Tuesday, September 11, 2012

TABAHLA HATI..

Posted by Unknown at 12:37 AM
Sekian lama blog berhabuk..bersawang..tiba2 hati melonjak2 dicuit2 untuk menulis sesuatu di dalam blog hidup segan mati tak mahu ini. Bermulanya cerita pada hari ahad 8 September 2012 pada jam 8.00 Pagi. Dengan rasa gembira menaiki motor bersama kakak kesayangan anem.. menuju ke sawah bendang dengan niat murni berjogging bersama dgn rakan2 aja dan yani. Tidak dilupakan aku membawa tab 10.1 yang belum habis bayar dan juga blackberry yang tak pernah berjauhan sentiasa menemani di sisi. Melihat kehijauan sawah padi di waktu pagi membuatkan hati melonjak2 untuk merakam keindahan yang biasanya tidak dapat aku lihat. Waktu2 begini di hujung minggu biasanya aku masih berenang di katil menggeliat ke kiri dan ke kanan. Namun ajakan anem untuk berjogging membuatkan aku berfikir bahawa menjaga kesihatan lebih daripada tidur terbongkang. Sampai sahaja di sawah..dengan rasa terujanya aku mengeluarkan tab yang belum habis bayar sambil berdiri di atas jambatan yang di bawahnya ada air yang menjadi sumber kepada sawah bendang ini. Tidak semena2..tab yang aku pegang tanpa segan silu meluncur laju jatuh ke dalam air. Apa????? apa perasaan aku?? bercampur baur antara marah..terkejut..biol..semuanya bercampur2 diikuti jeritan tanpa henti dari mulut aku. Anem??? hanya melihat aku menjerit..tanpa menunggu sesaat pun terus aku masuk ke dalam tali air sawah. Menyelam..kuak lentang..gaya berirama aku praktikkan untuk mengambil tab itu. Setelah hampir2 putus asa..akhirnya kaki aku dapat merasa sesuatu yang licin..yeahhh akhirnya tab dalam genggaman tp skrin kehitaman menunjukkan dia mati kelemasan. peritnya jiwa melihat dia kesakitan. Anem??? hanya melihat aku berkuak lentang...hahaha..Aku naik ke atas dengan muka kesedihan. Anem?? menenangkan aku yang kerasukan lalu dia bertanya..mana hset kau jai??? apa???? ku raba poket seluar...ternyata hset aku pon mati kelemasan. Menjerit2 lagi tanpa henti. Kesian!!! kesian pada diri sendiri. Kelalaian membawa derita yang berpanjangan. Tidak lama kemudian aja dan yani pon datang dengan penuh riang. Mereka riang...dan apabila sampai mereka kehairanan. Aku kebasahan..anem kekeringan. Penceritaan semula. Simpati aku harapkan namun ketawa yang diberikan Itulah kawan...Puii!!! untuk mereka. hahahahaha. Tab dan Blackberry cuba untuk dipulihkan. Diharapkan kami boleh bersatu semula macam dulu kala2. Walaupun pagi itu ada tragedi..tp semangat kesukanan tetap diteruskan. Apa yang penting biar hilang harta benda tp jangan hlang kawan. Heheheehe. Kalau ada rejeki..sihatla tab n bb. Kalau tak ada rejeki..kena bekerja sekuek hati..simpan duit kat dalam peti..dah cukup..kita beli lagi!! Hidup perlu diteruskan. Yeah!!! Redha dan Pasrah. 


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1 comments:

Unknown on September 11, 2012 at 8:47 PM said...

testing

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES