Tuesday, December 14, 2010

Rahsia Orang Perempuan

Posted by Unknown at 8:21 PM




Aku terjumpa artikel ni kat isu hangat. Artikel yang menarik untuk orang perempuan seperti aku..Mula-mula baca nak marah..bila habis baca..tergaru-garu kepala...BETUL KE???????????? Meh kita selak satu2

  1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi. Jawapan aku: Sukahatilah nak masak ikut lagu mana..untung nak masak (macam kasar je jawabnya)..hahha
  2. Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!Jawapan: Tipulah..tak la tiap2 minggu..bila ada sale jer..yang tiap2 minggu tu wayang n test suara.
  3. Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… ! Jawapan aku: Sembang kan mengeratkan silaturahim..daripada muka ketat..baikla bersembang
  4. Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! Jawapan aku: Kalau muka buruk kena ngata..cantik pon kena ngata gak..
  5. Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata! Jawapan aku: Apa kena mengena rabun n rambang..kan ada makan pelempang..
  6. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!Jawapan aku: Ada kawan makan pon kenyang..sendiri ada gaji sendiri bayarla..tp kadang2 belanja gak..tak baik jer..
  7. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang! Jawapan aku: Fakta ini memeng aku sokong..apa jadahla simpan kuku panjang..simpan kuku panjang sama maksud simpan taik sendiri dalam kuku..yerkkkkkk
  8. Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk!Jawapan aku: Fitrah alam..hahahaha
  • Banyak lagi rahsia orang pompuan yang aku dapat tapi aku cari yang paling dekat dihati..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES