengan harga 50 sen dengan masa perjalanan 5 minit kami sampi di seberang. Di sinilah makanan best, kek lapis sarawak yang basah ada dijual. Seronok rasanya menaiki bot penambang sambil melihat keindahan perairan sungai Sarawak
Serius aku cakap Ice Lemon Tea mmg terbaik. Biasanyer yang aku jumpa menggunakan limau nipis atau limau kasturi. tapi yang ini menggunakan LEMON!!! dengan harga yang cukup murah. Wahhh asyik citer murah jer ek.. Yang kat tengah tu pon sedap..milo + susu+jagung +=PUAS. Yang lagi satu tur aku tak ingat..tapi sedap gak..
Kali pertama aku jumpa menu tajuknya adalah Nasi Tsunami. Memang Tsunami sungguh. Ala2 macam Nasi Paprik..tapi dilimpahi kuah dan binatang-binatang laut seperti udang dan sotong yang sangat banyak dan besar. serius aku cakap kat sarawak ni makanan laut dier memang sangat murah. Harga sekitar RM 5. Terbaik Wooo!!!
Menu WAJIB yang perlu makan kalau datang ke Sarawak iaitu Midin. Makanan tempatan Sarawak yang cukup terkenal. Midin ini diperbuat daripada Pucuk Paku muda. Harga midin ni sekitar RM10 ditambah dengan udang2 sebesar lengan anem. Memang berbaloi dan sedap.
Sempat bergambar di tepi Sungai Sarawak. OMG mmg cantik. Sepanjang hidup aku kat bumi Malaysia..Serius aku katakan bandar Kuching adalah bandar yang paling bersih. Sangat bersih. Dulu aku suka Taiping, Ipoh n skang adalah Kuching. Bandar yang sangat cantik gler. n paling best dalah BERSIH. Kat sini tidak akan kelihatan Orang Vietnam menaiki basikal, Bangla yang menjijit mangkuk tingkatnya..atau Indon yang berkeliaran..kebanyakan adalah orang tempatan dan pelancong.
Ini adalah tempat wajib, barang wajib yang perlu dibeli kat Sarawak. Kek Lapis Sarawak. Biasanya kalau nak beli kek lapis mestilah basah dan lembab. Baru sedap sehingga menjilat jari. Yang paling teruja untuk memiliki kek lapis yang basah2 lembab ini adalah k.idza. Tokey kek la katakan..so citarasa dier mmg tidak dapat aku nafikan. Kami tanpa malu bertanya orang di manakah terjualnyer kek lapis yang paling sedap??? Akhirnya..di kedai inilah..kek Mira. Kalau siapa2 nak pergi Sarawak..inilah tempat kek lapis sarawak d best yang perlu korang beli. Kami agak menyesal kerana dah beli banyak masa kat pasar Satok. Tapi tak pe kan..masih belum terlewat untuk kita borong lagi..........
Hari Ketiga: Flight pukul 2..so kitaorang bangun pagi2 untuk ke Semanggoh ni sbb nak tgk orang utan. Bila ke Sarawak.. ini adalah antara tempat2 yang wajib untuk dilawati. Top 10 lar..dengan menaiki Viva 850 cc kami pon mencari lokasi semanggoh dengan jayanya. Atas bantuan peta lukisan tangan Chris Hans (Tokey hotel tempat kami menginap) Akhirnya kami sampai gak di sini. Masa perjalanan 40 minit dari bandar Kuching. Masa yang 40 minit tu aku gunakan untuk tidur. TQ pada kedua2 supir aku yang menjadikan perjalanan tidur aku pada pagi itu cukup indah. zzzZZZzzz (Esoknya dorang ungkit knp aku tidor plak)
2 orang utan yang kelihatan sangat gumbira apabila menikmati pisang. Aku lupa la nama2 orang utan ni. tapi Tak salah aku nama mereka ini adalah bersifat kemelayuan. Ada 3 ekor jer masa kitaorang datang. Itu pon tengok dari kejauhan. B4 datang aku membayangkan orang utan ini akan menerima makanan daripada tangan aku sendiri..rope2nya mimpi tak menjadi kenyataan kerana LORRRRRRRRRRRRR tgk dari jauh jer ker..ada petugas yang akan memberi makanan. Tak Rock larrr..
Bersama Chris Hans. Pemilik Raflesia Lodge tempat kami menginap. Dia yang menghantar kami ke airport. TQ sesangat. Chris Hans selain dari pemilik hotel tetapi juga adalah seorang pelakon. Kami juga ditawarkan untik filem baru yang akan datang..tetapi setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk terus memberi komitmen kepada KPM. (wakakkaka perasan)
Peace!!! Habisla pengembaraan kami kali ini. Berjumpa di destinasi yang lain. kami Luv Sarawak. Semua tentang Sarawak. Tempatnya dan masyarakatnya yang suka membantu. Tapi InsyaAllah aku akan datang lagi sempat hajat aku yang satu ni tak tertunai lagi. Aku nak pergi Taman Bako!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES