Wednesday, September 12, 2012

Apa Yang Aku Rasa Hari Ini

Posted by Zainah Senin at 8:48 PM
Minda Terasa Melayang Dalam Keriuhan..
Cuba dan Cuba Untuk Mencari Jalan Pulang..
Dalam Kepayahan Tersepit oleh Perasaan..
Bimbang.....

Hidup Perlu Diteruskan Bukan??
Takdirnya, Allah sudah Catatkan..
Sebagai Hambanya Teruskan Perjalanan..
InsyaAllah Semoga Dipermudahkan...
Ameen!!!

Tiba2 rasa nak berpuisi..bersajak..terpengaruh dengan seseorang yang suka bersajak di traffic light. Tiba2 jiwa rasa kosong. Bukan kesemuanya..tapi sebahagian. Mengapa? Pertanyaan dari seseorang semalam membuatkan aku rasa tergamam dengan soalannya. Ya..itu realitinya jika ia berlaku. Dan pastinya ia akan berlaku suatu hari nanti. Bagaimana untuk aku hadapinya?? Tidak terbayang saat itu. Tapi aku yakin Allah sudah catatkan segalanya..perjalanan hambanya. Jodoh, maut, rezeki tu kan rahsia Allah. Dan sehingga saat ini aku yakin...segala yang berlaku dalam kehidupan yang aku dah lalui pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti!!! 

Perbualan di kantin sambil menghirup air suam kegemaran aku membuat aku terdiam semula. Sekali lagi sebahagian jiwa aku kosong. Kaitan pertanyaan semalam dan juga perbualan yang berlangsung di kantin ini aku kaitkan. Ye sekali lagi minda aku terbang melayang..termenung panjang...ermmm..bukannya kemahuan tapi takdir Allah sudah dituliskan. Apa yang pasti buat masa ini..saat ini..hidup perlu diperjuangkan untuk diri sendiri..orang yang kita sayang dan orang yang menyayangi kita. Yeah!!




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES