Tuesday, December 14, 2010

Rahsia Orang Perempuan

Posted by Unknown at 8:21 PM 0 comments




Aku terjumpa artikel ni kat isu hangat. Artikel yang menarik untuk orang perempuan seperti aku..Mula-mula baca nak marah..bila habis baca..tergaru-garu kepala...BETUL KE???????????? Meh kita selak satu2

  1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi. Jawapan aku: Sukahatilah nak masak ikut lagu mana..untung nak masak (macam kasar je jawabnya)..hahha
  2. Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!Jawapan: Tipulah..tak la tiap2 minggu..bila ada sale jer..yang tiap2 minggu tu wayang n test suara.
  3. Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… ! Jawapan aku: Sembang kan mengeratkan silaturahim..daripada muka ketat..baikla bersembang
  4. Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! Jawapan aku: Kalau muka buruk kena ngata..cantik pon kena ngata gak..
  5. Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata! Jawapan aku: Apa kena mengena rabun n rambang..kan ada makan pelempang..
  6. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!Jawapan aku: Ada kawan makan pon kenyang..sendiri ada gaji sendiri bayarla..tp kadang2 belanja gak..tak baik jer..
  7. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang! Jawapan aku: Fakta ini memeng aku sokong..apa jadahla simpan kuku panjang..simpan kuku panjang sama maksud simpan taik sendiri dalam kuku..yerkkkkkk
  8. Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk!Jawapan aku: Fitrah alam..hahahaha
  • Banyak lagi rahsia orang pompuan yang aku dapat tapi aku cari yang paling dekat dihati..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, December 13, 2010

Universal Studio Singapore

Posted by Unknown at 5:52 PM 6 comments
Hajat hati nak pergi ke Universal Studio kat Hollywood tapi ringgit kami cukup2 sampai kat Singapore. Tp syukur Alhamdullilah sampai jugak. Dengan RM200 kami dapat pengangkutan pergi n balik, tiket masuk ke USS, makanan, dan cenderahati. Nak lebih tanggung sendiri. Kadang2 bila dah sampi tempat lagu ni...ramai tak sedaq diri..Kat atas tu adalah ahli rombongan iaitu Anem, K.idza, zaidi. ani, sanorai, nad n aku dari serata Malaysia, Perlis ada, Kelate ada, Sabah ada, tp current city opkos la JOhor.

Besau giler n banyak permainan kat USS ni. Ada permainan menceriakan hari2ku n ada permainan..membuat hatiku berdebar2 seperti nak menduduki spm kali ke 3. Tapi yang ralat aku tak main semua sbb ada hal yg tak dapat dielakkan. Kasut punah, kamera hilang, terpisah dengan kawan2 tersayang (syngla sngat) Kalau ada kesempatan rasa nak pergi lagi...

Macm ulat berbelit2. Masa kitaorang pergi tempat nie ditutup ke belum bukak. Tak sure..tapi tgk jer dah buat aku pening..apatah lagi nak naik..muntah hijau terus...

Detik-detik kebahagiaan kami sebelum terpisah disebabkan takdir. Ni taman tema Madagascar. setiap taman tema mesti ada kedai cenderahati. Kalau dah bayar zakat, bayar PTPTN dll bolehla beli cenderahati setiap taman tema yang telah dilawati. Biasa kalau T-shirt dalam 20 Dollar ke atas..kalau tak ada 20 dollar layaknyer beli keychain atau fridge magnet la..hehehe

Aku suka sangat dengan gambar ni sebab ada nilai estetika yang tinggi. Dapat lihat muka kekaguman anie n anem melihat penampilan ku yang kacak lagi bergaya..hahhaha. Nie kat tempat nak cop pasport..sapa lak yang amek gambar ni..tak hingat aku..


Kat USS ni ada jalan diinspired kat New York..memang real sebijik jalan2 kat sini mcm kat New York. Aku pon tak rasa mcm jalan kat singapore..rasa mcm kat amerika..tapi bila tengok member2 hidung semua pesek baru aku tersedar dari mimpi...hahhaah

Taman Tema Sci-Fi City bersama model terbaru mereka yang telah terbatal kontraknya selepas didapati mempunyai penyakit kaki cagu.

Dekat depan Jurassic Park. Dalam satu hari memang tak dapat main semua tempat. Masa kitaorang pergi tu hujan plak. Sedikit sebanyak masa kitaorang berkejar-kejaran ke sana sini untuk mengelakkan air hujan membasahi diri kami. Masa ni dah terpisah dah ngan anem, ani, sanorai n zaidi. Handset semua tak leh guna. Tempat besar besar kemungkinan untuk hilang mmg ada..apatah lagi dengan depa2 yg cukup hyperaktif.


Torist guide kami yanh cukup cute. Kelvin namanya memberikan perkhidmatan yang cukup baik.

Jalan Hollywood tak salah aku. Setiap jalan ni ada kedai jual cenderahati, makanan dan lain2.
Depan kapal besar Madagascar. Sayang seribu kali sayang tak dapat masuk kerana ditutup untuk sementara waktu.


Ini adalah senarai taman tema kat USS nie..nampak sedikit...Ya rabbi bila masuk dalam tak terkejar setiap tempat..main kejar2 kat tepi pantai pon ada masa. Tapi kat sini..masa mmg mencemburui gila2..dari pukul 12 tghari sampai jam 5.30 Petang..rasanya mcm 2 minit jer..Biasalah manusia kalau berhibur dikatakan sekejap kalau suruh dengar ceramah agama 5 minit dikatakan 5 jam. heheh peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..Untuk yang muslimin jangan risau..disediakan tempat solat.
Istana Shrek. Kat sini mmg best boleh tengok cerita shrek 4D. Besenya dengor 3D jer..Tp memang AWESOME!!!!!! wa cakap lu..rasa nak tengok lagi..Beza 4D ngan 3D ialah dari segi...mcm nilah..kalu shrek meludah..ludah tu mcm tekena dekat kita yg menonton nie..tp bukanla air ludah..tp percikan air...Lagi satu beza 4D dengan 3D..ialah 4D kalau menang dapat duit ribu raban..n terjunam kat nerakan jahanam..hahahaha..anda mahu??? saya tak mahu!!!!!
Nie kat Egypt @ The Mummy ala mcm citer mummy returns tu. Mmg seronok. Seronok bergambar jer. Tak masuk dalam main pon..rasa rugi sangat2. Anem, ani, sanorai n zaidi main. Selepas dipertemukan semula setelah lama berpisah..mereka dok cerita pasal keBESTan tempat tu..bernanah dan berkuping telinga aku dengar..hahhahahaha

Kenapa auntie2 n uncle ni tak ada dalam gambar yang kat atas2 tu. Sebabnya diorang nier pergi kasino. Bila aku tnya..samada menang atau kalah..dengan nada perlahan dan sayu aiya..ini hali manyak choi..talak menang..(dialog ni aku bikin sendiri tp maksud n tujuan tetap sama) Dalam rombongan nie kami 7 orang jer pergi USS yang lain semua g Casino. Pic nie diambil semasa nak pulang ke jalan benar iaitu BP. Tapi ada insiden yang aku mmg tak leh lupa..masa pagi2 mula nak naik bus tu..aku dengar auntie ni kata..iya..manyak wangi ma..hahhaha biasa la auntie anak dara mestila wangi n mandi pagi...Lupa plak aku nak tanya diorang mandi pagi ke tak???

P/s : Ada pengajaran yang penting semasa kita berjalan2 iaitu jangan tercicir apa jua barang yang anda sayangi. Aku tercicir kamera kat USS ni n hampir tercicir handset..tapi apa yg buat aku bersyukur warga Singapura mmg baik. Mereka memulangkan kembali barang2 kepunyaan aku dengan sempurnanya. Tq Singapore!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Thursday, December 9, 2010

Naik Keretapi Ke Singapura...

Posted by Unknown at 8:04 PM 8 comments
Pertama kalinya dalam hidup menaiki keretapi dari Kluang ke Tanjung Pagar Singapore gara-gara anem. Yer la..perempuan lemah IQ aka Anem teringin bebenor nak naik keretapi. Anem bilang kereta udah naik, motor udah naik, kapal terbang udah naik..tapi kok keretapi belum. Aku katakan dia sebagai lemah IQ adalah disebabkan satu perkara yg terjadi dalam keretapi. Sampai ke mati nem aku ingat tragedi ko ni...Tambang dari Kluang - Singapura ialah RM16 hinggit.

Tragedi ke 2 yang terpaksa ditempuhi apabila..2 gerabak telah tertanggal dr gerabak2 yang lain. Perjalanan yang sepatutnya hanya 3 jam jadi berjam-jam. Kalau orang bersalin pun dah siap potong jambul dah. Naik keretapi pukul 8.40 sampai Tanjung Pagar jam 1.00 Ptng. Sangat lama ma. Keretapi nie dari Tumpat so sepanjang perjalanan demo kechek habih la..nsb bek kawe pehe demo royak gapo. Demo ni geger Tapi kelakar...Semasa terkandas ni la anem dengan tak malu meminta aku mengambil gambarnya di tepi keretapi. Katanya mahu dijadikan profile FB yg baru..wakakakkaka

Setelah berhempas pulas berpenat lelah naik keretapi..tibala kami di stesen KTM di Tanjung Pagar. Anem melompat keriangan tanda gembira. Aku terpaksa menenangkan dirinya kerana hampir separuh gila. hahhahaha. (drama..drama..drama..) Sebelum nak jalan2 kena check tiket. Tiket balik pada jam 6.00 Petang. Harga tambang dah kena dollar dah..16 Dollar aka RM30 lebih la..Sambil beli Tiket tu tnya la abang kaunter mana tempat yg menarik nak pi..Abng kaunter yang boleh tahan hensemnya mengatakan " Adik2 pergilah sentosa island" Kami dengan bangganya mengatakan " dah pergi la bang" dengan nada yg penuh lembut..(hahhha) Akhirnya abng ni suruh kitaorang pergi ke Orchard Road or China Town. Setelah mengadakan musyawarrah bersama Datuk Anem kita telah memutuskan pergi ke Orchard Road kerana lebih nampak meriah n nampak kaya.

Dah sampai pun ke Orchard Road. Bagaimana kitaorang boleh sampai di Orchard tanpa mengeluarkan peluh, tanpa kaki berjalan, tanpa mengeluarkan wang???? Alhamdullilah dengan izinNya kami dipertemukan dengan Pakcik yng bernama Manan. pakcik ni kitaorang jumpa masa kat stesen KTM. Kami tanya dia bagaimana nak pergi ke Orchard Road. Dier pon bg penerangan bunyinya seperti ini"bla..bla..bla..bla.." Kami pun dengan tabah dan tawaduk pergi dengan penuh tekad. Pergi jalan kaki tu weii..setelah tak berapa lama berjalan kaki tiba2 ada teksi toyota kaler merah dier berhenti lalu mebuka tingkap. OOOOOO pak Cik tu ropernya..dier pun ajak naik. Tanpa malu Tanpa segan terutama anem kitaorang pon naik. Akhirnya pakcik nilah yang hantar kitaorang ke Orchard Road tanpa mengenakan bayaran. Tq Pakcik Manan. I lap U..
Orchard Road adalah satu tempat syurga membeli belah barang2 berjenama mewah glerrrrrrrr seperti ZARA. Louis Vuitton. Gucci, Top Man n lain2. Susah nak cari barang yg praktikal seperti aku insan biasa. Jamu mata jer la. Ini kali kedua aku sampai kat tempat ni. Kali pertama semasa menghadiri majlis apa ntah..aku pon tak ingat..sambil jalan2 tu ada lak orng bagi tester minum Starbuck. Apalagi kebetulan tekak haus minta diisi kitaorang sambar jer la. Walaupon sedikit tapi cukup puas sebab tak perlu keluar duit.

Jalan2 juga namun Allah jangan dilupa ye..Baru barakah perjalanan kita. Aminnn

Dah puas jalan time untuk balik lak...Sudah..Tak reti nak balik dah..tapi jangan malu untuk bertanya orang. Bak kata pepatah " Malu bertanya sesat jalan" So kitaorang tak malu n tak sesat jalan. Rasanya Dekat 10 orang la kitaorang tanya tuk kembali ke jalan benar iaitu Stesen KTM la. Kalau pergi naik kereta n free.. balik lak..naik MRT aka LRT n berbayar. Dari Orchard Road ke T.Pagar $2.40 Dolar seorang. Cuak jugak masa ni siap kena tukar train lak. Nasb baik ada kakak ni baik kebetulan nak pergi Tanjung Pagar so dier la menjadi Tourist Guide kami untuk seketika. Tq Cece. Yang dekat atas tu anem gambar kat stesen komuter MRT Tanjung Pagar.

Berjalan kaki dari stesen MRT Tannjung Pagar ke KTM. Jauh gak..dalam 40 minit berjalan. Tengok2 gak mana tau ada beca tapi malangnya impian tak jadi kenyataan. huhu

Gambar Hiasan.

Akhirnya sampailah kami jam 5 petang di stesen KTM setelah beberapa jam menjamu mata di Orchard Road. Penat gler sebab banyak menggunakan kaki. Dekat sinila baru kitaorang menjamu selera. Perjalanan ke Singapura kali ke 4 ini cukup menyeronokkan n mencabar kerana kami pergi buta2 ajer. B4 sebelum ini mesti naik dengan bus atau ada tourist Guide. Lepas ni kalau nak pergi sendiri pon leh hehehe. Naik keretapi pulang jam pukul 6 Ptng. sampi ke Kluang dalam Pukul 9.oo mlm. Penat tapi best. Sepanjang perjalanan ke Singapura naik keretapi ni ada 2 perkara memalukan. Pertama salah masuk tandas. Kedua..malu nk cerita..biarla ia menjadi sejarah..haha


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bermula Semula..

Posted by Unknown at 12:18 AM 0 comments

Apa yg mula??? Nak mula tulis lagi..Rindu rasanya nak tulis apa yang aku dah lalui, aku harungi, aku renangi untuk dikongsi bersama orang tersayang yang tak berapa sayang, yang tak sayang, yang kenal dan tak kenal. Setelah berfikir panjang di atas keretapi yg begitu panjang perjalanannya..aku memutuskan nak tulis blog la sebagai satu diari atau hobi. Jemu rasanya bila buka internet tgk FB. So..esok nak citer pasal g Singapore menggunakan kudrat sendiri. hehehe.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, May 3, 2010

Mimpi Jadi Kenyataan......

Posted by Unknown at 11:04 PM 1 comments
Hari Ahad (02.05.10) jalan2 cari makan dengan ct n K.idza kat Bp. Fokus utama adalah tuk membuat konsert amal d Square One. Tapi hari tu car park mmg penuh..jenuh cari akhirnya jumpa..dengan dorongan yg begitu ikhlas dr K.idza. OOOOOOO patotla penuh ropernyer ada Mobile Fair..mmg ramai owang..tapi Fokus utama adalah membuat konsert amal so kami terus menuju ke destinasi yg dituju. Mahu2 25 lagu telah didendangkan bersama. Mmg suara yg tak sedap bertambah sedap. Wakaka. Okla lps tu kami pon mencari peluang meninjau melihat aka melawat kawasan mobile fair tu..uit mmg ramai owang. handset canggih manggih dijual dengan harga yg cukup murah..dahla murah Buy 1 Free 1 lak tur..mata yg normal menjadi juling serta merta. K.Idza n Ct hanya mengekori aku bontot aku dengan penuh taat. (Jarang jumpa member taat mcm diorang ni)Keinginan dan nafsu aku membuak2 tuk menyambar satu..namun iman mengatasi nafsu..aku tak yah beli lar..handset pon elok lagi kan..(Nsb baik kalu idak..hbslar.......) Kenapa H.set sebegini dijual begitu murah?? setelah diselidik, siasat..mmg cukup menggelikan ketiak dan ulu hati aku..H.set Sony Ericson menjadi sonyu ericson lar song ericson lar dan bla2..dan H.set ni dibuat d Taiwan. OOOOOO H.set AP ropernya..patotla...Apalagi aku pon memujuk atau kata lain mencadangkan ct tuk membeli. Bukan apa H.set dier masuk mesin basuh. Skang pakai h.Set mak dier. cian mak dier tak leh nak msg2 ngan Ayah baru ct. Ct pon menganggukkan kepala tanda setuju. (Taat Lagi) So aku pon memilih satu kedai ni tuk beli. Dier Offer H.set ni ngan harga RM215. Murah tu wei.dan kami pastikan ejaan sony ericson ni betoi. kerana terlalu teruja kami bayar n pulang. bukan sebb teruja dapat h.set baru..tp teruja nak solat maghrib. Sbb dh nak masuk Isyak. kan solat kena didahulukan. Sampai di rumah try tuk memasukkan simcard. Namun Malangnye tak reti lak nak bukak cover blakang. cari2 mmg tak jumpa. La...macam mana ni??? Tak per la kita Tidor dulu ct. Semasa aku tidor..... apa yg berlaku aku mimpi aku bukak cover belakang h.set ct tu. Bangun jer pagi selps mandi aku pon cuba berpandukan pada mimpi malam td. Akhirnya boleh bukak..pergh..ni yg dikatakan MIMPI JADI KENYATAAN........hehehe

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, April 26, 2010

10 Petua Untuk Kita Lebih Cantik

Posted by Unknown at 6:08 PM 2 comments
1. Beri Ganjaran pada diri anda..tetapkan matlamat peribadi dan berikan ganjaran jika kita berjaya melakukannya..Jika berjaya..belilah apa yg patot untuk diri kita kerana Kita layak menerimanya..Cayalarrr (Aku nak tukar jam) so ..hehehe
2. Belajarlah..sesuatu yang baharu setiap hari...search jer kat internet mcm2 ada..yg baik jer ek.

3. Lihat Kebaikan...Mula2 mmg susah kerana kita diajar melihat kelemahan, kesilapan ,kecacatan dan sebagainya. Senaraikan segala aset anda dan sedari segala kebaikan apabila anda menjadi diri sendiri. Kemudian pindahkan kepada benda sekeliling anda. Usahakan secara sedar n setiap hari. Sebaik sahaja anda sedar tentangnya , anda akan mula melihat kebaikan dimana jua anda berada.
4. Tukarlah makanan anda dr junk food kepada makanan yg lebih berkhasiat. Dr ayam Goreng ker ayam godok. Huhuhu
5. Buat Baik..Buat baik tanpa mengharapkan balasan. InsYaAllah akan Allah kurniakan apa yg kita tak jangka. Tapi jgn mengharapkan apa2 balasan. Ikhlas yer..sekali lagi Ikhlas yer..

6. Berehatlah..Tidor secukupnya waktu malam so datang keja tak la ngeces..hahaha
7. Minumlah Air banyak2..Minum air putih 8 gelas sehari..wajah yg itam jd putih, wajah yg mendung menjadi ceria,,badan yg lemah akan cergas sepantas kilas..

8. Bersenamlah...Senam selama 20 minit berterusan tak kisahla mop lantai ker..sapu sampah ker..basuh baju ker..mencuri jer jangan ek..buat masuk neraka..
9. Lakukan Renggangan..Kucin pon pandai..kita mestila lagi pandai..lps bangkit tidor apa salahnyer wat sedikit regangan dengan penuh lembut n kasih sayang..

10. SenYumlahhhh...Senyum membuat kita lebih menarik, senyum mengubah mood kita, senyum dapat merangsang orang lain tersenyum dan yang paling penting senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat kulit korang lebih muda n bergaya..tak caya??? Cuberla hahaha.

Banyak2 petua kat atas aku dah praktik yg no 10 n No 6..no lain..nanti wat sket2.





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tuesday, April 20, 2010

8 Cara mencegah Kegemukkan

Posted by Unknown at 8:07 PM 3 comments

1. Jangan makanan yang digoreng : Hari2 aku jumpa makanan ni kat kantin d fast food d gerai d mana jua anda berada.
2. Kunyah perlahan : Semua orang cakap aku makan laju..bkn apa nak cepat masuk kelas...wakakaka
3. Ambil sedikit : Mksdnya ambil nasi sikit jer..bi la nak makn tur..Tapi kat periuk banyak lagi..sapa nak habiskan?????
4. Tinggalkan meja setelah selesai : Udah2la tu jgn gossip lagi..p wat keje..tapi masa ni la mcm2 cerita sensasi keluar..
5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi : Semua yg aku suka ada gula ada lemak..aku sendiri pon ada lemak hehehe
6. Makan banyak buah : yang ni aku suka..hehehe
7. Waspadai minuman bersoda : Aku pon tak suka..tp aiskrim soda aku suka
8. Kurangkan menonton TV: Kalau BerFB macam mana lak????? kuang2
Okla Sebenarnya banyak cara untuk kita lebih kurus dan sihat. Apa cara apa petua kalau kita disiplin dan yakin InsyaAllah apa yg diimpikan akan jadi kenyataan. Macam alasan yg aku bagi turla..tu sebab smpi skang tak lansing2 macam Nasha Aziz. Yg penting Usaha..aku ni pon dah lama usaha 20 tahun lps..tak gak tercapai2..hahaha.tak per usaha tangga kejayaan. Antara langkah2 diatas nu aku nak mula yg no 2 dulu..doakan ek..




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Friday, February 19, 2010

Opie Part 1

Posted by Unknown at 12:02 PM 2 comments
aku ada kucing baru namanya opie pengganti oyen. Oyen ntah kemana dia menghilang aku pon tak taw..so untuk menggantikan oyen aku pun mencari pengganti baru la..lama dah aku cari kucing ni akhirnya dapat gak. mmg payah la nak cari kucing parsi skang. Beberapa kali aku mintak dengan kawan pada kawan mula2 kata nak bg tp d end mesti tak dpt. Alasannyer syngla nk bagi..aku gak kempunan mengigit jari. G kedai pun lagu tu gak..g jer kedai mesti habis n habis..smpi tokey kedai pon dah knl aku. Tp masa cuti CNY aku pon p la kedai sebelah d Store kat Bus stand Bt Pht. Sajer2 tak la mengharap sgt...Tibe terjerit terpekik la aku n Ct kat situ melihatkan 2 ekor kucing yg sgt cantik. Aku pon roger la kat ain n K.idza suruh pilih tgk dan kaji. Aku pon akhirnya pilih hat kelabu itam ni..itam2 si tampuk mangis biaq itam nmpk manis...lagi satu kaler oren+putih. Pon cantik beb..aku pon roger kat nad (pun suka kucing) Nad pon mcm berminat nak li tapi tak alangkah malangnyer kucing oren dah dibeli orang. tinggallah nad melopong mengigit jari. Padahal tak smpi 2 jam pon aku n depa tinggalkan kedai uncle tu...mmg menjadi pojaan ramai la kucing parsi ni..tak per nad lain kali aku tling tgk2 kan ek..

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, February 17, 2010

Aku Nak mEnulissssss..

Posted by Unknown at 10:56 PM 2 comments
Dah lama rasanya aku tak menulis kat blog yang tercinta nie...berabuk dah kata kak zana. Sibuk ngan farmville lar..facebook la..hehehe..Sbnrya sibuk wat keja lain samapi tak berkesempatan nak menulis kat cni..Aku tak taula apa yg aku tulis ni orang baca atau tidak..tapi mungkin 2-3 orang jer baca kot,,,,tp okla dari tak der langsungkan..Sekurang2ya blog nie sbgai satu cara untuk kita meluahkan sesuatu bnda yg perlu diluah atau melatih diri kita menulis atau dalam erti kata lain menulis karangan. Hahaha. suruh budak tulis pandai..tp kita..ada tulis???? tulis tur dakla tapi membaca adalar...so apabila kita membaca apa salahnya bahan yg kita dapat kita kongsikan di blog. at least ilmu yg kita ada boleh disebarkan kepada orang lain. Bnyk lagi nak cerita..esok2 kita sambunglah....Ok Bye..

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES