Sunday, April 10, 2011

Kamek Di Sarawak

Posted by Unknown at 10:51 AM

Kamek ada di Sarawak selama 3 hari 2 malam. Yuhuu.. Kami dah beli tiket kapal terbang yang murah coz dah tempah dr tahun lepas.Kos perjalanan kami ke Sarawak adalah sebanyak RM428 seorang. Termasuk tiket flight, hotel, transport dr johor ke kl. Transport di Kuching, makan dan minum. Bagi aku ini adalah kos melancong mampu milik. So aku akan ceritakan sedikit kronologi berkaitan jalan2 cari pasal pada kali ini. Kalau anak, cucu atau cicit aku tanya senang jer aku cakap " Bukak jer blog mama kalu nak tau citer mama masa muda2 dulu" Hbs citer. Entri kali agak sopan tiada kutukan yang melampau terhadap rakan2 seperjuangan kerana telah diberi amaran..hahhaa
Hotel tempat kami menginap. Raflesia Lodge. Hotel bajet. Murah dan selesa. Apa yang paling penting hotel ni berdekatan dengan waterfront. TQ pada kakak sulung kami aka K.Idza..dierla orang yang bertanggungjawab mencari hotel, membuat tempahan, jadual perjalanan, transport ke LCCT dan sebagaimya. Kami sebagai adik2 hanya menurut perintah. U r d Best kak!!!
Hari Pertama: Pasar Satok. Beroperasi pada hari sabtu dan ahad. Kalau nak beli fridge magnet, kain batik sarawak, kek lapis, ikan terubuk, hasil kraftangan sarawak dan sebagainya dengan harga yang murah inilah tempatnya. Kami berjalan kaki selama 40 minit dari hotel. Peh!!! berdarah hidung wei..penat gler..Cuaca kat sarawak pon agak panas tp kalau dah suka jalan..ada aku kisah pasal semua itu. Apa yang peliknya sepanjang-panjang la kami jalan ni kereta-kereta yang tidak dikenali akan megHON kami. Panas dengor..bukan nak bg tumpang hon jer lebey..sampai skang aku kompius..HON tanda mengurat..HON tanda jakun ada orang jalan kaki2 tengahari buta..HON tanda marah..HON tanda sayang..HANGIN sungguhla..
Mee Kolo. WAJIB makan.
Serius.. ini kali pertama aku tengok kucing2 yang cantik giler dari harga serendah RM28 hingga yang menjangkau ribuan ringgit dijual di Pasar. Inilah yang berlaku di Pasar Satok. Menggelegak otak aku melihat kucing2 nie. Aku Nakkkkkkkkkkkkkkkkk
WAJIB beli ikan terubuk masin ni. Kalau tak beli memang rugi la..Inilah namanya kehebatan makanan sarawak selain dari kek lapisnya. Macam-macam harga mengikut gred ikan. Tepuk dada tanya selera. Lagi satu peringatan..kami membeli ikan ni terlalu awal..so bila letak kat bilik dalam dua hari mak aihhhhhh bau dier memang busuk. Moral of Story kalau nak beli ikan terubuk nak balik baru beli.
Kami bersama Pakcik Ibrahim dan isterinya Makcik Supiah. Daripada urusan jual beli ikan terubuk masin di Pasar Satok telah menemukan kami dengan insan yang cukup2 baik seperti mereka. Kami berjumpa dengan pakcik Ibrahim semasa membeli ikan terubuk masin. Cerita kami agaknyer menyedihkan pakcik Ibrahim kot sehinggakan dier kata.."tak perla ..nanti nak balik hotel pakcik hantar. Wah!!! dalam hati berbunga riang. Tapi apa yang wat kami terharu,,bukan setakat hantar kami balik hotel..Pakcik Ibrahim dan isterinya belanja kami makan mee kolo, ikan terubuk masin bakar, tak cukup dengan itu..dier bawak kami ke rumahnya dan sebelum balik ke hotel sempat lagi dier belanja makan ambuyat dan umai. Hanya Allah dapat membalas budi kalian. Serius aku cakap orang Sarawak memang suka membantu hasil dari pemerhatian kami bertiga. Kalau ada sapa2 nak beli ikan masin silalah pergi ke U.I.T.M (Usahawan Terubuk Ikan Masin) di Pasar Satok . Serius memang korang tak rugi dan dijamin sedap dan murah.
Umai aka salad sarawak. Campuran bawang, udang cili dll. Makan ngan nasi pon sodap ni.
Ambuyat adalah makanan tradisional daripada masyarakat Melanau. Ambuyat diperbuat daripada tepung sagu. Ambuyat ini dimakanbersama-sama dengan sambal belacan. Ambuyat rasanya agak sedap..dan apabila memakannya korang tak perlu kunyah..masuk mulut terus telan..sampai ke perot. memang mudah memakannya. gigi kita tidak perlu untuk bekerja. Makan ambuyat ni perlu menggunakan sepit agar boleh terbelit kat sepit tu. Kena makan waktu panas2 baru dier sedap. Selain sambal belacan ambuyat pon bleh dimakan dengan kuah2 lain. Orang yang sangat selera makan ambuyat ini adalah k.idza. Tokey kek la katakan..kalau berkaitan dengan tepung mesti die teruja.
Hari Kedua: Kami sewa kereta Viva dalam sekitar RM80 sehari. Harga sewa berlainan mengikut jenis kereta. Kami menggunakan otak kiri dan kanan kami untuk mencari tempat2 yang kitaorang dah plan awal lagi. Apa yang paling penting jangan malu untuk bertanya orang bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Kuching bukanla bandar sebesar KL. Jadi untuk korang travel menggunakan kereta memang tak susah!! Kalau menggunakan public transport..memang lagi mahal dan berganda2. Orang Sarawak pon cakap macam tu. Memang lebih baik menggunakan kenderaan sewa.
Brekfest pada hari kedua. Mee Crispy Tomato(tak silap aku) SERIUS aku cakap memang sedap. Makanan kat Sarawak ini memang lain dari semenanjung.
Belakang tu adalah Gunung Santubong..Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Menjaga Gunung Negeri Sarawak, Penjaga Gunung Negeri Sarawak, Automatik kami menyanyi semasa melihat gunung Santubong..masa tu memang bajet sore sedap larrr..Masa ni OTW ke Cultural Village.
Pass untuk masuk ke Cultural Village. RM60 sekali masuk. Kalau korang ada kenalan kat Sarawak nie..korang bleh dapat sekitar RM45 ringgit sahaja. Kat sini korang akan tengok rumah2 Sarawak seperti rumah panjang, rumah melanau, rumah orang hulu, rumah Penan..ada dalam 6 rumah perlu dijelajahi. Setiap rumah akan ada tarian untuk menyambut kedatangan korang. Dengan harga RM60 aku rasa memang sangat berbaloi.
Pertunjukkan kebudayaan di Kampung Budaya. Perkara wajib yang perlu anda tengok jika ke Kampung Budaya. Pertunjukkan sekitar pukul 11 pagi dan 4 Petang. Memang best. Berbagai tarian daripada pelbagai kaum di Sarawak akan dipersembahkan. Kagum!!!
Anem menahan pokok kepala daripada tumbang. Cayala nem..bakti anda akan diabadikan di dalam blog ini. Ini adalah Muzium Kucing. Tapi sayang seribu kali sayang kerana kami datang muzium ini sudah ditutup. Kecewa bercampur dengan hiba apa yang mampu untuk kami buat hanya dapat merakamkan gambar bersama dua ekor kucing yang di belakang tu dan kucing jadian yang menahan pokok kelapak tu..
Tengah berjalan2 sambil mendendangkan lagu seiring dan sejalan kami telah disapa oleh Alif Satar. Beliau dengan terujanya telah meminta kami untuk bergambar dengannya. (hahhaha Korang pikirla sendiri)
Sekitar Waterfront Kuching. Kat sinilah terdapat gerai2 menjual makanan, kraftangan ..nak naik sarawak river cruise pon boleh. Macam2 ada di sini Kalau nak berbincang masalah rumahtangga, atau ingin melahirkan kekecewaan di hati boleh dilakukan di sini kerana terdapat bangku2 di sekitar waterfront ini sambil melihat sungai sarawak diiringi dengan hembusan angin yang sepoi2 bahasa. wa cakap Lu.masalah leh hilang untuk seketika.
Yeah!!! apa uniknya kat Sarawak ini adalah masih terdapat perahu penambang. Perahu penambang masih dikenali di Kuching yang menghubungkan kampung dan bandaraya Kuching. Dengan harga 50 sen dengan masa perjalanan 5 minit kami sampi di seberang. Di sinilah makanan best, kek lapis sarawak yang basah ada dijual. Seronok rasanya menaiki bot penambang sambil melihat keindahan perairan sungai Sarawak
Serius aku cakap Ice Lemon Tea mmg terbaik. Biasanyer yang aku jumpa menggunakan limau nipis atau limau kasturi. tapi yang ini menggunakan LEMON!!! dengan harga yang cukup murah. Wahhh asyik citer murah jer ek.. Yang kat tengah tu pon sedap..milo + susu+jagung +=PUAS. Yang lagi satu tur aku tak ingat..tapi sedap gak..
Kali pertama aku jumpa menu tajuknya adalah Nasi Tsunami. Memang Tsunami sungguh. Ala2 macam Nasi Paprik..tapi dilimpahi kuah dan binatang-binatang laut seperti udang dan sotong yang sangat banyak dan besar. serius aku cakap kat sarawak ni makanan laut dier memang sangat murah. Harga sekitar RM 5. Terbaik Wooo!!!
Menu WAJIB yang perlu makan kalau datang ke Sarawak iaitu Midin. Makanan tempatan Sarawak yang cukup terkenal. Midin ini diperbuat daripada Pucuk Paku muda. Harga midin ni sekitar RM10 ditambah dengan udang2 sebesar lengan anem. Memang berbaloi dan sedap.
Sempat bergambar di tepi Sungai Sarawak. OMG mmg cantik. Sepanjang hidup aku kat bumi Malaysia..Serius aku katakan bandar Kuching adalah bandar yang paling bersih. Sangat bersih. Dulu aku suka Taiping, Ipoh n skang adalah Kuching. Bandar yang sangat cantik gler. n paling best dalah BERSIH. Kat sini tidak akan kelihatan Orang Vietnam menaiki basikal, Bangla yang menjijit mangkuk tingkatnya..atau Indon yang berkeliaran..kebanyakan adalah orang tempatan dan pelancong.
Ini adalah tempat wajib, barang wajib yang perlu dibeli kat Sarawak. Kek Lapis Sarawak. Biasanya kalau nak beli kek lapis mestilah basah dan lembab. Baru sedap sehingga menjilat jari. Yang paling teruja untuk memiliki kek lapis yang basah2 lembab ini adalah k.idza. Tokey kek la katakan..so citarasa dier mmg tidak dapat aku nafikan. Kami tanpa malu bertanya orang di manakah terjualnyer kek lapis yang paling sedap??? Akhirnya..di kedai inilah..kek Mira. Kalau siapa2 nak pergi Sarawak..inilah tempat kek lapis sarawak d best yang perlu korang beli. Kami agak menyesal kerana dah beli banyak masa kat pasar Satok. Tapi tak pe kan..masih belum terlewat untuk kita borong lagi..........
Hari Ketiga: Flight pukul 2..so kitaorang bangun pagi2 untuk ke Semanggoh ni sbb nak tgk orang utan. Bila ke Sarawak.. ini adalah antara tempat2 yang wajib untuk dilawati. Top 10 lar..dengan menaiki Viva 850 cc kami pon mencari lokasi semanggoh dengan jayanya. Atas bantuan peta lukisan tangan Chris Hans (Tokey hotel tempat kami menginap) Akhirnya kami sampai gak di sini. Masa perjalanan 40 minit dari bandar Kuching. Masa yang 40 minit tu aku gunakan untuk tidur. TQ pada kedua2 supir aku yang menjadikan perjalanan tidur aku pada pagi itu cukup indah. zzzZZZzzz (Esoknya dorang ungkit knp aku tidor plak)
2 orang utan yang kelihatan sangat gumbira apabila menikmati pisang. Aku lupa la nama2 orang utan ni. tapi Tak salah aku nama mereka ini adalah bersifat kemelayuan. Ada 3 ekor jer masa kitaorang datang. Itu pon tengok dari kejauhan. B4 datang aku membayangkan orang utan ini akan menerima makanan daripada tangan aku sendiri..rope2nya mimpi tak menjadi kenyataan kerana LORRRRRRRRRRRRR tgk dari jauh jer ker..ada petugas yang akan memberi makanan. Tak Rock larrr..
Bersama Chris Hans. Pemilik Raflesia Lodge tempat kami menginap. Dia yang menghantar kami ke airport. TQ sesangat. Chris Hans selain dari pemilik hotel tetapi juga adalah seorang pelakon. Kami juga ditawarkan untik filem baru yang akan datang..tetapi setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk terus memberi komitmen kepada KPM. (wakakkaka perasan)
Peace!!! Habisla pengembaraan kami kali ini. Berjumpa di destinasi yang lain. kami Luv Sarawak. Semua tentang Sarawak. Tempatnya dan masyarakatnya yang suka membantu. Tapi InsyaAllah aku akan datang lagi sempat hajat aku yang satu ni tak tertunai lagi. Aku nak pergi Taman Bako!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1 comments:

Defarhano VII @ HanZ on May 5, 2011 at 4:34 PM said...

HeHe...saje jalan2 sini...tgk2 orang yang pergi sarawak...so next vacation kat maner pulaks?

murah gak ek kos tue..termasuk shopping x?


Layari juga update terbaru

"United Mara Ke Final UCL 2010/11 4-1 (Agg 6-1) .Bertemu Barcelona...Final Ulangan 2008/09"
"Facebook Dilanda SPAM "Osama Shot Down Video"
Osama Laden Mati Dibunuh??? Korang Percaye???
Ke Tutti Frutti Seri Bangi
Cuti - Cuti Malaysia di Bandar Kuching, Sarawak

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES