Friday, May 27, 2011

Katakan TIDAK pada Gores dan Menang

Posted by Unknown at 9:36 PM
Perghhh hidung berdarah hati menggelegak bila aku dihampiri seseorang lelaki cina menawarkan aku sekeping kad iaitu gores dan menang. Kejadian berlaku di Carrefour Batu Pahat. Ada sejarah hitam yang tak dapat aku lupakan sebenarnya apabila terlihat sindiket gores dan menang. Gores hatiku dan buat aku bengang bila memikirkan sindekit yang masih aktif ini walaupun papan tanda telah dipacak tp kadang masih ada orang yang tertipu. Sebab dorang sangat hebat dalam menipu orang. Nasib baik kejadian 2008 tu aku hanya hampir2 tertipu dan masih boleh diselamatkan tapi member aku yang terkena hampir RM5k. Dengan RM5k boleh beli I phone 4 keluaran terbaru dan boleh berbangga dengan kawan2 namun apa yang dapat adalah barang2 buatan China yang ntah apa ntah yang nilainya adalah sangat murah. Itu adalah seba sedikt flash back yang dulu. Selepas kejadian yang dulu semasa aku zaman naif dan kes seperti ini baru sahaja tumbuh bak cendawan lepas hujan dan media2 massa dan media elektronik masih belum buat ulasan tergempar dan pastinya papan tanda pasal isu gores dan menang belum terpacak di Carrefour tiba2 dalam sejarah pada tanggal 26 Mei 2011 aku didatangi oleh lelaki berhati jongos untuk menipu aku. Mungkin dengan bantuan dia membantu aku memparkingkan kereta ingat boleh mahu tipu aku dengan gores dan menang lar....sowey la brader..pelanduk sering lupakan jerat tapi jerat takkan lupakan pelanduk. Taktik yang sama, cara yang sama, modus operandi yang sama buat aku tersenyum sumbing. Dengan bercakap sambil air liur memercik..buat aku lagi menyampah n aku terus blahhhh. Banyak kronolgi citernyer tapi malas nak taip2 panjang. Ingat jangan mudah tertipu dengan gores dan menang. Nanti anda akan jadi BENGANG!!!!





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES