Thursday, December 9, 2010

Naik Keretapi Ke Singapura...

Posted by Unknown at 8:04 PM
Pertama kalinya dalam hidup menaiki keretapi dari Kluang ke Tanjung Pagar Singapore gara-gara anem. Yer la..perempuan lemah IQ aka Anem teringin bebenor nak naik keretapi. Anem bilang kereta udah naik, motor udah naik, kapal terbang udah naik..tapi kok keretapi belum. Aku katakan dia sebagai lemah IQ adalah disebabkan satu perkara yg terjadi dalam keretapi. Sampai ke mati nem aku ingat tragedi ko ni...Tambang dari Kluang - Singapura ialah RM16 hinggit.

Tragedi ke 2 yang terpaksa ditempuhi apabila..2 gerabak telah tertanggal dr gerabak2 yang lain. Perjalanan yang sepatutnya hanya 3 jam jadi berjam-jam. Kalau orang bersalin pun dah siap potong jambul dah. Naik keretapi pukul 8.40 sampai Tanjung Pagar jam 1.00 Ptng. Sangat lama ma. Keretapi nie dari Tumpat so sepanjang perjalanan demo kechek habih la..nsb bek kawe pehe demo royak gapo. Demo ni geger Tapi kelakar...Semasa terkandas ni la anem dengan tak malu meminta aku mengambil gambarnya di tepi keretapi. Katanya mahu dijadikan profile FB yg baru..wakakakkaka

Setelah berhempas pulas berpenat lelah naik keretapi..tibala kami di stesen KTM di Tanjung Pagar. Anem melompat keriangan tanda gembira. Aku terpaksa menenangkan dirinya kerana hampir separuh gila. hahhahaha. (drama..drama..drama..) Sebelum nak jalan2 kena check tiket. Tiket balik pada jam 6.00 Petang. Harga tambang dah kena dollar dah..16 Dollar aka RM30 lebih la..Sambil beli Tiket tu tnya la abang kaunter mana tempat yg menarik nak pi..Abng kaunter yang boleh tahan hensemnya mengatakan " Adik2 pergilah sentosa island" Kami dengan bangganya mengatakan " dah pergi la bang" dengan nada yg penuh lembut..(hahhha) Akhirnya abng ni suruh kitaorang pergi ke Orchard Road or China Town. Setelah mengadakan musyawarrah bersama Datuk Anem kita telah memutuskan pergi ke Orchard Road kerana lebih nampak meriah n nampak kaya.

Dah sampai pun ke Orchard Road. Bagaimana kitaorang boleh sampai di Orchard tanpa mengeluarkan peluh, tanpa kaki berjalan, tanpa mengeluarkan wang???? Alhamdullilah dengan izinNya kami dipertemukan dengan Pakcik yng bernama Manan. pakcik ni kitaorang jumpa masa kat stesen KTM. Kami tanya dia bagaimana nak pergi ke Orchard Road. Dier pon bg penerangan bunyinya seperti ini"bla..bla..bla..bla.." Kami pun dengan tabah dan tawaduk pergi dengan penuh tekad. Pergi jalan kaki tu weii..setelah tak berapa lama berjalan kaki tiba2 ada teksi toyota kaler merah dier berhenti lalu mebuka tingkap. OOOOOO pak Cik tu ropernya..dier pun ajak naik. Tanpa malu Tanpa segan terutama anem kitaorang pon naik. Akhirnya pakcik nilah yang hantar kitaorang ke Orchard Road tanpa mengenakan bayaran. Tq Pakcik Manan. I lap U..
Orchard Road adalah satu tempat syurga membeli belah barang2 berjenama mewah glerrrrrrrr seperti ZARA. Louis Vuitton. Gucci, Top Man n lain2. Susah nak cari barang yg praktikal seperti aku insan biasa. Jamu mata jer la. Ini kali kedua aku sampai kat tempat ni. Kali pertama semasa menghadiri majlis apa ntah..aku pon tak ingat..sambil jalan2 tu ada lak orng bagi tester minum Starbuck. Apalagi kebetulan tekak haus minta diisi kitaorang sambar jer la. Walaupon sedikit tapi cukup puas sebab tak perlu keluar duit.

Jalan2 juga namun Allah jangan dilupa ye..Baru barakah perjalanan kita. Aminnn

Dah puas jalan time untuk balik lak...Sudah..Tak reti nak balik dah..tapi jangan malu untuk bertanya orang. Bak kata pepatah " Malu bertanya sesat jalan" So kitaorang tak malu n tak sesat jalan. Rasanya Dekat 10 orang la kitaorang tanya tuk kembali ke jalan benar iaitu Stesen KTM la. Kalau pergi naik kereta n free.. balik lak..naik MRT aka LRT n berbayar. Dari Orchard Road ke T.Pagar $2.40 Dolar seorang. Cuak jugak masa ni siap kena tukar train lak. Nasb baik ada kakak ni baik kebetulan nak pergi Tanjung Pagar so dier la menjadi Tourist Guide kami untuk seketika. Tq Cece. Yang dekat atas tu anem gambar kat stesen komuter MRT Tanjung Pagar.

Berjalan kaki dari stesen MRT Tannjung Pagar ke KTM. Jauh gak..dalam 40 minit berjalan. Tengok2 gak mana tau ada beca tapi malangnya impian tak jadi kenyataan. huhu

Gambar Hiasan.

Akhirnya sampailah kami jam 5 petang di stesen KTM setelah beberapa jam menjamu mata di Orchard Road. Penat gler sebab banyak menggunakan kaki. Dekat sinila baru kitaorang menjamu selera. Perjalanan ke Singapura kali ke 4 ini cukup menyeronokkan n mencabar kerana kami pergi buta2 ajer. B4 sebelum ini mesti naik dengan bus atau ada tourist Guide. Lepas ni kalau nak pergi sendiri pon leh hehehe. Naik keretapi pulang jam pukul 6 Ptng. sampi ke Kluang dalam Pukul 9.oo mlm. Penat tapi best. Sepanjang perjalanan ke Singapura naik keretapi ni ada 2 perkara memalukan. Pertama salah masuk tandas. Kedua..malu nk cerita..biarla ia menjadi sejarah..haha


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

8 comments:

anem on December 10, 2010 at 1:14 AM said...

best la cita ko ni.. tp 30% cite ni ko tokok tmbah supaya menjadi lebih dramatik... ko mmg drama queen la jah...bak kata nad la.. hahaha mmg seswaii!!~

idza on December 10, 2010 at 7:16 AM said...

wah memang best la journey kau kali ni..ternganga aku bc.

Naddie Edwards on December 10, 2010 at 8:20 AM said...

wayang lebih ini amoi..hahaha..good job!
sape nak temankan aku shopping kat orchard road?

Unknown on December 10, 2010 at 12:27 PM said...

anem: Itu kisah benar nem..tak ada tokok tambah
K.idza: hahhaha tipu!!!
nad: Kami nad!!!!!

yatie mutalib said...

Best giler journey korang..next time bwk geng2 tmn pt usop g jln sana yek!teruja nak pegi..:-)

dZana on December 11, 2010 at 7:59 AM said...

sama dgn iza.. akk pun trnganga baca ko punya cete..nape pic ko tak de.. kau msti pakai baju yg sama ni.. nnti ajak lah akk naik ketapi yer.. teringin jugak..

Unknown on December 11, 2010 at 10:43 PM said...

hahhahahahaha k.zana..tau pon..mmg tak nk letak nnti kak zana komen..jom lar kak..beshh

aja~jajie said...

huhu..best2..kak jai yg manis lg tawaduk...huhu..nak join pigi gak..huhu5 stars utk drama sebabak yg hebat..~

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES