Tuesday, June 30, 2009

Meh Kumpul Duit..

Posted by Unknown at 10:28 PM 0 comments

Wah banyaknyer duit kat atas tu!!..He2he2. Oyen pon dah jadi mata duitan. Nak ngepau duit aku la tu..Aku nak citer pasal aku kumpul duit selama beberapa bulan ni. Aku kumpul duit syiling dan duit seringgit. Satu hari satu ringgit. Duit syiling lak mana ada duit lebih2 beli barang aku simpan kat tabung. Hasilnya amat memberangsangkan. Selama aku kumpul dari awal tahun ni adalah aku kumpul dalam RM270 lebih. Tur pon ada yang miss gak tuk diletak kat tabung. Biasernya duit seringgit tur la. Sebenarnya rasa puas bila kita dapat kumpul duit macam ni. Dulu 5 sen aku tak pandang pon . Sekarang nak kata 5 sen satu sen pon aku pungut dan letak kat tabung. Tabung tur pulak aku buat dari botol mineral 1.5 liter. Semakin lama semakin penoh diisi. Mmg best giler. Aku kumpul duit ni pakat lawan dengan ct. He2he tapi walaupun aku ni rendah duit syiling aku lebih tinggi dari duit dier walaupun dier tinggi. Bangga tur. Aku tak tau la nak kumpul duit ni sampai bila. Tp aku nk beli something special untuk diri aku sendiri hasil dari koleksi syiling dan duit kertas seringgit ni. Tp dalam kepala otak tak der plan lg. Dulu aku ingat nak beli beg nike tuk travel. Tp aku dah beli guna duit elaun jadi LO. So nk beli apa ek??? ada cadangan. Ct kata nak beli emas. Aku ingat tiru dier jer la. Beli gelang pon lawa kan???? Apehal pon menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit tau..gunung pon leh. Apehal menabung mmg JEMPOL.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Award dari K.Zana

Posted by Unknown at 6:36 PM 0 comments


Pertama kalinya aku dapat hadiah@ award dr K.Zana. Thanks Kak. Kawan2 yg lain tgk aku dah dapat award.....Bangga tu!!! he2he

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, June 28, 2009

Al_Quran Flash

Posted by Unknown at 11:43 PM 0 comments
Best ni..aku jumpa link ni kat blog aku sape. Tp mmg menarik. Membaca al-Quran secara online. Tak semestinya kalu kita nak baca ayat2 al-quran kena bawa kitab tur pegi mana2. Bawa jer laptop dan la ni mana2 tempat ada wifi bukak sahaja link dibawah ni ek.........



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Micheal Jackson @ Mikael

Posted by Unknown at 10:38 PM 1 comments


Bertemu kembali di arena penulisan blog. Ceh ayat tak tahan...lama tak update blog ni..bkn apa tak der idea la coz tak der citer menarik nak dikongsi. Nak citer pasal masak memasak mmg tak berapa reti. Mana leh lawan K.zana (he2he2) jgn marah boss. Tp skang ni tgk tv, buka radio, selak suratkhabar, selak majalah semua citer pasal kematian Micheal Jackson. So aku nk gak citer sket2. Semua meratapi kematian Micheal Jackson. Tur bagi yang mmg fanatik dengan arwah ni la. Aku???? aku ni bknla jiran dier apatah lagi boyfren aku. Zaman aku membesar pon bkn dengan lagu dier. Tp masih terkejut dengan kematian mengejut dier. Lagu mcm Beat it, Billy jean ni masa album Thriller yang dikatakan album yang paling banyak terjual setakat ini. Kire mmg patutla dier ni dinobatkan sebagai Raja Pop kan..Lps dier meninggal ramaila orang nk tgk video, lagu2 dier yang lama2 tu. Aku pon tak ketinggalan. Tp mmg best la lagu mcm beat it, billy jean n satu lagi smooth criminal. Bleh wat lagu aerobik ni. (setuju tak k.idza? he2he) Mmg berbakat pakcik micheal kita nie. Pas tu tgk dier wat tarian moonwalk mmg cara la...ni pon leh ltk kat step aerobik(bleh tak k.idza??) Tp yang tak berkenan tntng attitude dier..tak der integriti langsung. Aku rasa muka hitam pakcik micheal lagi hensem dr muka dier jadi putih. Suka sangat diubah-ubah ciptaan Yang Maha Esa. Tak bersyukur langsung. Akhirnya sapa yang susah??? Mereka dan keluarga mereka. Tp manusia kan tak pernah melakukan kesilapan. Siapalah kita nk judge orang lain. Tp Alhamdullilah dengan hidayahNya dier mati dalam Islam. Allah tur kan Maha Kuasa. Dia boleh pilih sesiapa sahaja. Entah2 esok lusa Angelina Jolie ker, Brad Pitt ker Jennifer Lopez ker, Justin Timberlake ker Allah bagi hidayah. Wallahualam. Semoga roh pakcik Mikael ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. Al-Fatihah.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, June 24, 2009

Lagu Nasyid lama2. Meh la download

Posted by Unknown at 10:04 PM 0 comments
1. Sahabat - Firdaus (klik sini)
2. Bila Izrail datang memanggil (klik sini)

Kumpulan Firdaus glamer masa aku study kat UUM. Diorang nie dulu asalnyer student UUM. La ni depa dah jadi lecterur kat situ. Skang pon aku rasa diorang msh aktif cuma tak sehebat dulu la. Lgu kedua ni mengingatkan aku masa zaman sekolah rendah. Kalu ada nasyid jer lagu ni jadi pilihan tuk dipertandingkan. Lagu ni pun rasaya mmg evergreen kalu sapa2 dengar leh nyanyi sekali. Jom nyanyi sama2. So kat sini saja nak kongsi..kalu best leh la download ek..kalu ada nk request lagu ker ringtone lagu ker leh msg k.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, June 22, 2009

Coretan seorang guru yang semput.

Posted by Unknown at 8:23 PM 2 comments

Adoi..sejak sekolah aku kena roboh coz nak buat bangunan baru..banyak dah lemak, kolestrol dan macam2 benda jahat dalam badan yang dah semakin turun dan semakin lama semakin hilang. Perot yang buncit semakin nipis. Sebab apa???? Sebab cikgu2 dan pelajar2 kena lebih banyak berjalan kaki, lebih banyak naik tangga berbanding dahulu. Kebanyakan jalan2 pintas atau jalan2 cepat sampai telah ditutup untuk tujuan pembinaan. So maka segala warga SDBL ni terpaksa bertawaf untuk menuju ke destinasi yang dituju. Peh...mmg penat tapi menyihatkan. Bila dah sihat maka InsyaAllah hidup kita lebih panjang...dan lebih banyak kena buat ibadat la ek bukan maksiat..He3he3. Ditambah pulak dengan cuaca yang sangat panas sejak akhir2 ini menambahkan lagi la pengeluaran peluh yang tidak henti2. Bila masuk bilik guru aircon pulak macam @#%6@3$ MMg menguji keimanan. Tp tur kan dugaan..kena hadapi la ek cikgu2 n murid2 semua. Nak kejayaan mestilah ada pengorbanan. Nak bangunan baru kenala berjalan...he2he baru dapat melahirkan pelajar yang gemilang. Guru yang betul2 terbilang. Macam aku ni pon sihat2 gak tapi semput ma..kelas aku ada yang kat padang. So kena daki sket tangga yang macam kat Batu Caves tu. Hari2 ada lak tur. Pas tur keda daki plak bangunan tingkat 3. Kalu tak kurus gak hujung tahun ni tak tau la nak cakap per. Tp tak perla bio chubby asal baik hati(puji sendiri lak)Ok la dah semput lak menulis. Tp apa yang penting SDBL mmg JEMPOL.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, June 21, 2009

Kelebihan makan dengan tangan

Posted by Unknown at 8:16 PM 0 comments
Anak sapa la nie...aku pon tak tau juz search kat google image. Tp cute kan. Sesuai sgt dengan artikel nie...nk makan pakai tangan ke sudu????? janji makanlar...he2he..So cuber tgk kat bawah ni knp kita lebih digalakkan makan guna tangan. Yg no 3 tur buat aku ketawa guling2. K baca, renung dan selamat beramal.

Orang kita apabila makan di hotel atau restoran mula segan nak makan dengan tangan sedangkan makan dengan tangan adalah sunnah Rasulullah SAW.

Mat Saleh pelik dengan tabiat orang Melayu makan dengan tangan ni pada anggapan diaorang makan dengan tangan ni kotor manakala makan dengan sudu dan garfu lebih bersih.

Kita makan dengan tangan selain dari mengikut sunnah ialah;

1. Makan dengan tangan adalah lebih bersih dari sudu dan garfu sebab kita sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

2. Kita yakin tangan kita lebih bersih kerana tangan kita hanya kita seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

3: Tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang....

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Saturday, June 20, 2009

Selamat Pengantin Baru Ina dan Piee

Posted by Unknown at 10:45 PM 0 comments

Akhirnya ina dan pie selamat menjadi laki bini. He2he..Kawan2 yang tak tengok lagi ina kahwin meh jom pakat2 kita tengok. Ina n Pie mmg sepadan.. duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Diorang ni mmg tinggi tur sebab aku tak upload gambar aku ngan dier kat sini coz nampak sangat aku rendah. He2he.Anyway Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia hingga ke akhir hayat. Pie bila nk lawan bowling ngan aku lagi?????

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Musabaqah AlQuran

Posted by Unknown at 10:16 PM 1 comments

Ct, Aku n K.Idza

Pentas mengaji yang dihias indah untuk qari dan qariah.

Kesempatan yang ada untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini mmg tak patut dilepaskan. Besar ganjarannya. Alhamdullilah seronok rasanya dapat mendengar alunan ayat-ayat al quran yang dibacakan oleh para qari dan qariah di stadium Batu Pahat. Yer la bukan apa biasernyer dengor lagu2 jiwang rock, tgk konsert artis so kali ini kita bg lak halwa telinga kita mendengar ayat2 al quran supaya hati jadi lembut, hati jadi tenang hidup pon lebih bahagia. Betol tak????Stadium Batu Pahat pada malam tur mmg meriah dan cantik apatah lagi dengan kehadiran Tengku Mahkota Johor. Musabaqah diadakan 3 hari dari 17-18/06/09. Alhamdullilah penonton pun ramai. Macmla ni yang kita nak...dunia kita nak..apatah lagi akhirat. So kepada rakan2 di luar sana jangan segan jangan malu jangan malas jangan liat jangan kata jangan untuk pergi ke majlis2 ilmu seperti ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Wallahualam.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Kejohanan Sofbol n Bola Keranjang MSSM di Bee Pee

Posted by Unknown at 9:17 PM 0 comments
Tag Kejohanan. Tur Zainah bkn Zainab ek..type error.

Kelebihan jadi LO dapat 5 baju free. Wooo

Aku n K.idza malam jamuan team lo di crystall in.

Rahmah n Aku

K.Idza n Aku sewaktu kejohanan bola keranjang. Melawat kawasan. He2He2

Aku, Rahmah n K.Mariani di jamuan akhir kejohanan

Walaupun kejohanan ni dah lama berlangsung br hari ni kesempatan nak menulis. Tak perla yg penting tulis. Apa peranan aku dlm kejohanan ni ek? Aku ditugaskan sebagai AJK JK Perhubungan awam atau nama glemernya L.O (License Officer). Ala ala mcm Pegawai Perhubungan Awam. So masa cuti sekolah hari tur ramaila kontinjen dari negeri2 seluruh malaysia datang ke batu pahat. So kitaorang ditugaskan sebagai ala ala tourist guide la..tunjuk jalan, tunjuk tmpt makan, tunjuk tempat tinggal, mcm2la kn tunjuk. Walaupun bnyk karenah namun tetap menarik dan banyak pengalaman dapat diperolehi. Hasilnya team LO SDBL telah diberikan 5 bintang oleh JPN. Syabas Team LO seramai 25 orang. Apa yang best lagi jd LO ni??? Kitaorang dapat 5 baju free duit elaun RM240 selama 1 minggu kitaorang ditugaskan. Bkn berat pon tgsnyer..sederhana tp meriah. Ada lagi......kitaorang buat jamuan kat crystall in. Sdpnyer...mmg licin la makan ditambah plak dengan souvenier kek dr pengetua. ermmm sedpnye. Thanks pengetua. Tp apa yng paling penting yang aku dapat dari kejohanan ini ialah pengalaman. Apa pun mmg JEMPOL.







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Lagu Buat Kawan2

Posted by Unknown at 12:04 AM 0 comments
Lagu ni aku cukup suka, muzik yang buat aku relax..tp mmg JEMPOL. Untuk semua kawan2 yang selalu menyokong aku. This song is special 4 all my lovely fren.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tuesday, June 16, 2009

Artis dijulang, Guru dan Doktor dicemuh.

Posted by Unknown at 9:16 PM 0 comments
Aku tertarik dengan artikel nie..mungkin sbb aku guru..tapi mmg ada kebenarannya.Ditambah bermacam2 isu mengenai guru.Renung2kanlar..

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.


Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.


MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam

UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Monday, June 15, 2009

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali..

Posted by Unknown at 9:53 PM 1 comments

Pada malam Sabtu aku dikejutkan dengan berita Nenek belah Abah aku telah meninggal dunia. Tak sangka arwah pergi dengan tiba2. So pagi tur aku ct n emak pergi ke rumah saudara arwah untuk melihat wajah arwah kali terakhir. Walaupun emak dan abah aku dah divorce tapi hubungan antara menantu dengan mertua, hubungan cucu dengan nenek dan hubungan anak dgn bapanya tetap tidak putus...Betol tak???? Apahal pon kena redha tak kira salah siapa. Pertama kalinyer aku dapat memandikan jenazah walaupun hanya menjirus. Pengalaman yang betol2 membuatkan aku insaf bahawa hidup ni tak kekal lama dan kita akan kembali kepadaNya. Melihat wajah arwah nenek cukup membuat aku sayu. Wajahnyer tersenyum tatkala aku membuka kain yang menutupi wajah arwah. Sebak rasa di dada. Saat aku cium dahi arwah pon rasa macam..ntahla..aku tak pernah buat macam turrr...rasa sayu sangat. Teringat aku pada arwah nenek atau embah sebelah emak. Aku tak sempat nak kucup dahi arwah tapi Alhamdullilah aku sempat untuk arwah nenek untuk kali ini. Pertama kali juga aku berpegalaman melihat bagaimana mayat dikafankan. Terasa kerdilnya diri ini. Alhamdullilah dalam pukul 12 Tengahari arwah selamat dikebumikan. Al-Fatihah untuk kedua2 arwah nenek yang aku sayangi Juriah dan Aminah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...........

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sunday, June 14, 2009

10 Laluan Maut

Posted by Unknown at 12:13 AM 0 comments
Berhati-hati ketika melalui jalan di bawah. Jangan pecut!

Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 10 laluan maut ekoran kekerapan berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan nyawa berpunca daripada reka bentuk permukaan jalan yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 57 pengguna maut dan cedera ketika melalui jalan-jalan tersebut.

Laluan tersebut ialah:

1. Kilometer 8, Seksyen 189, Jalan Muar-Melaka, Tanjung Gading, Johor.

2. Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor.

3. Seksyen 35.2, Jalan Damar Laut, Pantai Remis, Perak.

4. Kilometer 35.2, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Perlis.

5. Seksyen 833.1, Jalan Butterworth-Alor Setar, Kedah.

6. Seksyen 399, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman, Terengganu.

7. Seksyen 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

8. Seksyen 259.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

9. Kilometer 33.5, Seksyen 468, Jalan Klang-Teluk Intan, Selangor.

10. Seksyen 41.8, Jalan Serting-Tencah, Negeri Sembilan.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Saturday, June 13, 2009

Kawan2 Aku dah Jadi Mama...

Posted by Unknown at 7:00 PM 2 comments
Anak beranak bincang apa tur??

Awien dan Aqil

Eton dan Naem

Tak sangka kawan aku 2 orang ni eton n awien dah ada anak. Yg tak der aku sorang jer...(belum kahwin kan mestilah tak der lagi) Yer la bukan apa teringat zaman2 dulu kala..masa zaman bujang perangai bukan betol sangat tapi la ni depa dah jadi perempuan sejati. Eton dah nak masuk 2 dah..awien kata tak mahu ngandung lagi...sakit Wooo dier katalar...tak per tu semua kerja tuhan. Walaupun tak ada anak lagi aku leh tumpang bahagia ngan anak2 member aku ni.,,la ni pon aku ada bela anak gak...tp bulu dier banyak. Penyakit ker? Bukan coz dier anak kucing. He..He..aku post pasal diorang ni pon kena paksa. Kalu tak buat putus sedara. Sanggup ke Ton N Awien???? Apehal pon Semoga Diorang n Family Dilindungi Allah selalu. Untuk Awien ada Sinar Yg Menanti Di Luar Sana. Untuk Eton Plzzz dptkan yg ke-3 ek tahun dpn lak. Kuang2Kuang2


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jari-JariKu Sakit Semua..

Posted by Unknown at 12:24 AM 0 comments
Hari ni aku nak cerita pasal jari yang malang. Kenapa malang???bio aku yang jawab. Yg baca tak yah jawab. Tgk betol2 gambo di atas yang ada tanda hitam. Itu bukan pewarna kuku ek tapi akibat sikap tidak berhati2 semasa menutup pintu kereta. Itu adalah jari kelingking aku yg telah cedera akibat yg aku dah sebutkan tadi. Mmg sakit woooo...berdenyut2 sampai la ni...ditambah pulak bengkak dah darah yang beku. Benda ni terjadi semasa kat skolah tadi. aku nak tutup pintu kereta tapi dengan tangan2 aku sekali kena tutup. Sakitnyer hanya tuhan yang tahu. So utk saudara2ku yang di luar sana tutup pintu bukan guna tangan sahaja yer tapi dengan MATA sekali. He He He

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Kisah Seorang Tan Sri

Posted by Unknown at 12:18 AM 0 comments
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Thursday, June 11, 2009

Kata-KaTa PeRangsanG UntuK ReNungaN BerSaMa

Posted by Unknown at 1:23 AM 0 comments
Ini adalah tulisan dari Y.A.M Raja Zarith Sofea Sultan Idris Shah

Allah knows Best.

Allah knows what's best for us,
So why should we complain,
we always want the sunshine,
But HE knows there must be rain.

We always want laughter,
and the merrimeny of cheer,
But our heart will lose their tenderness,
if we never shed a tear.

Allah test us often,
with suffering and with sorrow,
He test us not to punish us,
But to help us meet tomorrow.

For growing trees are stregtenend,
if they can will stand the storm,
and the sharpness of the chisel
Gave the marble its grace and farm.

Allah test us often,
and for every pain,He give us,
Provided we are patient,
is followed by rich plus gain.

So whenever we feel that
everything is going wrong,
It is just Allah's ways
to make our spritis strong.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Oyen Yg Ku Sayang

Posted by Unknown at 12:19 AM 0 comments
oyen??? sapa Oyen??? ni la Oyen. Seekor kucing yg Comel. Aku amek dier ni dari member atas member. Kacukan kucing parsi campor kucing kampung. Kiranyer wajah pan asian lar..he..he. Sapa2 yg nak jd menantu aku ni pastikan Kucing dier memiliki wajah yg kacak tau... suam kuku punyer muka gua tak layan...kuang2. Kucing ni pon menjadi kesayangan ct. La ni dier sayang kucing dr aku. Sanggup marah aku dari kuCing. Si Ct ni sepanjang hayat aku kenal dier memng tak pernah pegang kucing. Tp aku tak sangka lak ropernyer ngan oyen ni tak berenggang langsung. nk mandi dibwak, nk tidoq dibawak, nak wat keje sekolah pon dibawak. Ct ni memilih kasta. Kucing cantik dier belai la hak yg kampong...HARAM!!!!he..he. Tp mmg ada improvement dari tak pernah pegang kucing smpi leh pegang Kucing. Syabas Bette!!(industan punyer bahasa) Kat sini pon aku nk bg ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kak idza kerana atas rasa kasih sayangnyer kepada oYen ni dier belikan oYen makanan yg berharga RM48 sehingga menjadikan oyen ni seekor kucing yg montok, berbulu lebat, berhidung mancung dan digilai ramai oleh kucing-kucing jantan yang jongos di kampungku. he..he. Thanks Kak!!!so di sini aku nk declare yg Oyen ni sah menjadi anak angkat ko yer kak. Tanda penghargaan.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

WomEN Driver

Posted by Unknown at 12:08 AM 0 comments

Apa Pendapat pemandu-pemandu wanita di luar sana??? Tapi video ni mmg Kelakor sangat2. Tp bg aku tak Semua pompuan drive mcm ntahapantah...ada gak yg hebat n lebih hebat dari lelaki. Aku kategori apa ek???? pemandu berhemah rasanyer!!! kuang..kuang...

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Wednesday, June 10, 2009

Kata-KaTa BiJaK TenTang CinTa

Posted by Unknown at 11:00 PM 2 comments

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES