Monday, December 3, 2012

EDISI HCMC VIETNAM 2012

Posted by Unknown at 11:27 PM 2 comments


Antara ahli rombongan yang riang gumbira menantikan saat penerbangan ke Vietnam. Terbayang2 kain cotton idaman ramai yang sentiasa bermain di mata. Beribu2 Dong ditukar sebagai satu cagaran untuk mendapatkan berhelai2 baju. Tudia impian dan harapan mereka2 yang di snap pic nye nih. Kebetulan pula kami adalah guru Malaysia yang memerlukan memakai pakaian kebangsaan sebagai uniform rasmi kami bekerja maka Vietnam adalah destinasi pujaan. InsyaAllah pada tahun hadapan sesi persekolahan 2013 tema pakaian guru2 di atas adalah cotton vietnam dlm sesi pembelajaran. Ngeh!!!!
Tepat pukul 10.00 Pagi kaki2 kami semua berjaya mendarat ke bumi Vietnam. Dua bagasi kecil menjadi sandaran kepada yani dan aja. Keyakinan mereka bahawa bagasi kecil mereka adalah yg plng berat dan plng besar nmpknye rapuh apabila melihat bagasi aku yg lebih besar. Padahal mereka berdua adalah insan2 yang mencari kebahagiaan dalam hidup dengan membeli belah. Gelak yang sopan daripada aku melihat bagasi mereka menyebabkan bibir mereka terjuih dan hati berasa jengkel. Hati mereka jengkel adalah satu kegembiraan dalam hidup aku. Hahaha 


Senyuman terukir di dalam bas. Kelihatannya wajahnya tenang namun sebenarnya gelodak di jiwa  Siti Hajar bt Sulaiman bagaikan kerbau yang hendak disembelih pada Hari Raya Korban. Adalah pantang baginya menaiki bas kerana trauma disebabkan kemalangan melibatkan bas yang sentiasa dipaparkan di dalam akhbar. Namun adanya Marziyani bt Kamsan sebagai Pakar Motivasi dan memberi perangsang yang tiada henti2 maka senyuman yang paling indah dapat diberikan. Oyeah bebi akhirnya awk dapat naik bas dengan saya menjadi saksi atas kesengsaraan awak. Haha. ollololo tomei!!!

Destinasi pertama yang dibawa ialah City Tour Presidential Palace, Monument, Cathederal & Post Office. Di sini menempatkan pelbagai sejarah perang yang berlaku di Vietnam. Kenderaan, senjata, gambar2 berkaitan perang dan bagaimana penderitaan rakyatnya akibat perang di Vietnam memberikan kesedaran bahawa alangkah bersyukurnya aku dan rakan2 tidak mengalami atau merasai pengalaman hidup dalam kancah peperangan. Kami berperang dalam kancah pengajaran dan pembelajaran agar pelajar kami cemerlang dunia dan akhirat. Ameen. Dengan semangat nasionalisme yang tinggi dan kagumnya kami kepada pejuang2 Vietnam maka tabik spring diberikan kepada perajurit2 Vietnam diketuai oleh Kapten Izan dengan senyuman kambing terukir di wajahnya, diikuti Leftenan Anida yang paling rendah tp semangat juangnya tinggi, Koperal Aida yang wajahnya serius namun berjiwa penyayang. Dua lagi tuh adalah prebet2 yang hanya tunggu masa dibuang daripada pasukan kerana masalah disiplin yang sangat teruk. choy!!
Setelah jiwa kami disematkan dengan semangat juang kami dibawa ke Monument Cathederal. Paling suka view nih..bangunan oren....langit biru...Abaikan objek2 yang berada di hadapan nih..**mmg menyakitkan mata** hahahhah
Lokasi seterusnya ialah Hard Rock Cafe HCMC. Penggemar koleksi Hard Rock pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli. Niat hati nak beli Tshirt tp apakan daya harganya menyebabkan mata kami menjadi merah dan berair dan biarla duit tu kami beli kain cotton kami.  Untuk kami yang kurang berkemampuan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Yang ni je la kami mampu....hehehehe. Tuh contoh orang tak mampu. Hahahaha ** tp dia nak beli jam marc jacobs..saya nak jugak**
Sambil menanti ahli2 rombongan yang lain membeli belah di Hard Rock Cafe. Kami sebagai ahli paling muda, cantik, bergaya dan kurang berkemampuan berjaya merakamkan aksi paling gemilang. Oyeah!! **ye  aku akui ayat penyata tadi terlalu poyo**
Nampak tak?? baju dah lain. Ini bermaksud kami dah sampai hotel dan telah membersihkan diri. Segar balik, Shopping Time kat Ben Thant Market. Hotel dan Ben Thant tidakla jauh sangat. Hanya dengan kudrat kaki kami mampu ke Ben Thant Market dengan penuh riang. Diketuai oleh K. Amy selaku wakil dari passage tour yang anggun dan jelita walaupun usia sudah mencecah 30an. 
                                     
Apa yang ada kat Ben Thant Market??? Mestila kain cotton yang beribu raban..cenderahati spt yg ditunjukkan dlm gambar. Pelbagai tshirt dan barang2 lain. Jangan risau RM, US Dollar, Dong semua itu diterima di Ben Thant Market. Biasanya mereka buka harga pun dalam RM. Jangan malu untuk menawar. Tawarla seberapa yang boleh. Tak pandai berbahasa Vietnam..guna sahaja Bahasa Melayu atau English. Grammar salah pon x pe...asalkan paham. Kebanyakan peniaga pon boleh berbahasa melayu dengan baik. Toleh kiri toleh kanan kebanyakan adalah pelancong dari Malaysia. Macam dah kat Pasar Payang dah rase.
Tukar duit Dong di Vietnam lagi murah. Kalau ada sapa2 nak pergi Vietnam tukar je duit kat airport HCMC. Anda lebih untung berbanding tukar di Malaysia.  
Apa yang paling menarik kebanyakan penduduk Vietnam menaiki motor. Terlalu banyak. Acara aku paling suka dengan rakan-rakan adalah apabila melintasi jalan. walaupon bilangan motor terlalu bnyak jarang berlaku ada kemalangan. Traffic Light kebanyakan jalan memang tidak ada. Memang pakai bantai je la. Aku ingtla lagi tulisan kat tshirt tuh..dia kata..Green..you can go..Yellow you can go..Red u still can go...nmpk x permainan pepatah dorang nih!!
Oyeah!!! Makan malam. Apa yang best makan kami mmg dijaga sangat2 oleh pihak agensi. Kak Amy awk mmg osemla. Wajah keriangan setelah penat berjalan dan dihidangkan dengan nasi pelbagai lauk pauk menyebabkan perut kami tidak berbunyik lagi. Inilah wajah2 geng kami. Sehati sejiwa. Semua sama. hehe
Dah Lepas makan kami dilepaskan ke Night Market. Night Market ni terletak di tepi Ben Thant Market. Ben Thant Market ditutup pada pukul 7 dan digantikan dengan Night Market. Kalau di sini kita boleh dapatkan sehelai baju kurung yang dipenuhi manik2 menggigit jiwa dengan harga yang cukup murah. Murah sangatla. Kebanyakan dijual dalam harga RM50-60 sepasang. Giler kau tak murah!! Apalagi memborongla.
Night Market juga menjual pelbagai barangan. Buah-buahan, pakaian siap, aksesori dan pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan harga yang murah. Murah tuh yang penting.
Kalau dah suka durian..kat mana2 pon nampak durian menyebabkan badan menggigil, mata merah menyala, kaki menggeletar..tangan asyik pegang hidung. Tandanya kami nak mkn durian Vietnam. Kebetulan pulak semua mmg kaki durian apalagi kami pakat ramai2 membeli satu durian dan dikongsi ramai2. Bagaikan sebuah keluarga yang bahagia tanpa sengketa. Ye Durian menyatukan kami semua. Hehehe
Hari Kedua kami dibawa ke Cuchi iaitu terowong peninggalan perang Vietnam. Muka2 yang sentiasa bersedia untuk merasai pengalaman melalui terowong tersebut.


Koperal Aida yang berjiwa penyayang berjaya melalui terowong tersebut dengan berjaya. Dengan semangat juang yang tinggi tersebut maka Koperal Aida telah dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Muda mengantikan Leftenan Tua Anida yang akan bersara tidak lama lagi. Bila ditanya apakah harapan dia dengan jawatan baru ini..dengan sopan dia menyatakan mahu mendidik Siti Hajar yang kelihatannya keliru samada ingin menjadi jahat atau baik.
Leftenan Tua Anida dan Leftenan Muda Aida begitu berbangga bergambar bersama patung2 di Cuchi ni.Prebet Yani masih dalam pasukan kerana masalah disiplinnya semakin hari semakin baik setelah dinasihati jangan lagi berkawan dengan prebet Siti Hajar. 
Shopping Time lagi. Kami dibawa ke Taka Plaza. di sini terdapat butik2 yang kebanyakan dimiliki oleh Melayu Champa. Pelbagai telekung, baju cotton dan baju siap boleh diperolehi di sini. Agak banyak pilihan yang menarik boleh dapat kat sini. Kelabu mata gakla. Senario orang jual air kelapa di Vietnam ni mmg biasa. Satu buah kelapa 40 000 Dong bersamaan RM6. Mahal gak nooo. Yang kat gambar tuh baru sebahagian plastik...ada sebahagian lagi yang kami tinggalkan kat kedai lagi satu. Nampak tak nafsu membeli kami sangat membuak2. Digalakkan beristighfar jika nafsu tidak dapat dikawal. InsyaAllah petua ni sudah selalu diamalkan dan kadang kala menjadi. Betol tak Yani n Aja???
Acara Malam adalah acara makan. Apa yang best kami dibawa menaiki cruise dan menikmati makan malam di atas kapal menyusuri Sungai Mekong. Romantik bukan?? Romantik jika dengan pasangan. Kalau dengan kawan2 lagila romantik + Gedik. 
Sambil menikmati makan malam kami didendangkan dengan lagu2 Vietnam. Mula2 rase terbuai perasaan..namun lama2 macam hangin satu badan sbb satu patah haram kami tak faham. Tapi selang setengah jam kami dihidangkan dengan persembahan tarian api oleh perempuan Vietnam. Walaupun tiada nyanyian tapi gelekkan perempuan tersebut membuatkan kami tergamam termasuk kami yg perempuan. Kalau yang lelaki tak terbuai perasaan mmg sah dia bukan jantan. Hahaha. Tapi girl tuh mmg hebat. Maksud aku yang belakang tuh, Girl depan baju hijau nih sekali lagi sila abaikan ye. Tapi setulusnya dia seorang SAHABAT yang hebat. Puji ikhlas ni. Hehe
                                     
Lepas Makan Malam di Kapal sekali lagi kami berkunjung ke Night Market. Pencarian kami di Night Market memang tidak akan terhenti selagi tidak dibawa balik ke Malaysia. Sempat juga kami mengurut di Vietnam. Kebetulan pulak geng2 memang suka mengurut jadi dengan kata sepakat kami beramai2 mencari tempat massage. Akhirnya impian kami tercapai. Lega rasa dapat diurut. Sepanjang nak balik ke hotel terdapat satu restoren Islam yang menjual pelbagai makanan dan minuman Malaysia. Tapi humangaih mmg mahal. Satu gelas milo berharga 70 000 Dong bersamaan RM6. Mahal tuh. Memang diakui harga makanan di Vietnam agak mahal.
Hari Ketiga kami dibawa menyusuri Lembah Mekong menaiki boat Cruise Mekong River. Airnya tidakla biru tapi tidak mengalami pencemaran. Bersih je. Kak Nida penuh anggun apabila di snap pic nya seakan2 tahu bahawa dirinya akan masuk blog.
Pemandangan sekitar Lembah Mekong. Awan tu cantik giler. Aku suka!!!
Amy Soraya Ab Aziz. Leader Tour kali ini. Dia mmg sempoi, gila2. Melayan karenah kami dengan penuh sabar. Kakak yang hebat yang tabah menjaga adik2 dan kakak2 yang lain penuh tawaduk. Nak melancong dengan puas hati dan hebat. klik je di SINI !!
                                     
Bot tadi membawa kami ke Thoison Islet. Di sini berpeluang mengenali budaya kaum "Orang Selatan" termasuk ke Pondok Lebah dan kilang gula-gula kelapa. kat sini kita akan melihat proses pembuatan gula2 kelapa secara tradisional. Aku tak suka sangat bila makan melekit kat lidahla..gusila..dan ianya sangatla terlalu manis. 
                                                   
Inilah roomate tersayang aku. Kak Eyla Jaafar. Kerja kat Perodua. Kenal kat sini je tapi macam dah kenal bertahun. sangat sempoi dan perangai gila2 gak. Kakak tqvm coz jadi kakak yg baik dan roomate yang baik dan sentiasa mengingatkan aku yg sentiasa lupa. Nanti kita pergi jalan2 sama2 lagi eh!!

Kat sini kami dihidangkan buah-buahan tempatan spt rambutan, nanas, buah naga dan lain2. Macam kat Malaysia gak. Cuma kat Malaysia bila makan buah rambutan tak de la orang nyanyi2 macam kat atas tuh. 
                                    
Part ni yang paling best. Menyusuri sungai dengan sampan. Yang mendayungnya pula adalah orang perempuan. Memang hebat. Aku pulak x melepaskan peluang untuk merakamkan gambar dua orang perempuan Vietnam. Eh....silap la...tuh kawan aku tuh... dah duduk 4 hari dah macam muka Vietnam peranakan Melayu. hahaha nakjugak interframe!!
Naik sampan dah..naik bot dah..waktu lunch la...Makanan yang sangat pelik. Jangan tanya aku apa nama makanan ni. Sumpah aku tak tau. Kalau ditanya sapa budak dua orang tuh...yang tuh aku boleh jawab. Tapi mmg osemla makanan dia. Setiap kali makan..hidangan udang mesti ada. Setiap kali makan mesti kenyang. Setiap kali makan kami akan tersenyum puas. 
                                                
Sebelah malam macam biasa kami akan pergi ke Night Market. Tengah sibuk memboli tuh tiba2 suara kak nida menyatakan eh tu Fizz Fairuz. Kepantangan bagi aku apabila mendengar nama artis apalagi dengan sepantas kilat aku tanya" nak gambar boleh"??? dengan malu2nya Fiz Fairuzz mengangguk tanda setuju. Dengar arahan dia ni. Tapi memang kacak ciptaan Allah ni. Lesung pipit dia memang dalam la. Tuh sebab Siti Hajar tersengih dengan harapan dan keajaiban bahawa lesung pipit segera dapat ditimbulkan supaya sepadan dengan Fizz Fairuz. Seperti kebiasaanya selepas bergambar atau berjumpa dengan artis mulutnya tak berhenti2 menyebut nama Fizz Fairuz. Rasa mcm nak tampar. Hehe
Oyeah!! Hari keempat. Masa untuk balik ke Malaysia. Malam sebelum balik ahli2 rombongan pon mempacking barang yg sudah diborong begitu banyak. Setiap individu diberikan 20kg setiap orang. Namun kebanyakan ahli rombongan melebihi kg yg telah ditetapkan. Kak Nida sendiri bagasi melebihi 10kg. Kain cotton kan berat. So digalakkan pada yang suka membeli luggage biarla 30 kg. Baru puas hati. Aku sendiri pon terlebih 2 kg. Tetapi atas kebijaksanan Kak Amy maka tiada caj tambahan dikenakan. Sebenarnya untuk 1 kg terlebih dikenakan bayaran 25 USD bersamaan RM75. Mahal tuh!!. Tamatla pengembaraan aku dan rakan2 ke Vietnam. Sesungguhnya Vietnam adalah syurga membeli belah. Apa yang cantik bagi aku adalah bangunan kolonial kot. Lagi satu pengemis tak de sangat berbanding di Bandung.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES