Thursday, February 16, 2012

Penang

Posted by Unknown at 9:44 PM 2 comments
Malas nak bertaip mengarang panjang2 tetapi cerita tetap cerita. Tamat je Majlis Perkahwinan Ct Saripah kami terus berkemas2 menyambung perjalanan ke Penang. Jambatan Pulau Pinang setiap kali melaluinya setiap kali itulah perasaan teruja tidak pernah berkurang. Bukan aku jer..anem, nad, mel n k.idza macam pertama kalinya lalu menjerit2 mengalahkan ibu yang mahu bersalin. Sepanjang aku menyusuri jambatan Pulau Pinang ni aku terfikir bagaimanakah jambatan ini dibina, berapa banyakkah tanah yang digunakan?? dan pelbagai soalan yang menerjah fikiran.
Pelbagai soalan yang menerjah di fikiran tiba2 terhenti dengan tiba2 apabila suara anem menjerit kerasukan syaitan apabila dengan kuat mengatakan di hadapan kami terdapat cruise yang sangat sangat sangat besar yang sedang berlabuh. Pertama kalinya dalam hidup aku melihat kapal yang sebesar2 kapal dan seterusnya memasang niat untuk bercuti di dalamnya bersama orang2 tersayang terdiri daripada emak, ayah, suami (berangan dulu) dan rakan2. Untuk seketika kami berhenti untuk bergambar sebagai kenangan supaya satu hari nanti akan jadi kenyataan. Setelah dirisik2 pakej yang ada ke Krabi atau Phuket dan kena naik dari Port Klang. Bayaran mahu ribu raban gak ni. Kena mengumpul duit daripada sekarang dan mengharapkan agar SBPA dilaksanakan secepat mungkin.
Tidak lengkap rasanya kalau ke Pulau Pinang tidak pergi ke Padang Kota untuk menjamu selera.
Kuew Tiow Udang. Sepinggan RM8. Bagi aku terlalu mahal kerana rasanya tidakla sesedap mana. huhu
Sememangnya pesembuq di Penang harus dipuji. Keenakannya menjilat jari. Sepinggan yang anda lihat ni dalam RM30 lebih. Fuhhhh!!
Kebetulan tiba di Padang Kota adalah sambutan Tahun Baru Cina. Meriah U Ollssss
Kami bermalam semalaman di Penang. Mencari hotel bagaikan mencari emas di hutan belantara. Ini adalah disebabkan oleh Tahun Baru Cina. Segenap ceruk Penang kami cari tetapi tiada satu pun yang boleh dianggap sebagai hotel yang kami mampu bayar. Yang tinggal hanya Hard Rock Hotel yang sewanya agak menyesak nafas. Tetapi alhamdullilah, akhirnya kami mampu menyewa sebuah apartmen berkongsi bersama2 dengan family kak aida (kakak k.idza) maka dengan perkongsian yang cukup membahagiakan itu setiap seorang hanya perlu membayar RM50 sahaja. Harga yang sangat berbaloi dan apartmen yang sangat menawan hati. Syukran!!
Bangun2 pagi sahaja terasa lapar seperti berpuasa sebulan. So kat Penang ni kalau tak pekena Nasi Kandaq memang tidak sah. Jadi ayuh kita ke restoren Nasi Kandar Subaidah. Siap check in lagi..hehe
Berjalan pulang ke hotel dengan perut buncit ke hadapan kerana kekenyangan. Dsebabkan ingin melindungi perut itu maka gambar daripada belakang terpaksa diambil bagi melindungi privasi orang di dalam gambar ini.
Sebelum berangkat pulang ke Perlis Indera Kayangan kami telah dibawa oleh anem bekas pelajar Politeknik Seberang Prai dan kerana kedudukkanya sebagai bekas penduduk penang maka dengan penuh bangga dibawanya ahli rombongan mengelilingi seluruh Pulau Pinang melalui tepian pantai sehinggalan gunung ganang. Gambar di atas adalah empangan. **lupa nama empangan**


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Saturday, February 4, 2012

Perlis-Songkhla-Hatyai 2012

Posted by Unknown at 10:48 PM 2 comments
Tanggal 24 Januari 2012 rombongan terdiri daripada aku, anem, nadia, mel, k.idza beserta keluarganya Makcik Zaiton, K.Aida dan anak2 dan Zaidi telah mencapai kata sepakat untuk bercuti together-gether agar hubungan ukhwah dapat dirapatkan. Dengan RM100 satu kepala semua telah tersedia daripada transport hingga ke makan. Complete. Malahan ada balance lagi. Murah dan berbaloi.
Dengan berbekalkan semangat waja..pedulikan kehilangan wang beratus2 ringgit demi mengembara ke Hatyai dan Songkla. Yang penting hati riang jiwa tenang. Dimulakan dengan bacaan bismillah akhirnya kami berada di depan imigresen Padang Besar. Apa yang istimewanya kami tidak perlu beratur seperti orang lain. Hanya selitkan duit sebanyak RM1 ke dalam pasport dan perjalanan begitu lancar. Kebetulan Tahun Baru Cina , memang ramai pelancong masuk ke Thailand. Terima kasih diucapkan kepada Makcik Zaiton kerana dengan kepakarannya kami bejaya mengharungi saat mengecop pasport dengan mudah dan bergaya. Syukran!!!!.
Bersarapan sebentar bersama rombongan. Serius aku katakan bahawa kalau ke Perlis atau Thailand jangan lupa untuk mencuba teh ais yang sangat enak dan berkrim sehingga kita lupa akan keenakkan cool blog atau chatime. Adunan yang cukup sempurna antara susu dan teh menyebabkan aku teringat2, termimpi2, terbayang2 sehingga saat ini...ketika blog ini ditulis....


Setelah kekenyangan dan mengucapkan ahamdullilah perjalanan kami diteruskan ke pantai Songkla. Perjalanan dari Padang Besar ke songkla mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Namun perjalanan yang memakan masa selama 1 jam itu tidak bosan kerana van pelancong ini dilengkapi dengan set karoake. Wahhh mata kami membulat dan membesar. Mula2 kelihatan seperti malu2 kucing namun akhirnya aku menyumbangkan suara dan menerima tepukan gemuruh...Nadia hanya mendapat tepukan sebelah tangan dan hampir tidak berbunyi..K.idza tidak mendapat tepukan dan menangis sepanjang perjalanan..Anem berkaroake di dalam hati dan kadang2 kedengaran..Mel tidak menyanyi kerana mengetahui kekurangan diri.
Pantai Songkla tidak banyak berbeza dengan pantai2 di Malaysia.Tempat dan penduduknya sahaja berbeza. Namun pemandangan yang Allah cipta memang indah. Terima Kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakkan kaki ke pantai ini untuk mensyukuri nikmat yang Kau beri. Alhamdullilah.
Bila travel ni..perkara yang paling aku suka adalah untuk mencuba segala makanan di negara orang. (yang halal je ye) Tom yam pastinya sangat sinonim dengan Thailand. Serius aku katakan bahawa perut yang mulanya tidak lapar tiba2 menjadi lapar yang teramat sangat sehingga baunya sahaja bisa membuatkan ramai yang menelan air liur tanpa henti2. glppppp..Tomyam sedap..sambal belacan pon speechless la..ikan2 memang fresh dan pasti harganya sangat murah.
Pelbagai juadah dan lauk yang membuka selera..yumeyeahhhhhhhh
Model terkenal yang diterbngkan khas daripada Malaysia ke Thailand. Big C ala ala macam giant atau tesco la. Harganya memang murah kalau dibandingkan di Malaysia. Macam2 barang dan gadget tekini dijual di Big C yang kadang2 tidak terdapat di Malaysia. kat sini aku jumpa beg jenama Bata. Kalau kat Malaysia jual kasut jer..Tapi pendek kata memang murahhhhhhh.
Kalau ke sesuatu tempat yang dlawati..wajib beli T-shirt sebagai buah tangan untuk orang-orang yang disayangi di Malaysia. Kualiti kain yg baik dengan harga RM12-15 bergantung pada gaya anda menawar pastinya menjadi milik anda dan boleh dipakai ketika menonton wayang bersama suami atau rakan2.
Pasar Hatyai atau penduduk di sana panggil maarket jek. Pelbagai jenis barangan daripada beg, kasut, jeans, baju , seluar besar mahupon kecil, pendek kata syurga membeli belah dengan harga yang murah. Apa yang tak bestnya bagi aku adalah sikap penjual tu sendiri. Komunikasi antara kami macam ayam dengan kucing. Bahasa Melayu sangat minimum..malahan bahasa inggeris pon diorang tak paham. Tak cukup dengan itu..kalau tak jadi beli mereka akan marah atau membebel dalam bahasa Thailand atau sebenarnya puncanya adalah komunikasi yang kurang berkesan. Kami nak lain..dia fikir lain...Adoyaiiii tak pela makcik kami beli tang lain yer..(hati bengkak dengan peel penjual) Lagi satu diingatkan jika membeli tolonglah tawar menawar separuh daripada harga yang ditunjukkan. Jangan tertipu k!!
Pulut beserta ayam adalah juadah yang terkenal di Hatyai.
Perjalanan diteruskan ke Bandar Hatyai. Lagi meriah uolllllllsss. Di sini lagi meriah daripada market. Setelah dikaji didapati harga di bandar Hatyai lagi murah daripada market tadi. Selain daripada T-shirt, kegilaan kami adalah mengumpul fridge magnet. Tidak melepaskan peluang untuk membeli fridge magnet yang pelbagai untuk dihadiahkan kepada diri sendiri dan rakan2 dengan harapan rakan2 nanti akan bagi fridge magnet kat kita balik jika beliau pula melancong. (niat tersembunyi) Kebetulan tahun Baru Cina, maka terdapatlah naga2 besar dan panjang berkeliaran di bandar Hatyai. Keriangan jelas tergambar di wajah nad , anem dan mel kerana wajah mereka dapat diabadikan bersama naga dibelakang itu.
Antara penjaja yang berjaya dirakam wajahnya. Tersenyum manis memandang kamera kerana kelihatannya seorang gadis ayu cuba merakam wajahnya. hehehehe.
Puas berjalan, puas berpusing tibalah masa untuk minum. D Hatyai mesti ada jual kelapa pandan. Memang sedap menjilat siku.
Kalau dah sampai Hatyai cubalah untuk memanjakan diri dengan mengurut. Dengan harga RM25 anda akan diurut selama 1 Jam. Sangat berbaloi dan benar2 enak. Kalau di Malaysia urut kaki pon dah RM40. Serius sangat teruja dengan harga dan cara orang Thailand mengurut memang sangat berbeza. Aku nak lagikkkkkkk..tapi pastikan anda tidak geli untuk dipegang. Namanya kami rahsiakan kerana ada pelanggan mulutnya terjerit terlolong menendang ke sana menendang ke sini apabila disentuh tukang urut. Penggeli rupanya...
Dalam masa 1 hari untuk mengXplore Hatyai memang tidak cukup masa. InsyaAllah kalau dizinkan Tuhan kami nak ke mari lagi. Masa ni saat2 kami hendak pulang ke Tanah air. Sempat lagi Nad membeli teh ais untuk membasah tekak. Di Bandar Hatyai terdapat banyak stall menjual pelbagai makanan dan juadah yang berbeza dan unik yang tak mungkin kita lihat di Malaysia. Jangan risau pastinya halal kerana yang menjual memang orang Islam. walaupon stall mereka kecil namun tanda halal akan digantung atau dipamerkan agar anda tidak was-was untuk membeli.
Akhirnya kami sampai di Perlis dalam pukul 10 malam. Namun tidak lengkap pengembaraan ini jika tidak bergambar di lampu kangar perlis ini. Ini adalah kerana desakan nafsu serakah anem yang teringin sangat nak bergambar di sini. Kami menahan malu kerana di hon beberapa kali oleh kereta yang lalu lalang. Tidak pasti mereka hon kerana kami terlalu cun atau kami terlalu jakun. Hahahha (anem punya pasal la ni) K.idza pula tiba2 berdialek Kuala Lumpur untuk mengelakkan dketahui oleh penduduk Perlis bahawa dia orang orang Perlihhhh. Cehh
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Hajah Zaiton pemilik rumah yang kami tinggal untuk holiday kali ini (Mak K.Idza). Penginapan yang sangat selesa dan makanan yang sangat lazat menyebabkan berat hati kami untuk meninggalkan kalian. Namun apakan daya..kami terpaksa pergi juga. Yang kat atas ini adalah Ciko. Sangat comelll, sangat gumukkkk, sangat gedikkkk walaupon dia jantan. Rasa nak pijak atau bunuh jer sebab geram sangat. Siyess tak bohong.
Supir kami beserta kereta barunya. Sangat bergaya. Tq to anem kerana dengan kereta dan kudratnya mampu membawa kami menempuhi pengembaraan ini. Sebelum berlepas balik ke BP Padang Besar jangan dilupakan. Kami berborong sakan seperti esok Padang Besar akan ditutup operasinya. Tiada gambar kerana fokus kepada membeli lebih diutamakan.

Biasalahhh kalau dah lalu Chuping....opkos kena bergambar di ladang tebu. Masih seperti dulu..luas terbentang..hijau mata memandang..Bye Perlis..Bye hatyai..InsyaAllah kita jumpa di hari yang lain..Tq pada kawan2 yang terlibat secara langsung atau tidak kerana menceriakan hidup aku untuk beberapa hari. Hhehehe. Part 1 habis...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES