Saturday, June 18, 2011

Bali 07-10 Jun 2011

Posted by Unknown at 12:11 AM 2 comments

Bali Indonesia. Memang indah dan erotik. Indah suasana pemandangan sejuk mata memandang dan hilang segala keresahan. Wahhhh!! Apa yang erotik???? macam2 der..dari cenderahati yang diukir menyerupai a*** s**** dan ianya dijual secara berleluasa dan mata kami ahli rombongan cuba ditutup rapat namun apakan daya kalau ditutup.. sesat jalanlah jawabnya.. dan disebabkan itu mahu tidak mahu..hendak tak hendak.. suka tak suka..(padahal suka glerr) mata terpaksa dibuka luas dan aksi pelancong mat salleh dan minah salleh yang berpakaian mencolok mata. hehehe. Di atas adalah gambar keceriaan ahli rombongan terdiri daripada Kak Jah(hajah yang sempoi )kak nida(ibu mithali sbb bawa anak2 beliau aina dan shira dan anak angkatnya iaitu kami) anem(patahkan pengantung hotel) sanorai( suka sendawa di dalam van lps makan durian) anik (yang suka bawa kelengkapan rumah kecuali tong gas apabila melancong)

Lelaki ganteng berkumis nipis tersenyum manis ke arah kamera adalah tourist guide kami di Bali. Pak Hadi ini telah menyebabkan anik, sano dan anem meracau, mengigau di tengah malam kerana tidak sabar untuk bertemu Pak Hadi ini keesokan harinya. Banyak info mengenai Bali ini kami dapat daripadanya. Kebanyakan 95% penduduk Bali adalah beragama Hindu. Setiap rumah di Bali mempunyai kuil mereka sendiri. Memang mereka ini penganut Hindu yang cukup baik. Macam2 perayaan mereka sambut. Yang paling aku tertawan adalah perayaan nyepi. Maksudnya pada masa ini semua penduduk Bali tidak dibenarkan keluar, tidak dibenarkan memasang lampu ke tv ke dan masa ni juga tiada penerbangan akan dilakukan.Pelancong pun tidak dibenarkan keluar. Semua kena duduk di rumah. So kalau nak pergi pastikan bukan pada hari nyepi ni . Pelancong di Bali kebanyakan pelancong dari Australia. Ini adalah disebabkan jarak antara Bali dengan Australia dekat. Tapi serius aku cakap mat salleh ni memang ramah..jumpa2 jer say good morning, g.nite..aku dok tunggu juga kalau ada mat salleh yang ucap Assalammualaikum..tp sayang seribu kali sayang itu hanyalah angan2 palsu bagai ditusuk sembilu..menikam jantungku....
Hari 01: Dengan ongkos sebanyak RM1200 alhamdullilah akhirnya tercapai juga cita2 kami nak berlibur di Bali sambil tidak melupakan orang tersayang yang berada di Malaysia. Bak kata kak nida.."bila jauh ni semakin sayang pulak". Pengakuan jujur dan tulus dari kak nida. Hampir jatuh air mataku melihat kesengsaraan rindu kak nida pada suaminya. Hampir 3 jam di dalam kapal terbang menyebabkan perut kami semua berkeroncong lagu "aishteru" menjerit2 minta diisi. Akhirnya kami dibawa ke jalan kedonganan untuk menikmati makanan laut di tepi pantai dengan keindahan matahari terbenam. Maha Besar Allah memang cantik. Terleka, terpaku dan terngaga seketika melihat keindahan ciptaan Allah. Kami tersedar daripada lamunan apabila mulut longkang anem " woi cepatla makan lapor ni"..wat spoil la minah ni..getus hatiku. (macam cerpen lak)

Dah kenyang makan..kaki dihentak2 minta untuk berjalan2. Malam adalah aktiviti bebas..setelah melakukan musyawarah antara ahli2 jemaah kami telah membuat keputusan untuk berjalan2 di jalan Legian sambil boleh membeli cenderahati untuk rakan2 sedara mara2 jiran2 dan tidak dilupakan untuk orang tersayang. Kebanyakan gerai di jalan legian menjual baju2, aksesori, key chain dan lain2. Macam2la sehingga aku hanya mampu memandang sebab kaki dah penat berjalan. Hotel kami menginap dengan jalan legian ni agak jauhla juga namun dah alang2 duit habis baik kita bagi perabih..bg jalan..bg puas..baru puas hati!!! Di sinilah sano bertemu jodohnya namun disebabkan berlainan agama dan tentunya bukan orang kelantan sano terpaksa meninggalkan "my honey"nya.
Hari 02: Barongan Dance di Batu Bulan. Persembahan yang agak lama iaitu satu jam agak membosankan. Barongan ni kat Pt No3 pun ada...sebab yang membosankan adalah bahasa yang aku tidak faham. Tetapi pelancong akan disediakan sekeping kertas yang mengandungi sinopsis cerita barongan terlebih dahulu. Walaupun aku dah baca 8 kali namun sayang aku masih menggaru kepala tanda tak faham dan bengang. Anem kelihatan menguap lebih 3 kali tanpa menutup mulutnya. Sanorai sedaya upaya memperlihatkan keintelektualannnya semasa melihat persembahan barongan walaupon sebenarnya dia lebih tidak faham dari aku, anik pula cuba membuat posing paling maut untuk dijadikan sebagai profile picture yang baru di FB tanpa memperdulikan barongan tersebut. Kak Nida sebagai guru yang paling berpangkat tinggi iaitu DG44 berbanding kami semua cuba dan cuba menumpukan perhatian terhadap persembahan dan sebagai ibu mithali cuba untuk menjadi teladan yang baik kepada anak2nya.
Habis sudah persembahan barongan..kami dibawa ke tempat membuat batik. Penuh khusyuk dan tawaduk Pak Hadi menerangkan proses membuat batik kepada kami semua. Pembuatan batik di Bali agak sama dengan di Terengganu. Mungkin yang berlainan adalah motif yang digunakan pada kain tersebut. Tapi apa yang pasti Batik di tempat kita 100x lagi cantik. Motif batik di Bali lebih kepada gambar berkaitan agama hindu atau pun gambar manusia di sawah padi. Di sini juga terdapat lukisan2 yang amat cantik dan seksi sekali. Apa yang seksi??? malas nak jawab....
Seterusnya kami dibawa ke tempat membuat barang perak. Berbagai2 ukiran, harga dan pembuatannya memang cukup halus. Setelah kami membuat perbandingan harga perak di Bali adalah lebih murah berbanding di Malaysia. Tapi rupiah yang kami bawa cukup2 sahaja untuk membeli fridge magnet yang dikirim oleh orang2 tersayang yang berada di tanah air.
Perjalanan ke Kintamani mengambil masa dua jam dari tempat membuat barangan perak. Perjalanan yang agak panjang. Sepanjang perjalanan kami melihat bentuk rumah, persekitaran dan kebudayaan orang Bali. Apa yang aku dah nyatakan memang setiap rumah orang Bali ni terdapat kuil mereka sendiri. Rumah di Bali semua tidak dicat. Pak Hadi bilang bahan binaannya diambil daripada batu daripada gunung berapi. Itu sebab tidak dicat kerana lumut tidak sesekali akan berani menghingap di atas batu tersebut. Wahhhh memang hebat tetapi aku rasa macam tak cukup meriah kalau tidak ada warna warni aidilfitri menghiasi rumah. Mungkin bagi mereka itu sudah memadai jika rumah kaler ala2 kelabu gitu. Kami sempat juga menyinggah di tempat menjual cenderahati. Tapi serius aku kata mahal. Biasala agen akan memperkenalkan kita di tempat yang pastinya mereka sudah mendapat komisen. Nasihat aku baik korang beli yang kat tepi2 jalan atau pasar yang harganya lebih murah. Tapi biasalah pertama kali jumpa kedai cenderahati..maka tahap "keexcitedan" melebihi segala2nya. Sebagai tanda sayang, tanda kasih, tanda cinta kami beli gak la cenderahati ini di sini.
Makan tengahari di Kintamani sambil berlatar belakangkan Gunung berapi. Aku tak ingat dah apa nama gunung berapi tersebut. Memang cantik.
Ni namanya taik musang yang makan kopi tapi akan diproses menjadi kopi yang paling sedap dan yang paling mahal. Jijiks...aku melihatnya!!!
Makcik ni memang sungguh2 nak menjual sampaikan aku nak masuk dalam van pon susah. Tapi serius aku kagum melihat ada basikal di atas kepala makcik ni. Korang carila kat Malaysia tak ada jurujual yang sekomited makcik ni. Caya la Makcik!!!!
Pic ni yang membuatkan kami teringat2 pada Pak Hadi. Kerana inginkan angel yang perfect dan baik..secara tidak sengajanya kami melihat aurat Pak Hadi. Sorry Pak hadi kerana ketelanjuran mata kami. Namun mata yang paling terbentang luas menatap sesuatu bukan haknya adalah sanorai dan ani. Setelah aku melaungkan azan dan anem menyembur sedikit air ke muka mereka barulah mereka tersedar dan bertaubat nasuha selepas itu. Alhamdullilah aku, anem. kak nida dan kak jah memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana ani dan sanorai kembali normal.
Lapar balik sebab dah seharian kami berjalan. Selera kami membuak2 apabila dihidangkan dengan nasi padang. Teringat plak memori kat Bandung. Hari2 kami dihidangkan dengan juadah nasi pandang. Naik muak. Tapi disebabkan Bali adalah 95% Hindu untuk mencari makanan halal adalah agak susah. Namun disebabkan menggunakan agent kami dapat makan di restoren yang halal namun masih dibayangi dengan Babi Guling dan sedikit was2. hehhehe. Babi Guling adalah menu paling glamer di Bali. Bagi yang non muslim kalau tidak ke Bali tak makan Babi guling memang rugila. (Promosi ini hanya untuk pelancong bukan Islam ye)
Kalau ke Bali mesti kena pergi ke Spa. Ini adalah perkara yang wajib yang perlu dilakukan. Bali memang terkenal dengan spanya. Maka kami tidak melepaskan peluang untuk memanjakan diri untuk diurut oleh cewek2 Bali. Diulang sekali lagi cewek2 Bali yer..bukan cowok2 Bali. Memang terasa dunia ana yang punya. Dengan harga sebanyak Rp250,000 bersamaan dalam RM80 kami telah diurut kaki, diiurut seluruh badan dengan scrub n mandi air bunga. Menag nyaman la rasa dibelai seperti puteri raja. Sambil2 mengurut tu aku ada ajukan pertanyaan lelaki manakah yang paling miang jika diurut. Jawapannya adalah lelaki Arab. Kalau lelaki yang baik. Jawapannya adalah lelaki Malaysia. Jawapan lelaki Malaysia tu aku tak pasti samada ikhlas atau tidak. yerla klami kan dari Malaysia mana tahu hanya untuk mengambil hati atau nak tip lebih. tapi apahal pon kami bangga dengan Lelaki Malaysia terutamanya kak nida.
Hari 03: Destinasi seterunyya dibawa kami ke Pulau Penyu. Sebelum ke Pulau Penyu kami akan diberhentikan sebentar untuk memberi makanan kepada ikan2 yang kebulur di tengah lautan.
Tersenyum riang seakan dapat tunggakan untuk kenaikan gaji. Semua pegang kasut sebab kami terpaksa mengharungi air sebelum sampai ke daratan.
Serius penyu kat sini banyak glerrr. Seumur hidup aku ini kali pertama dapat berkenalan dengan penyu lebih dekat lagi. Penyu ini seakan kura2 namun penyu lebih kacak dan lebih perkasa dari kura2. Walaupun dinamakan sebagai Pulau Penyu kat sini pon terdapat binatang2 lain sperti kelawar, ular sawa, burung enggang ( yang ni aku tak pasti apa nama burungnya) anjing, semut dll. Pelancong dibenarkan mengambil gambar dengan haiwan2 tersebut.
Yeah!!! parasailing...memang best gler..terbang bagai burung di awan yang biru. Kami diberi taklimat dan kelihatannya kami memandang sesuatu. kami sebenarnya bukan memandang orang terbang tp melihat keseksian awek mat salleh yang hanya pakai 2 pieces only. Ngehngeh...
Aku suka gambar ni..tu sbb aku letak..
Bedugul. Temple yang diletakkan di atas air. Temple tu dah jemu kami melihatnnya tapi keindahan di sekelilingnya cukup memukau kami.
Sempat lagi kami makan durian di Bali. teringin nak rasa. So kami beramai makan durian sebanyak dua biji sebagai melepas kerinduan pada durian di Malaysia. Tapi serius aku cakap durian kat Malaysia 100x lagi sedap. Durian yang dijual dah merekah2. Kalau kat Malaysia lama dah campak kat tepi. Tapi perkara yang paling tak dapat aku lupa apabila sanorai sendawa menyebabkan satu van mengalami muka kebiruan dalam 5 minit akibat gas yang dikeluarkan oleh sano. Terbaik la Sano gas ko tu!!!!! hahhahha
Tanah Lot. Ini adalah tempat wajib yang perlu pergi jika ke Bali. Ini juga dalah temple yang didirikan di tepi lautan. Temple lagi..tapi keindahannya tetap terbaik. Maha Besar Allah.


Pantai Kuta. Hari terakhir baru kami berkesempatan pergi ke Pantai Kuta. Pantai Kuta terkenal dengan aktiviti surfingnya. Kami tak g la surfing hanya mampu melakukan aksi lompatan yang agak sopan dan cun hasil kreativiti pengarah fotografinya. Hehehhe. TQVM kak nida, kak jah, aina, shira dan 3 orang kawan aku yang gonjol ni kerana misi kita telah berjaya. InsyaAllah lain kali kita plan ke tempat yang lagi cantik, best, dan hebat. Tapi serius aku teringin nak g Korea. Bila lah boleh pergi ni???????


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES