Monday, August 31, 2009

"JODOH" Renung2kanlah..

Posted by Zainah Senin at 9:15 PM 2 comments
Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Mmg bermakna dan penuh tersirat. Renung2kanlah. Terima kasih kepada blog ini. mcm2 ada http://1001rahsiadiri.blogspot.com



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, August 30, 2009

Berbuka Puasa di Sabak Awor Muar

Posted by Zainah Senin at 12:13 AM 0 comments
Sabak Awor ni adalah salah satu medan ikan bakar yang agak terkenal di Muar. Nak pergi Umbai jauh sangat..muar pon jadilah. Menu mmg cukup menyelerakan. Menu2 yang ada diatas tur semua sekali berharga RM74.90. Okla divide 4 orang. Makan kenyang hati pon senang. Kami makan kat gerai No. 8. Kebersihan gerai mmg terjaga. Bilik air dan bilik sembahyang disediakan dengan keadaan yang bersih dan amat selesa. So mmg tak der masalah untuk menjalankan kewajipan kita. Mmg tip top. Menu yang dipilih dimasak dengan penuh enak sehingga menjilat jari.

Buka puasa dengan member2 lama sek men dolu-dolu. Semua dah besar2 n semakin tuek(hehe). Alhamdullilah semua dah jadi cikgu. Tahniah Dilla n Fadh.

Posing menarik. Tengah tur guru besar Cik Anem. Respect itu guru besor...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Friday, August 28, 2009

Memori Mantan Siswi UUM (2001-2005)

Posted by Zainah Senin at 10:17 PM 4 comments
Kesempatan mengikut K.Idza balik Perlis membuka peluang aku untuk pergi ke UUM. Bak kata pepatah "tempat jatuh lagi dkenang apatah lagi tempat bermain". Setakat Perlis dengan Sintok Kedah mmg dekat jer. So aku mengimbau memori lama kat UUM ni. Meh sama2 kita ikuti. Gambar ni di depan pintu utama. Terima kasih UUM kerana menjadikan aku manusia berguna yang kini boleh berbakti kepada bangsa agama dan negara. Terima Kasih UUM kerana memberikan aku pengalaman untuk menongkah cabaran di masa yang akan datang. Pengalaman yang tak boleh dibeli tapi perlu dilalui.
Dewan MAS. Dewan dimana aku menjalani peperiksaan, tengok konsert dan waktu paling bersejarah menerima sekeping ijazah. Alhamdullilah akhirnya usaha selama 4 tahun berbaloi.
Bangunan putih nun disana tur adalah blok dimana aku tidur selama mana aku study kat UUM. Banyak kenangan kat sini. Dulu zaman study tidor kul 2 atau 3 bangun kul 10 plng lamabat 11. Pas tur makan. Pas tu Internet. Pas tur makan,,pas tur gebang..pas tu tgk cd..bila belajarnya nie???Aku pon tak faham. Nier waktu hujung minggu buat kerja macam nie. UUM ni kan hutan nak pergi ke bandar jauh..so kita layan cd la hujung minggu macam ni. Teringat balik geng2 lama. Korang aku rindu ngan korang (Eya, Liza, Sal, Misya, K.Diey, Ima,Noyu, Ita, Wex,Noni n Ct).
Nie la kolej kediaman aku sejak dari sem 1 hingga sem 8. mmg segala khazanah dalam badan aku ni dah tertanam kat sini. Dulu nama kolej ni Guthrie. Skang depa tukaq dah pada Sime Darby. Tapi ada aku kesah??? hehe
Nie la canselori aku. Yang tertepek depan ni bukan VC aku ek. nie tukang sapu sampah jer. Hehe.
Ni la tempat perbincangan untuk menyiapkan assigment. Yer la ahli2 group lain2 kolej so kita jumpa kat tengah la. Niela tempatnya. Bila dah jumpa discuss sket jer sembang lebih. Tak pon aku yang wat kerja lebih. Biasa bab2 assigment ni aku tukang edit. Bagi asignment tur cantik dan menawan. Aku mmg addict ngan komputer sejak dulu lagi.
Nama tempat ni The Mall. Tempat nie la kitaorang nak beli barang2 harian seorang mahasiswi. Walaupun tak sebesar Mid Valley atau Lot 10 tapi didalamnya penuh dengan barang2 yang diperlukan. Sebut jer...semua ada di sini. Kat sinila aku pernah jatuh tergolek kerana kurang seimbang atau sebenarnya selipar dah haus. Malu mmg malu tapi apa nak buat..terima jer la ketentuan Allah.
Nie tempat kadang2 waktu senggang menunggu kuliah yang lain.Biasanya aku duduk dicni untuk merenung masa depan.
Nie la library yang banyak berjasa kepada aku. Tanpanya tak siapla assignment aku. Terima kasih library. I Luv U.
Nie la Fakulti aku. fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Tapi hari tu pergi dier dah tukar dah. Tapi ada aku kesah???
Kat sini pulak tempat untuk menunggu sementara kuliah nak bermula. Atau tempat menunggu pakwe atau makwe untuk makan bersama2. Biasa aku kat sini tunggu member2 nak makan sama2 kat LEGO. (Pakwe tak der kan..huhu) Makan Bihun sup ada sosej campor telor n sambal kicap banyak. Budak2 UUM mesti tahula menu ni. Batch aku lar...sedapnyerrrrrr.
Antara signboard nak pergi ke mana DKG yang perlu dituju. Teringat balik pertama kali pergi ke kuliah. Fenin kepala otak memikirkan tempat dkg ni duduk kat mana. Yer la U ni kan besar. Budak junior yang tak reti apa2. Tanya orang sana tanya orang cni akhirnya jumpa. Tapi lambat..lecterur dah ada. Ya Allah malunya masa tur...
Niela namanya dewan kuliah. Aku ingat nak masuk n flashback balik memori2 lama. Tapi semua dewan ada kuliah. Tgk dari jauh pon jadilah. Mmg best. Walaupon aku pergi kuliah tak dengar sangat lecterur cakap tapi lulus gak. Yg penting study smart. Smart ker aku study???? MMg tak Smart.. kecelaruan otak adalah. Tp life di Universiti adalah perkara yang tak akan aku lupakan sampai bila2. Kat sinilah kita melalui erti sebenar persahabatan atau menjadi orang yang lebih matang dari segi fikiran dan tindak tanduk.
Tempat menunggu bas balik ke kolej. Lps habis kuliah semua student akan ke sini berebut2 untuk balik ke kolej. Bab ni mmg aku suka. Siapa pandai berebut dier la yang akan dapat naik bas. Kalau tak dapat duduk berdiri pon boleh asal dapat balik kolej dengan cepat. Sampai kadang2 terlekat kat cermin atau tersepit kat pintu bas. Aku paling dahsyat pon melekat kat cermin depan bas la..okla tur.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jalan2 Di Perlis (22.08-25.08.09)

Posted by Zainah Senin at 9:01 PM 1 comments
Nak masuk terowong nie jaga2. Perjalanan yang dimulakan pada pagi Sabtu (22.08.09) dari Batu Pahat pada pukul 7.00 Pagi. Alhamdullilah sampai kat Santan Tasik Melati Perlis pada pukul 4 lebih. Musafir di Bulan Ramadan. Kitaorang puasa tau..

Terowong Ipoh.

Ladang tebu yang tersergam indah. Mana ada kat Batu Pahat. Kat perlis ni jer ada....Cantikkan????

Timah n Anis. Thanks Timah sudi jd bodyguard cheq masa p jalan2 padang besaq. Tima kasih kat hang coz sudi hantaq aku p umah K.idza. Thanks kerana sudi menerima kedatangan aku yg dah berkali2 datang ke sana dengan tangan yg begitu terbuka.
Berlatarbelakangkan ladang tebu di Chuping Perlis. Ni jalan on d way nak p padang besaq.

Papan tanda yang pertama kali aku jumpa hanya di Perlis. BAN singkatan dari perkataan JAMBAN. Perkara yang menarik. Papan tanda ni terdapat di sebuah restoren kat Kangaq. Lebih sopan dan mesra gitu. Thanks pada Zaidi kerana tolong snap gambaq. Jempol la orang perlis ni...he..he

Syurga membeli belah. Aku jadi giler la pergi padang besaq nie. Berkali datang tapi masih tetap teruja. Rasa macam nak beli ngan kedai2 sekali. Tapi apakan daya ku kerja kerajaan bukan jutawan. Kuang2. Apehal kali nie aku pergi mmg puas. Semua dibeli. Thanks pada K.Idza kerana sudi bawak aku sehingga 2 kali trip. Nsb Baik 3 hari jer kat umah hang kalau seminggu tiap2 hari suruh bawak. Hehe mesti hang stress kan...

Mmg enak makanan di sini. Menjilat jari. Sempt posing tur..

Jejaka paling cool kat Kangaq. Adik K.Idza iaitu Zaidi. Terima Kasih diucapkan kepada K.Idza sekeluarga kerana menaja penginapan, makanan, hiburan, perjalanan dan lain2 yang tak dapat diucapkan dengan kata2. Hanya Allah yg dapat membalasNya. MMg Best la percutian di bulan puasa walaupun dahaga teruja tetap teruja, suka tetap suka, belanja tetap belanja. Yg penting bahagia..hehe..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted by Zainah Senin at 8:46 PM 1 comments




GoodLightscraps.com


PUISI RAMADHAN

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANG

RAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BERERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU


Get More Happy Ramadan Comments at Myfwenster



Selamat Menyambut Ramadhan Yang Barakah Ini Kepada Semua Umat Islam.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tuesday, August 18, 2009

Adab bersin tambah rahmat, mampu elak penyakit

Posted by Zainah Senin at 8:09 AM 0 comments
Adab bersin tambah rahmat, mampu elak penyakitOleh Nik Salida Suhaila Nik SalehRasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurnaDEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu)."Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah."Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'.Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri SembilanSaya sekadar menyampaikan ilmu yang saya perolehi.Di petik dari Berita Harian 13 Ogos 2009.
Kredit dr Isu hangat.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, August 17, 2009

Komik 2009

Posted by Zainah Senin at 11:40 PM 0 comments




haha..tak der kerja la katakan..saja usik mengusik. Jgn ada terasa hati ek mana gambor2 yg dah diedit oleh aku ni. Untuk Aamir Khan(buke aku tok suke ke mu..jodoh tak dok) Untuk Christiano Ronaldo(I Luv U too) hahaha. Nak membaca dengan lebih best klik jer kat gambar k.Kalau ada sapa minat nk edit p jer la laman web ni http://www.kyolo.com/

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Friday, August 14, 2009

Aerobik 2009

Posted by Zainah Senin at 1:47 PM 0 comments
K.Ju, yg lain tur tak pyh diperkenalkan la..

Baca dan renung2kan..

Tara...

Menunggu giliran tuk persembahan

Bersiap2 di dewan skolah b4 pergi ke BP Mall

12.08.09 (Rabu) pertandingan aerobik yg ditunggu pon tiber. Malangnyer kitaorang tak menang. Tp bagi aku diorang tetap yang terBest dan terHangat di pasaran. Tahniah di atas usaha, dedikasi,kesabaran dan kerajinan korang datang latihan selama 2 minggu tanpa henti. Li En( pak lawak) Hui Ping(ckp bnyk)Amelia(mak2 orang), Syakira(Ckp bnyak), Asqira(malu tp mahu), Ayu(diam2 berisi), hamiza dan Zuhaili(diorang ni malu2 lagi) dan sekalung penghargaan yang tak terhingga diberikan kepada partner yg sentiasa di sisi aku iaitu Cik Idza Zulzila Bt Idris dengan ucapan "Tanpa hang kak gelaplah dunia aerobik SDBL. Huhu(Puji ikhlas nie dr hati) Mcm ma tahun dpn nie????Huhuhu. Apehal pon Team SDBL mmg JEMPOL.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, August 10, 2009

Mai secawan kopi Kluang

Posted by Zainah Senin at 11:10 PM 6 comments
Itu dia...

menu yg ada

Antara menu yang diorder

menunggu meja. ramai tur wei

Kalau bab makan sanggup tinggal member huhu

Ahad(10.08.09) aku, ct , K.idza n isma pi Kluang minum kopi paling best n roti bakar plng enak sekali pernah aku makan setakat ini. Sapa2 yg belom pernah rasa dialu2 alukan pergi n rasa sendiri. Gerenti tak menyesal. Mana lak gambor aku nie???Tak per la post kali nier biar member2 kesayangan aku ni interframe. Aku tukang tangkap gambar jer..Apehal kopi n roti dia mmg JEMPOL.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, August 5, 2009

Gambar animasi

Posted by Zainah Senin at 11:35 PM 2 comments
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Oyen Part II

Posted by Zainah Senin at 9:48 PM 0 comments
beso dah oyen..

oyen duduk terkangkang

pose duduk

Tidor meniarap

Ini kali kedua aku story pasal oyen. Masa oyen part I aku cerita yang dier ni betina. Rupa2nyer setelah meningkat remaja dan mula menggatal barulah diketahui yang oyen ni rupanya jantan. Bukan tak pandai tengok dier punyer tut...tapi mmg tak nampak...bukn aku jer, doktor pon tak leh nak detect oyen ni jantan. Patotla perangai oyen ni ganas, lincah dan cpt besar. Perangai mmg tak macam kucing pompuan yang penuh dengan kesopanan. Masa aku mula2 ambik pon tuan dier kata ni kucing betina. Aku tak kisah asalkan dapat kucing mix parsi plus tempatan. Jemulah bela kucing kampung. Hehehe. Tapi mmg tak sangka dier ni cpt membesar. Tak pernah seumur hidup aku bawak kucing pi klinik. Tapi dgn oyen ni aku bawak dier pi klinik. Macm anak pulak. hahha. Beratus jugak nak bela oyen ni. Tak per la kau niat nak bela kena bela betol2. Kucing ni kan binatang kesayangan nabi. Tapi sekarang ni mmg aku sayang kat oyen ni. Tur baru bela binatang kalu ada anak sendiri mesti lagi sayang kan...ermmmm bila la nak ada anak sendiri nie???? hehe. Lepas ni aku ingat nak cari menantu untuk dapatkan cucu. Maksudnya carikan bini untuk oyen ni la. Kalau boleh nak cari menantu yang sama taraf. Jgn salah faham bukan memilih..cumer kalu boleh kecantikan tur diwarisi turun temurun. hehe. Dah risik2 dah InsyaAllah kalau tak ada aral melintang cukup jer oyen ni dah baligh atau pandai gitu2 akan berlangsunglah majlis yang gilang gemilang. Semua dijemput hadir ek. Hahahaha. Okla nantikan Oyen part III yang lebih hangat daripada biasa. Tunguuuuuu!!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES