Friday, August 28, 2009

Memori Mantan Siswi UUM (2001-2005)

Posted by Unknown at 10:17 PM
Kesempatan mengikut K.Idza balik Perlis membuka peluang aku untuk pergi ke UUM. Bak kata pepatah "tempat jatuh lagi dkenang apatah lagi tempat bermain". Setakat Perlis dengan Sintok Kedah mmg dekat jer. So aku mengimbau memori lama kat UUM ni. Meh sama2 kita ikuti. Gambar ni di depan pintu utama. Terima kasih UUM kerana menjadikan aku manusia berguna yang kini boleh berbakti kepada bangsa agama dan negara. Terima Kasih UUM kerana memberikan aku pengalaman untuk menongkah cabaran di masa yang akan datang. Pengalaman yang tak boleh dibeli tapi perlu dilalui.
Dewan MAS. Dewan dimana aku menjalani peperiksaan, tengok konsert dan waktu paling bersejarah menerima sekeping ijazah. Alhamdullilah akhirnya usaha selama 4 tahun berbaloi.
Bangunan putih nun disana tur adalah blok dimana aku tidur selama mana aku study kat UUM. Banyak kenangan kat sini. Dulu zaman study tidor kul 2 atau 3 bangun kul 10 plng lamabat 11. Pas tur makan. Pas tu Internet. Pas tur makan,,pas tur gebang..pas tu tgk cd..bila belajarnya nie???Aku pon tak faham. Nier waktu hujung minggu buat kerja macam nie. UUM ni kan hutan nak pergi ke bandar jauh..so kita layan cd la hujung minggu macam ni. Teringat balik geng2 lama. Korang aku rindu ngan korang (Eya, Liza, Sal, Misya, K.Diey, Ima,Noyu, Ita, Wex,Noni n Ct).
Nie la kolej kediaman aku sejak dari sem 1 hingga sem 8. mmg segala khazanah dalam badan aku ni dah tertanam kat sini. Dulu nama kolej ni Guthrie. Skang depa tukaq dah pada Sime Darby. Tapi ada aku kesah??? hehe
Nie la canselori aku. Yang tertepek depan ni bukan VC aku ek. nie tukang sapu sampah jer. Hehe.
Ni la tempat perbincangan untuk menyiapkan assigment. Yer la ahli2 group lain2 kolej so kita jumpa kat tengah la. Niela tempatnya. Bila dah jumpa discuss sket jer sembang lebih. Tak pon aku yang wat kerja lebih. Biasa bab2 assigment ni aku tukang edit. Bagi asignment tur cantik dan menawan. Aku mmg addict ngan komputer sejak dulu lagi.
Nama tempat ni The Mall. Tempat nie la kitaorang nak beli barang2 harian seorang mahasiswi. Walaupun tak sebesar Mid Valley atau Lot 10 tapi didalamnya penuh dengan barang2 yang diperlukan. Sebut jer...semua ada di sini. Kat sinila aku pernah jatuh tergolek kerana kurang seimbang atau sebenarnya selipar dah haus. Malu mmg malu tapi apa nak buat..terima jer la ketentuan Allah.
Nie tempat kadang2 waktu senggang menunggu kuliah yang lain.Biasanya aku duduk dicni untuk merenung masa depan.
Nie la library yang banyak berjasa kepada aku. Tanpanya tak siapla assignment aku. Terima kasih library. I Luv U.
Nie la Fakulti aku. fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Tapi hari tu pergi dier dah tukar dah. Tapi ada aku kesah???
Kat sini pulak tempat untuk menunggu sementara kuliah nak bermula. Atau tempat menunggu pakwe atau makwe untuk makan bersama2. Biasa aku kat sini tunggu member2 nak makan sama2 kat LEGO. (Pakwe tak der kan..huhu) Makan Bihun sup ada sosej campor telor n sambal kicap banyak. Budak2 UUM mesti tahula menu ni. Batch aku lar...sedapnyerrrrrr.
Antara signboard nak pergi ke mana DKG yang perlu dituju. Teringat balik pertama kali pergi ke kuliah. Fenin kepala otak memikirkan tempat dkg ni duduk kat mana. Yer la U ni kan besar. Budak junior yang tak reti apa2. Tanya orang sana tanya orang cni akhirnya jumpa. Tapi lambat..lecterur dah ada. Ya Allah malunya masa tur...
Niela namanya dewan kuliah. Aku ingat nak masuk n flashback balik memori2 lama. Tapi semua dewan ada kuliah. Tgk dari jauh pon jadilah. Mmg best. Walaupon aku pergi kuliah tak dengar sangat lecterur cakap tapi lulus gak. Yg penting study smart. Smart ker aku study???? MMg tak Smart.. kecelaruan otak adalah. Tp life di Universiti adalah perkara yang tak akan aku lupakan sampai bila2. Kat sinilah kita melalui erti sebenar persahabatan atau menjadi orang yang lebih matang dari segi fikiran dan tindak tanduk.
Tempat menunggu bas balik ke kolej. Lps habis kuliah semua student akan ke sini berebut2 untuk balik ke kolej. Bab ni mmg aku suka. Siapa pandai berebut dier la yang akan dapat naik bas. Kalau tak dapat duduk berdiri pon boleh asal dapat balik kolej dengan cepat. Sampai kadang2 terlekat kat cermin atau tersepit kat pintu bas. Aku paling dahsyat pon melekat kat cermin depan bas la..okla tur.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

4 comments:

anis said...

mana lagi gambaq..takkan satu je kot..edit n publish la dlm nih...leh save n wat2 kenangan..yang penting edit lu..hehe

Unknown on August 31, 2009 at 9:35 PM said...

hang nak gambaq mana satu habaq kat aku nanti aku edit tuk hang

eya said...

Wah..hang naik utara lagi ye...beshnyerrrrrrrrrrrrrr..kali ni siap posing abis nih...hari tu p tak sempat nak posing...pepun..terubat rindu la bila tgk gmbr2 yg ko tepek kat sini...huhu...winduuuuuu kat korangggg semuaaaaaaaaaaaa..nak repeat balik la rasanyer memori kita kat UUM...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..sob..sob..sob..

Unknown on September 28, 2009 at 10:27 PM said...

betoila eya bestnyer kalu kita dapat blk dalam seminggu dua tu pon rasa dah ckp best

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES