Tuesday, December 14, 2010

Rahsia Orang Perempuan

Posted by Zainah Senin at 8:21 PM 0 comments




Aku terjumpa artikel ni kat isu hangat. Artikel yang menarik untuk orang perempuan seperti aku..Mula-mula baca nak marah..bila habis baca..tergaru-garu kepala...BETUL KE???????????? Meh kita selak satu2

  1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi. Jawapan aku: Sukahatilah nak masak ikut lagu mana..untung nak masak (macam kasar je jawabnya)..hahha
  2. Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!Jawapan: Tipulah..tak la tiap2 minggu..bila ada sale jer..yang tiap2 minggu tu wayang n test suara.
  3. Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… ! Jawapan aku: Sembang kan mengeratkan silaturahim..daripada muka ketat..baikla bersembang
  4. Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! Jawapan aku: Kalau muka buruk kena ngata..cantik pon kena ngata gak..
  5. Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata! Jawapan aku: Apa kena mengena rabun n rambang..kan ada makan pelempang..
  6. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!Jawapan aku: Ada kawan makan pon kenyang..sendiri ada gaji sendiri bayarla..tp kadang2 belanja gak..tak baik jer..
  7. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang! Jawapan aku: Fakta ini memeng aku sokong..apa jadahla simpan kuku panjang..simpan kuku panjang sama maksud simpan taik sendiri dalam kuku..yerkkkkkk
  8. Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk!Jawapan aku: Fitrah alam..hahahaha
  • Banyak lagi rahsia orang pompuan yang aku dapat tapi aku cari yang paling dekat dihati..


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, December 13, 2010

Universal Studio Singapore

Posted by Zainah Senin at 5:52 PM 6 comments
Hajat hati nak pergi ke Universal Studio kat Hollywood tapi ringgit kami cukup2 sampai kat Singapore. Tp syukur Alhamdullilah sampai jugak. Dengan RM200 kami dapat pengangkutan pergi n balik, tiket masuk ke USS, makanan, dan cenderahati. Nak lebih tanggung sendiri. Kadang2 bila dah sampi tempat lagu ni...ramai tak sedaq diri..Kat atas tu adalah ahli rombongan iaitu Anem, K.idza, zaidi. ani, sanorai, nad n aku dari serata Malaysia, Perlis ada, Kelate ada, Sabah ada, tp current city opkos la JOhor.

Besau giler n banyak permainan kat USS ni. Ada permainan menceriakan hari2ku n ada permainan..membuat hatiku berdebar2 seperti nak menduduki spm kali ke 3. Tapi yang ralat aku tak main semua sbb ada hal yg tak dapat dielakkan. Kasut punah, kamera hilang, terpisah dengan kawan2 tersayang (syngla sngat) Kalau ada kesempatan rasa nak pergi lagi...

Macm ulat berbelit2. Masa kitaorang pergi tempat nie ditutup ke belum bukak. Tak sure..tapi tgk jer dah buat aku pening..apatah lagi nak naik..muntah hijau terus...

Detik-detik kebahagiaan kami sebelum terpisah disebabkan takdir. Ni taman tema Madagascar. setiap taman tema mesti ada kedai cenderahati. Kalau dah bayar zakat, bayar PTPTN dll bolehla beli cenderahati setiap taman tema yang telah dilawati. Biasa kalau T-shirt dalam 20 Dollar ke atas..kalau tak ada 20 dollar layaknyer beli keychain atau fridge magnet la..hehehe

Aku suka sangat dengan gambar ni sebab ada nilai estetika yang tinggi. Dapat lihat muka kekaguman anie n anem melihat penampilan ku yang kacak lagi bergaya..hahhaha. Nie kat tempat nak cop pasport..sapa lak yang amek gambar ni..tak hingat aku..


Kat USS ni ada jalan diinspired kat New York..memang real sebijik jalan2 kat sini mcm kat New York. Aku pon tak rasa mcm jalan kat singapore..rasa mcm kat amerika..tapi bila tengok member2 hidung semua pesek baru aku tersedar dari mimpi...hahhaah

Taman Tema Sci-Fi City bersama model terbaru mereka yang telah terbatal kontraknya selepas didapati mempunyai penyakit kaki cagu.

Dekat depan Jurassic Park. Dalam satu hari memang tak dapat main semua tempat. Masa kitaorang pergi tu hujan plak. Sedikit sebanyak masa kitaorang berkejar-kejaran ke sana sini untuk mengelakkan air hujan membasahi diri kami. Masa ni dah terpisah dah ngan anem, ani, sanorai n zaidi. Handset semua tak leh guna. Tempat besar besar kemungkinan untuk hilang mmg ada..apatah lagi dengan depa2 yg cukup hyperaktif.


Torist guide kami yanh cukup cute. Kelvin namanya memberikan perkhidmatan yang cukup baik.

Jalan Hollywood tak salah aku. Setiap jalan ni ada kedai jual cenderahati, makanan dan lain2.
Depan kapal besar Madagascar. Sayang seribu kali sayang tak dapat masuk kerana ditutup untuk sementara waktu.


Ini adalah senarai taman tema kat USS nie..nampak sedikit...Ya rabbi bila masuk dalam tak terkejar setiap tempat..main kejar2 kat tepi pantai pon ada masa. Tapi kat sini..masa mmg mencemburui gila2..dari pukul 12 tghari sampai jam 5.30 Petang..rasanya mcm 2 minit jer..Biasalah manusia kalau berhibur dikatakan sekejap kalau suruh dengar ceramah agama 5 minit dikatakan 5 jam. heheh peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..Untuk yang muslimin jangan risau..disediakan tempat solat.
Istana Shrek. Kat sini mmg best boleh tengok cerita shrek 4D. Besenya dengor 3D jer..Tp memang AWESOME!!!!!! wa cakap lu..rasa nak tengok lagi..Beza 4D ngan 3D ialah dari segi...mcm nilah..kalu shrek meludah..ludah tu mcm tekena dekat kita yg menonton nie..tp bukanla air ludah..tp percikan air...Lagi satu beza 4D dengan 3D..ialah 4D kalau menang dapat duit ribu raban..n terjunam kat nerakan jahanam..hahahaha..anda mahu??? saya tak mahu!!!!!
Nie kat Egypt @ The Mummy ala mcm citer mummy returns tu. Mmg seronok. Seronok bergambar jer. Tak masuk dalam main pon..rasa rugi sangat2. Anem, ani, sanorai n zaidi main. Selepas dipertemukan semula setelah lama berpisah..mereka dok cerita pasal keBESTan tempat tu..bernanah dan berkuping telinga aku dengar..hahhahahaha

Kenapa auntie2 n uncle ni tak ada dalam gambar yang kat atas2 tu. Sebabnya diorang nier pergi kasino. Bila aku tnya..samada menang atau kalah..dengan nada perlahan dan sayu aiya..ini hali manyak choi..talak menang..(dialog ni aku bikin sendiri tp maksud n tujuan tetap sama) Dalam rombongan nie kami 7 orang jer pergi USS yang lain semua g Casino. Pic nie diambil semasa nak pulang ke jalan benar iaitu BP. Tapi ada insiden yang aku mmg tak leh lupa..masa pagi2 mula nak naik bus tu..aku dengar auntie ni kata..iya..manyak wangi ma..hahhaha biasa la auntie anak dara mestila wangi n mandi pagi...Lupa plak aku nak tanya diorang mandi pagi ke tak???

P/s : Ada pengajaran yang penting semasa kita berjalan2 iaitu jangan tercicir apa jua barang yang anda sayangi. Aku tercicir kamera kat USS ni n hampir tercicir handset..tapi apa yg buat aku bersyukur warga Singapura mmg baik. Mereka memulangkan kembali barang2 kepunyaan aku dengan sempurnanya. Tq Singapore!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Thursday, December 9, 2010

Naik Keretapi Ke Singapura...

Posted by Zainah Senin at 8:04 PM 8 comments
Pertama kalinya dalam hidup menaiki keretapi dari Kluang ke Tanjung Pagar Singapore gara-gara anem. Yer la..perempuan lemah IQ aka Anem teringin bebenor nak naik keretapi. Anem bilang kereta udah naik, motor udah naik, kapal terbang udah naik..tapi kok keretapi belum. Aku katakan dia sebagai lemah IQ adalah disebabkan satu perkara yg terjadi dalam keretapi. Sampai ke mati nem aku ingat tragedi ko ni...Tambang dari Kluang - Singapura ialah RM16 hinggit.

Tragedi ke 2 yang terpaksa ditempuhi apabila..2 gerabak telah tertanggal dr gerabak2 yang lain. Perjalanan yang sepatutnya hanya 3 jam jadi berjam-jam. Kalau orang bersalin pun dah siap potong jambul dah. Naik keretapi pukul 8.40 sampai Tanjung Pagar jam 1.00 Ptng. Sangat lama ma. Keretapi nie dari Tumpat so sepanjang perjalanan demo kechek habih la..nsb bek kawe pehe demo royak gapo. Demo ni geger Tapi kelakar...Semasa terkandas ni la anem dengan tak malu meminta aku mengambil gambarnya di tepi keretapi. Katanya mahu dijadikan profile FB yg baru..wakakakkaka

Setelah berhempas pulas berpenat lelah naik keretapi..tibala kami di stesen KTM di Tanjung Pagar. Anem melompat keriangan tanda gembira. Aku terpaksa menenangkan dirinya kerana hampir separuh gila. hahhahaha. (drama..drama..drama..) Sebelum nak jalan2 kena check tiket. Tiket balik pada jam 6.00 Petang. Harga tambang dah kena dollar dah..16 Dollar aka RM30 lebih la..Sambil beli Tiket tu tnya la abang kaunter mana tempat yg menarik nak pi..Abng kaunter yang boleh tahan hensemnya mengatakan " Adik2 pergilah sentosa island" Kami dengan bangganya mengatakan " dah pergi la bang" dengan nada yg penuh lembut..(hahhha) Akhirnya abng ni suruh kitaorang pergi ke Orchard Road or China Town. Setelah mengadakan musyawarrah bersama Datuk Anem kita telah memutuskan pergi ke Orchard Road kerana lebih nampak meriah n nampak kaya.

Dah sampai pun ke Orchard Road. Bagaimana kitaorang boleh sampai di Orchard tanpa mengeluarkan peluh, tanpa kaki berjalan, tanpa mengeluarkan wang???? Alhamdullilah dengan izinNya kami dipertemukan dengan Pakcik yng bernama Manan. pakcik ni kitaorang jumpa masa kat stesen KTM. Kami tanya dia bagaimana nak pergi ke Orchard Road. Dier pon bg penerangan bunyinya seperti ini"bla..bla..bla..bla.." Kami pun dengan tabah dan tawaduk pergi dengan penuh tekad. Pergi jalan kaki tu weii..setelah tak berapa lama berjalan kaki tiba2 ada teksi toyota kaler merah dier berhenti lalu mebuka tingkap. OOOOOO pak Cik tu ropernya..dier pun ajak naik. Tanpa malu Tanpa segan terutama anem kitaorang pon naik. Akhirnya pakcik nilah yang hantar kitaorang ke Orchard Road tanpa mengenakan bayaran. Tq Pakcik Manan. I lap U..
Orchard Road adalah satu tempat syurga membeli belah barang2 berjenama mewah glerrrrrrrr seperti ZARA. Louis Vuitton. Gucci, Top Man n lain2. Susah nak cari barang yg praktikal seperti aku insan biasa. Jamu mata jer la. Ini kali kedua aku sampai kat tempat ni. Kali pertama semasa menghadiri majlis apa ntah..aku pon tak ingat..sambil jalan2 tu ada lak orng bagi tester minum Starbuck. Apalagi kebetulan tekak haus minta diisi kitaorang sambar jer la. Walaupon sedikit tapi cukup puas sebab tak perlu keluar duit.

Jalan2 juga namun Allah jangan dilupa ye..Baru barakah perjalanan kita. Aminnn

Dah puas jalan time untuk balik lak...Sudah..Tak reti nak balik dah..tapi jangan malu untuk bertanya orang. Bak kata pepatah " Malu bertanya sesat jalan" So kitaorang tak malu n tak sesat jalan. Rasanya Dekat 10 orang la kitaorang tanya tuk kembali ke jalan benar iaitu Stesen KTM la. Kalau pergi naik kereta n free.. balik lak..naik MRT aka LRT n berbayar. Dari Orchard Road ke T.Pagar $2.40 Dolar seorang. Cuak jugak masa ni siap kena tukar train lak. Nasb baik ada kakak ni baik kebetulan nak pergi Tanjung Pagar so dier la menjadi Tourist Guide kami untuk seketika. Tq Cece. Yang dekat atas tu anem gambar kat stesen komuter MRT Tanjung Pagar.

Berjalan kaki dari stesen MRT Tannjung Pagar ke KTM. Jauh gak..dalam 40 minit berjalan. Tengok2 gak mana tau ada beca tapi malangnya impian tak jadi kenyataan. huhu

Gambar Hiasan.

Akhirnya sampailah kami jam 5 petang di stesen KTM setelah beberapa jam menjamu mata di Orchard Road. Penat gler sebab banyak menggunakan kaki. Dekat sinila baru kitaorang menjamu selera. Perjalanan ke Singapura kali ke 4 ini cukup menyeronokkan n mencabar kerana kami pergi buta2 ajer. B4 sebelum ini mesti naik dengan bus atau ada tourist Guide. Lepas ni kalau nak pergi sendiri pon leh hehehe. Naik keretapi pulang jam pukul 6 Ptng. sampi ke Kluang dalam Pukul 9.oo mlm. Penat tapi best. Sepanjang perjalanan ke Singapura naik keretapi ni ada 2 perkara memalukan. Pertama salah masuk tandas. Kedua..malu nk cerita..biarla ia menjadi sejarah..haha


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bermula Semula..

Posted by Zainah Senin at 12:18 AM 0 comments

Apa yg mula??? Nak mula tulis lagi..Rindu rasanya nak tulis apa yang aku dah lalui, aku harungi, aku renangi untuk dikongsi bersama orang tersayang yang tak berapa sayang, yang tak sayang, yang kenal dan tak kenal. Setelah berfikir panjang di atas keretapi yg begitu panjang perjalanannya..aku memutuskan nak tulis blog la sebagai satu diari atau hobi. Jemu rasanya bila buka internet tgk FB. So..esok nak citer pasal g Singapore menggunakan kudrat sendiri. hehehe.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES