Monday, November 7, 2011

7am Arivu Filem Tamil yang Best

Posted by Unknown at 9:21 PM 0 comments
Semenjak diperkenalkan oleh sahabatku K.idza, tentang hebatnya cerita tamil..lama kelamaan aku jatuh cinta dengan filem-filem tamil yang bagi aku lebih kepada realiti kehidupan masyarakatnya berbanding dengan filem hindustan. Tapi serius aku masih minat dengan filem hindustan terutamanya kalau ada Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Saif Ali Khan kecuali Salman Khan. Jangan ditanya kenapa aku tak suka Salman Khan?? Sebab aku pon tak tahu. Semenjak aku jatuh cinta dengan filem tamil tiap-tiap malam aku sentiasa menekan punat astro ke channel 202 setiap malam jika ada filem2 tamil yang aku boleh layan. Filem di atas adalah kali ke 2 aku pergi ke panggung wayang Big Cinema di Batu Pahat untuk melihat cerita Tamil. Kali pertama aku tengok cerita tamil ialah cerita endhiraan lakonan Rajnikanh dan Aishwarya Rai. Walaupun hero tua..tapi selama tiga jam aku tengok tak terbukak sikit pun mulut aku nak menguap. Betapa hebatnya penangan cerita tamil. Kalu cerita melayu tiga jam..mahu bukan mulut jer menguap dengan gigi sekali tertanggal. Tq pada Manimegalai kerana mengesyorkan kami untuk menonton cerita arivu lakonan surya pelakon kegilaan k.idza. Surya ni diibaratkan seperti Shah Rukh Khan kalau kat cerita tamil. Serius memang superb cerita ini. Aku, K.idza, Isma n anaknya aurel tanpa membuang masa kami mengikat janji bersama2 pergi ke big cinema pada hari sabtu yang lalu menonton filem ini. Filem ini mengisahkan tentang asal usul seni mepertahankan diri sepeti shoalin yang sebenarnya dibawa oleh orang India ke negara China bernama Bodhidharma. (mati2 aku ingat shoalin ni daripada china). Sama seperti filem tamil pertama yang aku tengok..ternganga aku aku tengok jalan cerita, pemandangan, hero yang kacak dan heroin yang jelita. Serius kalau ada surya berlakon lagi..aku nak pergi tengokkkkkkkkkkkkk!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES