Sunday, December 4, 2011

UK Farm Kluang **Tengok Kambing**

Posted by Unknown at 5:45 PM
UK Farm Kluang. Pertama kalinya aku dengar daripada Anem. Teringin katanya nak melihat kambing semasa cuti sekolah. Dibuka setiap hari untuk pengunjung. Harga tiket ada RM40 dan RM60. Kalau anda inginkan pengalaman bolehla datang kat sini. Nak tahu lebih lanjut leh klik kat UK Farm ni
Kambing yang telah disumpah oleh ibunya menjadi batu kerana telah menderhaka. Kambing tersebut tidak mengakui ibunya kerana malu disebabkan kambing itu telah berkahwin dengan kambing ladang UK Farm manakala ibunya masih berada di kampung dan duduk di kandang kecil. Anda percaya cerita tersebut?????
Semua menongkat dagu menggunakan peha masing2. Aku?? Jangan ditanya kerana ianya akan menambah duka. Yang pasti.. menunggu "bas" yang akan membawa kami explore UK Farm ni.
Kerakusan menghilangkan kejelitaan yang tersembunyi sambil diperhatikan wanita berbadan dua sambil tersenyum di mana dalam hatinya mengatakan wanita bertudung biru itu " sudah hilang kewarasan" ** makanan itu untuk kambing sahaja**
Memberi makan kambing walaupun diri sendiri tak makan tengahari lagi. Sebenarnya wajah kambing comel dan sama cute dengan kucing jika diteliti dengan betul2. Pertama kali dalam hidup kami apabila dalam 1000 kambing menyanyi beramai2..beg..beg..beg..beg (setelah ditranslate) Perghhh memang bingit seperti kelas yang baru ditinggal cikgunya.
Keindahan UK Farm seluas 100 hektar. Bak kata anem..pemandangan hijau dengan pagar putih sangat cantik. Macam kat United Kingdom.
Minuman yang mampu buat kami tersenyum puas setelah 5 minit berjalan dalam terik matahari. Air stevia sweet yg sangat enak. Kena minum satu cawan jer tak leh lebih. Mahu lebih...kena bayar tanpa kompromi.
Ostrich yang sangat cute.
Burung unta Ostrich. Kepala dia sangat panjang, nampak macam garang tapi sebenarnya burung ni sangat penyayang. Berusaha bersungguh2 untuk memberi makan kepada ostrich. Mula2 agak ngeri dan menjerit ketakutan namun dengan bacaan doa yang diketuai oleh k.idza kakak yg paling tua..alhamdullilah kami berjaya bagi burung ni makan sampai kekenyangan.
Perkampungan Orang Jakun. Kami jadi Jakun melihat Orang Asli Jakun yang berada di sini kerana kehebatan mereka menyumpit. Perghhh cayala bro!!.Contoh wajah jakun kami.. boleh diteliti melalui gambar di atas. Peace Yo!!!
Pengangkutan yang membawa kami bersiar2 dan disertakan pemandu pelancong untuk memberitahu info2 mengenai UK Farm.
Kambing berlari-lari manja ke dalam kandang. Bukan manusia yang menjadi gembala tetapi dua ekor anjing ditugaskan untuk menghalau kambing-kambing tersebut masuk ke dalam kandang. Tanpa banyak bicara, kambing2 tersebut berlari sampai terkencing2. Kambing memang takut anjing ke????
Teka benda tersembunyi??? tandakan mana satu kambing mana satu manusia. Jangan salah tanda sudahlah. Melihat telatah kambing apabila dikejar oleh anjing. Mereka sangat ketakutan. Penderitaan kambing ini jelas tergambar di wajah mereka. Sadis sungguh!!
Menyusukan kambing seperti anak sendiri amat sesuai seperti gambar di atas. Kambing yang sangat gelojoh bila dapat susu. Mungkin mereka kehausan kasih sayang. Pengalaman yang mengujakan apabila dapat membahagiakan kambing. :-) atau praktis sebelum dapat anak sendiri. Muahahaha
Rumah di atas pokok. Biasanya kita tengok rumah di taman perumahan, di apartmen atau kondo2 mewah. Rumah atas pokok tidak memerlukan aircon kerana udara nyaman diterbangkan khas ke seluruh rumah dengan cukup nyaman. Pengembaraan yang tak sampai beratus batu ini memberi pengalaman yang berharga. Walaupun hanya dikatakan melihat kambing namun pengisiannya sangat berguna untuk kami meniti hari mendatang sambil mengisi masa cuti kami yang terluang. Tq pada K.Idza, Ct, Nad dan Anem kerana menceriakan hidup aku dan aku menceriakan hidup kamu. :-)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES