Sunday, March 25, 2012

TRAVELOG KOREA (DAY 02)

Posted by Unknown at 7:53 PM
Hari pertama memang dah osem..so aku tak sabar untuk memulakan hari kedua menjelajah Korea. Sebelum aku terlupa waktu di Korea adalah lebih cepat 1 jam berbanding Malaysia. Dengan semangat membara aku mengejutkan anem untuk solat berjemaah subuh bersama2 di Korea. (hehehe) Apa yang best pihak hotel telah membangunkan kami dengan wakeup call dalam pukl 5 pagi untuk solat dan seterusnya bersiap sedia untuk destinasi seterusnya. Setelah aku mengazankan telinga di telinga anem dengan diiringi lagu Maher Zain..alhamdullilah lena panjang anem telah aku kejutkan. Anem bingkas bangun dengan tangannya menggaru2 di segenap segi badannya. Sebenarnya cuaca yang amat sejuk menyebabkan kami semua kekurangan kelembapan dalam badan atau pendek kata kurang air. Kesannya kulit rasa gatal dan ingin digaru. Untuk hari pertama aku relax n steady. Gatal2 badan tak ada..tapi gatal melihat 'uppa' Korea lebih parah daripada gatal badan anem. Tapi gatal masih di atas landasannya. Berbalik pada gatal..jika korang nak bercuti pada hari sejuk pastikan bawa losyen untuk mengurangkan gatal badan..tapi kalau mengurangkan gatal melihat jejaka Korea sila bawa suami ye..muahahha. Pic kat atas adalah pemandangan di sekitar hotel. Yang nampak putih tu adalah ais yang beku di sekitar sungai. Pehhh sejuknya...Maha Besar Ciptaan Allah.
Setelah bersiap2 mencantikkan diri dengan harapan boleh memikat jejaka Korea dan seterusnya membawa jejaka yang dipikat bertemu ibu yang setia menunggu di Batu Pahat. (angan2 anem, haram untuk kak nida) Sebelum tu perot perlu diisi untuk menyempurnakan misi di atas. Hanya sayuran2 sebagai santapan kerana hotel ini tidak mempunyai logo halal. Sememangnya mana2 hotel di Korea adalah tidak halal tapi kita perlu bijak untuk memilih makanan yang tidak mengandungi babi yang terlarang atau daging2 yang tidak disembelih. So makanan yang dipilih mestilah berunsurkan tumbuh2 tumbuhan kerana ianya bebas dari bahan2 terlarang. Paling penting jangan was-was. InsyaAllah hati yang ikhlas mampu membuatkan kita tersenyum puas.
Buku dalam peti. Masukkan duit buku pon keluar. Malaysia hado?? Menanam semangat membaca dalam kalangan masyarakat Korea. Mungkin disebabkan itu negara mereka lebih maju daripada negara kita.

Pengembaraan diteruskan ke Mt Sorak National Park. Perjalanan mengambil kira2 3 jam. Sepanjang perjalanan terdapat banyak salji di sana di situ di mana2 jua anda berada. Kejakunan, keghairahan, keriangan jelas terpampang di wajah2 kami. Melihat ciptaan Allah di bumi yang lain amat bermakna.
Maha Besar Allah. Paling suka tengok apabila gunung putih atas dia ada awan. Pemandangan yang sangat menawan.
3 Jam perjalanan membawa kami ke restoren Korea untuk lunch.
Apa yang aku bayangkan itu adalah rumah aku. Walaupun nampak buruk dan tidak gah tapi pemandangan yang ada dibelakang membuatkan rumah itu kelihatan seperti hotel 5 bintang. Setiap petang aku keluar untuk menyapu halaman rumahku kerana diliputi salji (guna penyapu ke?) Setiap petang juga rakan2ku seperti anem yg tak tahu malu, kak nida yang tak segan datang untuk menikmati jemput2 buatan tanganku yang amat digemari oleh penduduk sekitar Korea. Kawan2 tolong lempang aku!!!! aku sesat jauh dah ni...
Aksi lompat yang masih relevan pada zaman kini. Aku teringin sebenarnya melompat di tengah2 gunung ganang diliput salji namun kerana kecintaan pada rakan2 hasrat itu terpaksa aku pendamkan untuk snap gmbr mereka kerana keghairahan mereka melompat bak kanggaroo mencari jalan pulang ke Australia namun tersesat di Korea. Jika dilihat dari sudut alam dan manusia pastinya lompatan syaza lebih dramatik dan cantik kerana faktor keringanan tubuhnya. Saiful pula kelihatan riang seiring usianya itu. Farid kelihatannya seperti malu pada diri sendiri kerana lompatannya agak memalukan kedua ibu bapanya, anem..mukanya agak perit dan pastinya PIBG SMKPB malu untuk mengakui itu adalah ahli persatuan mereka.
Sebenarnya untuk melalui jalan berais ni sangatla berbahaya jika tidak berhati2 atau tidak menggunakan kasut yang bermutu buatannya. Sangat licin. Kalau nak datang tempat macam ni pastikan memakai kasut getah atau kasut kulit bagi mengelakkan air masuk ke dalam kasut. kalau air dah masuk dalam kasut ia akan menyebabkan jari2ku sakit semua kerna bermain salji.
Mengabadikan kenangan abadi di Seoraksan National Park bersama Mak Jah( Wanita Besi Berilmu Tinggi ) Kak Nida( Wanita Cekal Berhati Kebal) Anem(Wanita Sopan, Kadang2 Perasan) Kak Amy ( Wanita Sensasi dan Juga Seksi)


Gaya ala2 Charlie Angels. Gaya jerla..kalau dilihat dari sudut komersilnya ketiga2 model ini pastinya tak ada market dalam industri hiburan di Malaysia. Namun tidak salah untuk mencubakan.. so pada sesiapa hendak mengundi Taipkan AFUNDI NEED , AFUNDI AMY, AFUNDI ANEM ke 4444 tekan2 tak dapat. Sokonglah Artis Tempatan k.
Aja-Aja Fighting. Kalau kat Malaysia takkan nak baling batu bata atau batu kerikil. Takut ada yang jadi arwah. So kesempatan untuk main salji..baling2 salji memang gue sama rakan2 lain nggak kami lepaskan deh. Perlawanan yang berlangsung selama 5 minit diakhiri dengan kemenangan di pihak aku kerana aku menggunakan teknik ansur maju. Manakala anem menggunakan teknik menjawab yang salah.
Patung ni sangat besar. Tu jer nak cakap.
Gara2 mulut Farid yang tidak ada insurans akhirnya kami tersenyum bangga di sisi uppa Korea. Uppa ni pegang bahu aku lagi. Aku cakap kat dia..haramla uppa..tapi dia kata berlapik tak pe..Aku mendengus marah..akhirnya tersenyum rela.
Setelah bermain2 salji. berkejaran ke sana sini ..akhirnya disebabkan faktor usia yang semakin meningkat maka Kak Nida n Kak Amy terpaksa berhenti seketika untuk menikmati kopi Korea. Kopi di Korea adalah agak mahal. Orang Korea juga paling suka minum kopi. Aku bukanla penggemar kopi yang tegar tapi serius kopi dorang memag sedap dan kaww.
Kerana ketidakpuashati anem kerana kalah pada perlawanan aja2 fighting tadi tanpa sedar semasa aku menikmati keindahan gunung ganang anem telah membaling salji kat aku. Akibatnya muka aku terguris luka. Dengan rasa marah aku telah menendang, menumbuk, menghempuk sehinggakan lelaki di atas itu berlari2 keanak2kan kerana ketakutan meninggalkan kami. Adegan semasa aku membelasah anem terpaksa aku cut kerana ianya tidak sesuai untuk tontonan umum. Maafkan aku Anem.


Snowman buta sebab mata dia dah kena copot. Tapi dia masih boleh tersenyum.
Seterusnya kami dibawa ke Pasar Ikan. Kat sinila macam2 ikan yang tak pernah aku jumpa. Namanya ikan tapi bentuknya tak macam ikan. Aku tak tahu ikan ni duduk area mana kat laut. Ikan yang kat Malaysia duduk area mana pulak ye. Kenapa ikan di Malaysia tak sama dengan ikan di Korea? kenapa ikan kat Korea tak ada kat Malaysia? Kenapa ..kenapa..soalan yang tak ada jawapannya lagi. Tak pela nanti aku google sendiri.
Salah satu menu yang dijual di Pasar Ikan. Yang ni bukan ikan ek tapi serangga digoreng. Bau dia sangatla tengik, hamis dan saat ini aku merasakan bau kentut manusia mungkin lebih elok baunya berbanding bau benda alah ni. Uwekkkkkkk
Sejenis ikan. Kan aku dah kata ikan dia pelik. Muka dia langsung tak menunjukkan dia ni berketurunan ikan. Sumpah lain gila. Aku rasa kat laut dalam ni pasti ikan2 lain tak kawan dengan dia kerana rupa dan bentuk yang sangat berbeza. Agak2nya la..biasala terpengaruh cerita sinetron dan telenovela.
Sebenarnya malu aku nak mengatakan dia ni kawan aku. Tapi masalah besarnya ramai ahli rombongan yang mengatakan bahawa si anem ni kakak aku. Puii. Aku mana ada kakak yang bersikap seperti ini meratah ikan di tempat awam tanpa memikirkan maruah adiknya. Malas aku nak cerita pasal kakak tak rasmi aku ni. Ikan ni telur dia banyak dan dipanggang. Rasanya bolehla...tapi bila aku naik bas jer..ada orang tegur pehhh bau ikanla..
Ketam ni jari2nya runcing dan halus. Mesti malas buat kerja rumah masa kat laut dalam ni.
Dah berjimba2 di Pasar Ikan seterusnya kami dibawa ke Abai Village. Kat Perkampungan Nelayan ni la lokasi untuk penggambaran "Autum in My Heart". Bermula daripada cerita inilah kita mula mengenali Korea. Bermula daripada cerita inilah Abai Village menjadi terkenal.
Ha Tu dia aksi heroin daripada Malaysia. Anida atau nama glamernya di Korea adalah Gamsamida.
Feri ni pon ada kat salah satu babak cerita Autum in My Heart. Sebenarnya Anem di ajar oleh Ajushi untuk mengerakkan feri dengan menggunakan alat tersebut. Takla jauh mana dalam 3 minit dah sampai ke seberang. Interaksi antara kami dengan pakcik ni macam ayam dengan itik. Kami cakap bahasa melayu dia cakap bahasa korea. Tapi kami seakan2 dapat memahami apa yang dia maksudkan dan dia juga begitu. Cayala ajushi!!!!
Pemandangan memukau mata. Walaupon namanya perkampungan nelayan..namun bau ikan memang tak ada. Sistem yang dorang amalkan memang terbaik.
Kenangan kami bertiga. Kak Long, Kak Ngah dan adik chik. (akula adik chik tu) hahah
Wanita Korea. Pandai berbahasa Inggeris dan sangat ramah. Usia makcik ni dah 45 tahun nyah!!!
Dinner Time. Yang lain sama menu sebelum itu. Tapi Ikan bakar dia memang marbelesssssss.
Setelah penat berjalan akhinya time to sleepppp. Krohhhhhhh2. (dengkur anem n kak nida ni) Hotel yang kedua kami menginap. hotel ni sama best ngan hotel pertama tadi. Tidak sabar untuk memulakan hari ketiga menjelajah Korea. Maaf pada kawan2 yg aku kutuk. Gurau2 membawa bahagia. Kita jumpa di Day 03.
Sapa2 ak baca day 01 boleh klik sini DAY 01


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1 comments:

anem said...

hahahahaha.... jai senget!!!!

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES