Hajat hati nak pergi ke Universal Studio kat Hollywood tapi ringgit kami cukup2 sampai kat Singapore. Tp syukur Alhamdullilah sampai jugak. Dengan RM200 kami dapat pengangkutan pergi n balik, tiket masuk ke USS, makanan, dan cenderahati. Nak lebih tanggung sendiri. Kadang2 bila dah sampi tempat lagu ni...ramai tak sedaq diri..Kat atas tu adalah ahli rombongan iaitu Anem, K.idza, zaidi. ani, sanorai, nad n aku dari serata Malaysia, Perlis ada, Kelate ada, Sabah ada, tp current city opkos la JOhor.
Besau giler n banyak permainan kat USS ni. Ada permainan menceriakan hari2ku n ada permainan..membuat hatiku berdebar2 seperti nak menduduki spm kali ke 3. Tapi yang ralat aku tak main semua sbb ada hal yg tak dapat dielakkan. Kasut punah, kamera hilang, terpisah dengan kawan2 tersayang (syngla sngat) Kalau ada kesempatan rasa nak pergi lagi...
Macm ulat berbelit2. Masa kitaorang pergi tempat nie ditutup ke belum bukak. Tak sure..tapi tgk jer dah buat aku pening..apatah lagi nak naik..muntah hijau terus...
Detik-detik kebahagiaan kami sebelum terpisah disebabkan takdir. Ni taman tema Madagascar. setiap taman tema mesti ada kedai cenderahati. Kalau dah bayar zakat, bayar PTPTN dll bolehla beli cenderahati setiap taman tema yang telah dilawati. Biasa kalau T-shirt dalam 20 Dollar ke atas..kalau tak ada 20 dollar layaknyer beli keychain atau fridge magnet la..hehehe
Aku suka sangat dengan gambar ni sebab ada nilai estetika yang tinggi. Dapat lihat muka kekaguman anie n anem melihat penampilan ku yang kacak lagi bergaya..hahhaha. Nie kat tempat nak cop pasport..sapa lak yang amek gambar ni..tak hingat aku..
Kat USS ni ada jalan diinspired kat New York..memang real sebijik jalan2 kat sini mcm kat New York. Aku pon tak rasa mcm jalan kat singapore..rasa mcm kat amerika..tapi bila tengok member2 hidung semua pesek baru aku tersedar dari mimpi...hahhaah
Taman Tema Sci-Fi City bersama model terbaru mereka yang telah terbatal kontraknya selepas didapati mempunyai penyakit kaki cagu.
Dekat depan Jurassic Park. Dalam satu hari memang tak dapat main semua tempat. Masa kitaorang pergi tu hujan plak. Sedikit sebanyak masa kitaorang berkejar-kejaran ke sana sini untuk mengelakkan air hujan membasahi diri kami. Masa ni dah terpisah dah ngan anem, ani, sanorai n zaidi. Handset semua tak leh guna. Tempat besar besar kemungkinan untuk hilang mmg ada..apatah lagi dengan depa2 yg cukup hyperaktif.P/s : Ada pengajaran yang penting semasa kita berjalan2 iaitu jangan tercicir apa jua barang yang anda sayangi. Aku tercicir kamera kat USS ni n hampir tercicir handset..tapi apa yg buat aku bersyukur warga Singapura mmg baik. Mereka memulangkan kembali barang2 kepunyaan aku dengan sempurnanya. Tq Singapore!!!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer


6 comments:
zainah ni mmg ada penyakit lupa yg agak kritikal.. mbe ada bakteria @ fungus dlm kpla hotak dia.. tourist guide tu kevin ye bukan kelvin.btw..ok la citer nih..bole bikin novel dh ko ni...tp novel kanak2 remaja hahaha
kat USS ni ada lost n found... brg yg lost...insyallah akan found semula.. but the most important things are, singaporean truly friendly n helpfull.. luv singapore mmmuah2
wakakakakakakakakkakakkaakka
next trip nak ikut!!
Best baca artikel to yang sempoi ni! BTW masa ko cakap jln2 kat USS tu.. pernah ke rasa jalan kat NY hehehe.. best..akan ku susuri jejak mu ke Universal Studio, Singapore Chek-Gu Jai!
Aku yang mencitatimu.. Norul
peh pandai ko mengarang ye...patut le sejarah dpt A sesuai sgt...
Post a Comment