Thursday, October 22, 2009

Jiwang Jiwang

Posted by Unknown at 9:02 PM


Bila dah tak suka, bila dah tak sayang macam2 benda boleh jadi. Yg dulu wangi boleh jadi busuk, yang dulu cantik boleh jadi buruk, yang dulu sayang boleh jadi benci. Kenapa ek?? Bila cinta berputik semua indah belaka tp bila ia pudar cinta itu sangat sakit. Bagaimana kita nak suburkan perasaan cinta itu agar kekal selamanya.

Aku lihat cinta berlegar2 di sekeliling aku. Ada cinta yang benar2 membawa bahagia. Ada cinta yang membuatkan seseorang itu sengsara. Sengsara dari fizikal dan jiwa. Aku yang melihatnya pun rasa sakit apatah lagi orang yang menanggungnya. tapi kita tetap kejar cinta itu. Sebab apa??? sebab cinta anugerah Tuhan yang paling hebat. Dia hadir tanpa dipaksa.Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)(peh jiwang plak aku hari ni) Tp betul kan apa aku cakap?? Semua orang mengimpikan cinta yang kekal hingga ke akhir hayat. Cinta yang boleh membawa ke jinjang pelamin dan akhirnya ke liang lahad. Tapi berapa ramai mampu membawa cinta itu ke destinasi terakhir??? Ramai yang hebat dan mampu mengemudinya tapi ramai juga yang tersungkur di tengah jalan. Tapi perjalanan hidup perlu diteruskan bukan??? Lupakan cinta lama dan cari cinta yang lebih ikhlas dan hakiki. Kesimpulannya cinta perlu ada dalam setiap diri manusia namun jika cinta itu tidak dapat bersatu biarlah ia menjadi cinta dalam hati. Jika cinta tidak dapat diteruskan temuilah cinta yang baru. Jika cinta tersungkur di tengah jalan teruskanlah hidup kita ini kerana CINTA AGUNG TETAP MILIK KITA IAITU CINTA PADA ALLAH.
P/S: Untuk Emak Kalau Mak Nak kahwin lagi Jai tak Kisah. HaHaha




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES