Thursday, May 19, 2011

Salam Pantai Timur

Posted by Unknown at 7:39 PM
kalau pergi Terengganu tak pergi pasar payang memang dikira mereng la orang tu. Syurga orang perempuan lebih2 lagi orang kerajaan. Kat sini la terjualnya kain sutera batik yang berbagai2 corak dan berbagai2 harga. Yang nak nampak gaya dan eklusif perlulah menyediakan dalam RM500.00. Pasti andanya satu2 manusia di dunia ini yang memakai batik sutera yang amat berbeda. Kalu anda orang yang agak biasa dan lebih merendah diri harga RM100 pon boleh dapat. Aku jenis manusia seperti RM500 namun apakan daya..pitih aku hanya kedudukan yang tengah2. Aku hanya pilih yang sederhana. Itu pon aku beli hampir berfikir separuh mati dan hampir nyawa2 ikan. Walaupon dapat kebas satu batik jiwa aku tak tenteram dan kacau bilau kerana GAJI lambat lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Destinasi wajib dan perkara wajib yang perlu kita lakukan ialah pergi ke masjid kristal dan menunaikan solat di dalamnya. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya. Amin!! Terengganu adalah satu2nya negeri yang tak pernah aku pergi. (Sabah pon tak g lagi). So keterujaan aku memang tahap melampau. Peluang yang ada aku gunakan sebaik2nya untuk menjelajah Terenganu darul Iman ini. Memang sangat cantik pemandangan yang ada di Masjid Kristal ini. Tapi apa gunannya keindahan ini jika kita tidak mengimarahkan. Ayuh la rakan2 semua kita mengimarahkan masjid di seluruh dunia ini. sambil berblog kita boleh berdakwah. Barulah barakah kehidupan kita. Aminnn
Makan durian di tepian pantai Batu Burok. Aku sebenarnya manusia penggemar durian. Jalan2 kat pasr Payang ternampak lak orang jual durian. peh!!! menggelegak jiwa,,meronta batin..meraung2 perasaanku supaya beli durian tu. Nah akhirnya aku menikmati durian tu kat tepian pantai Batu Buruk. Harganya agak murah namun sedap lagi durian kat Batu Pahat. Serius aku tak bohong. Isinya jer kuning tapi rasanya agak tawar. Remuk perasaanku namun diriku ditenangkan oleh k.idza. hahhaha. Cerita pendek pasal durian. Tapi sayang la kat Pantai Buruk nie tak boleh mandi. Remuk lagi perasaan aku.
Wex. Sahabat di universiti. Amat meminati Siti Nurhaliza. Amat kuat bekerja. Menjadi pemandu pelancong kami di Terengganu. Terima Kasih Wex kerana sudi meluangkan masa bersama kami berjalan2 di Terengganu. Dah lama rasanya aku tak jumpa wex ni. Mahu 4 tahun jugakla. Perubahan ketara pada sahabat aku ni adalah lebihan lemak dan dagingnya. Aku amat gembira melihat lemak wex yang agak terlebih dan kesimpulannya aku dah ada kawan baru iaitu Wex. Tapi apahal pon wex sudah ayu dan lebih keperempuanan berbanding dahulu. Apatah lagi melihat kilauan emas di tangannya.
Naik kuda untuk kali pertama. Part masa nak naik atas kuda adalah perkara yang paling tak best!!!!
Pulau Warisan Terengganu di waktu malam. Menghabiskan sisa-sisa waktu bersama Wex.
Aku nak mandi tp tak dapat mandi..Frust!! lain kali datang lagi InsyaAllah..
Aku sangat suka pic ni!!
Pemandangan di Teluk Cempedak. Memang sangat terindah ciptaan Allah.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES