Saturday, March 19, 2011

Ct Tunang Kami Boleh Jalan!!!!!!!!!! Yuhuu

Posted by Unknown at 8:56 AM
12.3.2011..tanggal inilah ct telah bertunang dengan tunang kesayangannya. Hoyeah..sebagai rakan baik, aku bersama rakan2 yang lain telah mengambil kata sepakat untuk datang ke Taiping Perak memeriahkan majlis dan menghabiskan makanan yg tersangatlah lazat sambil boleh jalan2 sempena cuti sekolah seminggu. Perjalanan dimulakan pada hari jumaat yang berkat. Pukul 5 tepat kitaorang berlepas dari pt bengkok menggunakan Boeing Vios PHE. Muatan seramai 5 orang. Nasib bek aku kurus kalu idak...tak bernafas la jawabnyer. Walaupom agak sesak tapi kira okla dari naik kelisa aku. .. pukul 3.00 pagi barulah kami selamat sampai ke rumah ct. Apa idaknyer..perjalanan sepatotnya mengambil masa 7 jam menjadi 11 jam kerana banyak persinggahan terpaksa disinggah kerana perot yang lapaq, ujan yang turun, k.idza bertemu ehem..ehem..Zila yg bertemu ehem..ehem and mel yang bertemu ehem..ehem gak. Yang tak bertemu hanyala aku n nad. Terkebil2 la kami seadanya.
Ini adalah antara barang hantaran yang membuatkan kami (especially orang johor) ternganga, kagum, bengkek glerr..melihat ketradisional, kekreatifan penduduk kg ct mengubah barang hantaran sebegini rupa. kat Johor tak ada semua benda ni. Memang owesome la..hantaran berbentuk bawang ini dalamnya berisi gula dan garam. Puas aku pujuk ct nak satu sebab teruja sangat nak tahu apa isi dalamnya.
Yang ini pula hantaran berbentuk cili. Wahhhh memang macam cili besor betul la. Cukup perfect. Halus buatannya. Aku pon sekali lagi merengek2..menangis2 kat ct nak rasa cili ni. Alhamdullilah dengan ilmu psikologi yang aku dah belajar kat universiti tu akhirnya ct memberikan aku sebiji cili tiruan nie. Dengan berbekalkan sebuji cili kami kongsi antara aku, nad dan k.idza. Nad dan k.idza menunjukkan rasa kepuasan yg teramat sangat setelah memakannya..cili ni rasa kacang tumbuk.
Ini plak bentuk kelapa sawit. Sebenarnya ini adalah buah asam kana. Tapi orang Perak ni memang kreatifla. Kalau kat Johor mana ada jumpa benda hantaran macam nie. Semua dah lebih kemodenan.
Begitu gembira ct saripah sehinggakan pose senget kerana beliau telah disahkan menjadi tunangan kepada Kamsani Momok. Yerla dah lama berangan2 untuk menjadi tunangan orang akhirnya semuanya menjadi kenyataan. kami sebagai rakan2 tumpang gembira. Kat cni mel jer yang tak gembira sebab dier kena tangkap gambaq. Padan muka ang mel. Tq kepada keluarga ct kerana menghidangkan ketam besaq yang sangat2 besaq. Aku tak sempat nak snap kerana dracula-dracula idza, zila, nad dan mel telah melahap ketam itu tanpa banyak soal.
Salah susun gambar sebenarnya. Ini sebenarnya dah dekat padang besaq. Biasalah kalu kat sini memang banyak jersi tiruan dengan kualiti kain yang hampir sama dengan jersi original. Ala....apalah ada pada jenama kan....owang bukan tahu..Tapi teman mel beli barang memang dasat giler...ke sana ke mari dok memilih nasib baik dia beli kalu tidak memang kena tempeleng ngan aku. Nad pon berjaya membeli mangkuk tepen yang dipesan oleh ibunya. hehehhe
Setelah majlis ct tamat kami terus bersiap2 untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Perlis..negeri tumapah darah k.idza. Sebelum tu kena pergi Taman Tasik Taiping. Banyak2 gambar kat Taiping nie..Pic ni la yang aku paling suka. Tq pada kak Idza yg sangat bijak snap gambar ini menggunakan kamera aku. Tq gak pada duo rang yang menempel ni kerana menyibokkk tak tentu pasal.Hhahahahhahahha. Tapi ralatnya tak dapat amek pic banyak sangat coz tiba hujan turun menyimbah bumi. Kami pon berkejar-kejaran mencari tempat perlindungan. Macam Hindustan lak pulak..Hajat hati nak singgah kuala kangsar untuk bergambar..makan mee udang yang terkenal di Tepeng..tapi apakandaya kekuasaan Tuhan melebihi segala-galanya. Hujan turun mencurah2 diselangi dengan bunyi guruh berdentum2. Takutnya!!!! teriak kami serentak..hehehe. So dengan perasaan yang hampa kami meneruskan perjalanan ke Perlis.Yeah!! sampai Perlis akhirnya. Nie dekat chuping otw nak g Padang Besaq. Stop sebentar untuk menikmati pemandangan yang tak ada di Johor. Kejakunan sangat terserlah di muka zila, mel n nad.
Ahli rombongan seramai 5 orang. Tq pada zila kerana menggunakan viosnyer yang baru untuk membawa kami berjalan2. Walaupon bunyi krek krek krek..menampung keberatan pahala kitaorang..tp wajahnya tersenyum..kerana itu semua harta dunia..tapi yang penting kasih sayang kami bertambah erat. (wakakkakakakaka)

Walaupon aku dok UUM tak pernah sekali pon aku menjejakkan kaki ke gua kelam nie. Dengan harapan yang menggunung kami datang dengan penuh senyuman. Namun harapan tinggal harapan..la...ada penyelenggaraan n telah ditutup untuk sementara waktu. Zila menjerit kerasukkan kerana terlalu kecewa. Mel berguling2 di tanah kerana keberatan badannya membuatkan gulingan itu betambah cantik kerana sangat marah. Nad terpekik terlolong menarik rambut beliau kerana terlalu hampa. K.idza sebagai orang yang paling tua hanya mampu mengetap bibir dan cuba mententeramkan budak 3 orang yang sewel tu. Aku??? hahhahaha bersimpuh di batu dan memandang sepi ke arah gua kelam. hehehhe (aku agak normal berbanding depa)
Yang ni dekat Tasik Timah Tasoh. Memang menenangkan pemandangan, suasana di sini. Aku pon suka gambar kat atas ini. Muka kitaorang penuh dengan keikhlasan, ketenangan, tiada sengketa antara kami.
Sebenarnya banyak gambar lompat2. Tapi lompatan yang paling baik dan dapat markah tertinggi adalah nad. Dier kalau bab lompat2 memang pro. Dengan lompatan yang cantik..muka yang tenang, tidak sedikit pon terselak sehingga menampakkan perot atau urat2 yang sepatotnya ditutup. Memang terbaikla nad. Ingin sekali aku menguplod lompatan rakan2 yang lain apakan daya banyak aibnya kalu dipertontonkan kepada umum. hahhahaTerselakla, muka ketat la, n macam2..biarlah ia menjadi rahsia..
Bajet lawa la diorang ni..hahahhaa padahal aku dengki kenapa aku tak der dalam gambar...sebab aku yg snap gambar. Gaya telah dikarang oleh Nad..
Sebagai gambar tambahan.
Kalau tak ke Perlis tak makan ikan bakaq atau makanan laut dier kat Kole Perlis memang tak sah. Kire haram la. Ni pertama kali la aku makan mentarang namanya. Sedap juga. Dier ala2 sipot tp agak panjang dan lembut. Kalau digoreng lagi sedap kot!!
Sebelum makan kena posing dulu. Barulah lengkap hidup nie..
Kalau tak ke utara tidak bertemu kawan lama yakni Timah memang tidak sah. Timah nampaknya semakin langsing dan segak. Mentangla mahu jadi bini orang. (Masa Tu). And skang dier sudah pon menjadi istteri cinta kepada abang dewa.( Tak salah aku) Tq gak pada anis yang sudi datang gak. Timah tidak terlewat kiranya aku ingin mengucapkan tahniah kepada mu. Selamat menjalani hidup sebagai bini orang k.
OTW balik ke bp hanya tinggal kami 3 orang. Supir (Zila), Co-Pilot (Aku ke????) Mem besar (Nad) hehehehe. B4 balik hantar mel kepada suaminya di ipoh. Sempat gak kami makan sambal tempoyak hasil air tangan mak mertua mel. Memang sedap glerrrrrrrrrrrr. Tak pernah aku makan sambal tempoyak sesedap tu. Aiskrim baskin robbin pon tak leh lawan tempoyak mak mertua mel. Zila bersama tunang tersayang. Aku uplod gak la sbb tunangnya dah belanja kitaorang sate. Tq abang zabidi. Perjalanan pulang dari umah kak idza kul 11 pada hr isnin. Kami sempat singgah lagi untuk kali kedua ke padang besaq. Memang glerr shopping la especially nad. Sampi di Johor pukul 6.00 pagi. Kesian nad terpaksa bersengkang mata kerana die kena kerja. Tq yang teramat sangat kepada kak Idza kerana sudi memberikan kami ruang berteduh di rumahnya. Memasak brekfest yg sangat lazat untuk kami setiap pagi. Kerana juga sudi menyediakan bilik yang bertaraf chalet 5 bintang, bantal yang empuk dan selimut yang hangat. Tq Kak.








Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

5 comments:

dZana on March 20, 2011 at 5:49 PM said...

wakakaka....

Anonymous said...

terbaik wok essay ko yg nih! ;]

idza on March 20, 2011 at 8:12 PM said...

memang best post kali..yg terbek punya...trip kali ni memang sgt best..nanti kita jln2 lagi k!

cheguct on March 20, 2011 at 11:23 PM said...

best ar post kali nie..Tq jai n kwn2 sbb sudi dtg..sorry sbb x dan nk layan korang..nnti dtg lg..

omey on March 21, 2011 at 6:08 PM said...

hahaha...memang sah cikgu bm! hahaha

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES