Tuesday, October 11, 2011

Tanjung Balai Karimun Indonesia

Posted by Zainah Senin at 9:38 PM
Perjalanan dimulakan pada pukul 5.30 pagi daripada Batu Pahat ke Kukup Pontian. Hampir 2 jam perjalanan aku dan awin habiskan masa dengan tidur berbanding aja yang terpaksa menemani anem memandu kereta kesayangannya itu. Sampai di Kukup dalam pukul 7.15 pagi. Dengan sepantas kilat kami terus membeli tiket feri ke Tanjung Balai. Harga tiket RM100 pergi dan balik. Pukul 9.30 pagi kami sampai di tanjung balai. Udah kena ngomong Indon dong!!
Bakso yang aku idam2kan dari batu pahat lagi. Memang terbaik rasanya. Tak sia-sia kami tanya penduduk tempatan untuk mengetahui tempat makan bakso yang terbaik di tanjung balai ni.
Model sate ini anak Malaysia tapi telah disunting oleh pihak Indonesia kerana dikatakan mirip pelakon bolywood kareena kapoor. (hahahah ketawa dengki) Berbalik cerita sate..rupanya, warnanya, hampir sama dengan malaysia cuma kuahnya saja ada sambal kicap. what d heck????
Pelbagai pakain, telengkung, jeans, beg tangan jenama terkenal dengan harga yang murah(paham2lah)boleh didapati di tanjung balai. Tetapi harga di Bandung lagilah amat murah pilihan pun lagi banyak. Tarikan Tanjung Balai ini adalah terletak pada aktiviti pelacuran. Jika dilihat dari jeti kukup lagi kebanyakannya 90% adalah lelaki. Apa yang mereka buat di Tanjung Balai??? mereka sahaja yang tahu.
Boleh dikatakan tempat ni macam ala-ala Petaling street. pelbagai jualan daripada makanan, pakaian dan segalan-galanya dijual di sini.
Apam balik ni berbeza dengan malaysia disebabkan isi di dalam apam balik ini. Pelbagai rasa boleh diminta oleh pelanggan seperti mentega, kacang, strawberry dan lain2.
Tanjung Balai memang terkenal dengan jus alpokat yang diperbuat daripada avocado. Nama menu yang agak pelik..tp rasanya mmg terbaik.
Pengangkutan utama di tanjung balai. hanya membayar 1 ribu rupiah anda akan di bawa mengelilingi kawasan pekan tanjung balai.
Antara senario yang boleh dilihat di tanjung Balai.
Penjual2 Tanjung Balai yang sangat peramah. Amat menyukai aja kerana wajah aja mirip sekali sama makciknya udah meninggal dunia dilanggar kereta.

Akhirnya kami pulang membawa pelbagai pengalaman. Melihat telatah manusia yang pelbagai ragam. Semua ini akan dijadikan panduan untuk hidup yang akan datang.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES