Monday, March 19, 2012

TRAVELOG KOREA (DAY 01)

Posted by Zainah Senin at 10:54 PM
Bibir tersenyum gembira. Hati berbunga-bunga. Hidung kembang kuncup dan tidak lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya kami semua dapat menjejakkan kaki ke bumi Korea. Perjalanan dari KLIA menggunakan pesawat MAS MH66 ke Incheon Seoul mengambil masa kira2 6 jam. Flight pukul 11.30 malam akhirnya kami tiba di Seoul kira2 pada pukul 5 pagi. Turun flight jer dah terasa kesejukkan mencengkam keseluruhan rongga kami. Berbekalkan baju sejuk, stokin, sarung tangan yang dipinjam daripada sahabat handai dan saudara mara sedikit sebanyak dapat menghangatkan badan dan jiwa kami yang sebenarnya lebih hangat daripada biasa. Keterujaan kami bertambah2 apabila mulut mula berkata2 maka berkepul asap keluar daripada mulut kami. Asap yang keluar lebih banyak lebih segar lebih nyaman berbanding asap kat Cameron highland mahupon Genting. Kejakunan anem dan kak nida terhadap asap yang dihasikan daripada mulut yang tidak diberus dapat dilihat pada gambar di atas. puhhh...puhh
Kak Amy Soraya Wakil daripada pihak agensi yang membawa kami terbang ke Korea. Perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pihak rombongan dari segi makanan, hotel dan yang paling penting solat kami terjaga. So pada sesiapa yang berminat boleh klik di SINI. Beri sokongan pada satu2nya syarikat perlancongan bumiputera di Batu Pahat. Hidup Passage dan diharap pose menarik dari wakil syarikat mampu membuatkan anda di luar sana berminat dengan tawaran dari syarikat kami. Kak nak komisen skett ek..hahhaha

Turun sahaja dari flight kami serombongan telah dibawa ke Namsan Park. Dalam kesejukkan mencengkam jiwa dan perasaan telah kami ketepikan kerana keindahan pokok2 yang tiada daun. Namun masih indah untuk dilihat dan difikirkan. Namsan Park adalah tempat dimana orang Korea melakukan aktiviti rekreasi di sini. Sampai di puncak Namsan ni kita akan dapat melihat kota Seoul secara keseluruhannya. Kalau aku buat photoshoot kawen kat sini memang wedding of the yearla (berangan tak salahkan) Ia adalah sebuah bukit ke gunung (tak pasti) yang betul2 terletak di tengah bandaraya Seoul. Agak semput jugala kalau nak menapak ke atas. Tapi berbekalkan iltizam yang tinggi maka kami diketuai oleh kak nida mampu menapak ke atas tanpa peluh membasahi ketiak. Sebenarnya cuaca di Korea pada waktu siang adalah 5 celcius (lebih kurang suhu peti ais kat rumah korang) dan pada waktu malam mencecah ke -3 celcius. Terlampau sejuk. Dahla sejuk kadang2 apabila angin menampar pipi...peh bak kata anem..seperti nak tampar balik angin tu sbb sangat sejuk dowhhh!!
I LOVE U TOO.
Selain daripada nak melihat kota Seoul dari atas puncak..kat sini juga terdapat beribu2 mangga kunci yang bermacam2 tulisan aka Love Padlocks. Tulisan yang mengandungi harapan, cinta , cita-cita mahupon tulisan yang aku tak faham langsung. Yela berapa juta pengunjung dari seluruh dunia dari pelbagai bahasa yang dah datang ke Namsan Park ni. Tersenyum riang kak nida ye la..hatinya kini dikunci oleh abang rahman. Anem juga mencari kunci yang baru kerana kuncinya yang dulu hilang dan aku hanya terfikir2 untuk menukar kunci kereta baru atau tidak?
Memandangkan cinta kami pada angpa semua kami abadikan (mana sempat pikir) nama kita di kunci paling besar kat Namsan Park ni. Yang mana nama tidak ditulis bukan kami tak cinta.bukan kami tak sayang..kami semat dalam HATI.Tu lagi penting daripada segala2nya. Diharap Persahabatan Kita Kekal Selama2nya.
Bersama sebahagian ahli rombongan untuk kali pertamanya kami mengabadikan kenangan di Namsan Park. Ahli rombongan terdiri daripada perbagai lapisan umur mahu yang remaja, kanak2, orang tua, berkahwin, bujang, kahwin yang tinggal suami pon ada..hahha...
Inilah dia pemandu pelancong kesayangan anem dan kak nida. Tagline dia..Halo2, Karaoke (maksudnya tandas) Selama 6 hari tu memang aku dengar tagline nila..sampai kat Malaysia tengok tandas aku panggil karoake..nampak lebih sopan dan menghiburkan gitu. Nama dia David..aku rasa muka david ni ala2 Saif Ali Khan itupon setelah aku balik tengok cerita hindustan. David ni kira Saif Ali Khan versi Korea. Aku rasala..aku tak tahu la apa yang anem n kak nida rasa..mungkin rasa cinta, rasa kasih atau rasa marah. Lagi satu pasal David ni..orang korea biasanya tak pandai untuk menyebut R. Yang paling aku ingat bila dia sebut "River" jadi "Liver". Berdekah aku ketawa dengan anem. Tapi jangan main2 travel guide kitaorang ni graduate Ostrolia dowh...
Destinasi kedua ialah Namsan Traditional House. Dia ala2 macam satu perkampungan tradisi orang korea. Kalau kat Malaysia macam taman mini malaysia. Macam2 rumah boleh dilihat dari rumah orang gaji, rumah orang kaya, rumah isteri pertama, isteri kedua semua adalah. Pic kat atas adalah semua ahli rombongan tiada yang terkecuali. Hari pertama semua nampak malu2 untuk menyapa..bergurau..hanya senyuman je mampu diberikan. Masuk hari kedua, ketiga keempat senyuman tadi digantikan dengan tawa mengilai dan berdekah2 daripada ahli rombongan. Cayala geng!!
Aku rasa permainan tradisional ini namanya gasing kot. Tapi "dikepiuk2" atau dipukul dengan sesuatu alat untuk membuatkan dia terpusing. Gasingnya berbagai2 size. Aku rasa gasing kat Malaysia lagi best dan lagi mencabar kot.
Pemandangan yang sangat superb.

Pemandangan di sekitar bandar Itaewon. Destinasi ketiga iaitu makan time!!!!
Menu pertama di Korea ialah makanan india. Peh...tak dapat nak digambarkan betapa sedapnya. Aku tahan lapar dari flight lagi. Cuaca sejuk menyebabkan perut kami lebih lapar daripada biasa.
Satu2nya masjid di Seoul. Menghimpunkan komuniti Islam di Korea. Alhamdullilah selepas makan tengahari kami telah menunaikan solat zuhur di sini. Pertama kali bila amik air sembahyang macam letak ais dekat muka. Tu belom benda2 lain yang tak perlu diceritakan di sini. (hehehe). Memang sangat sejuk. Pertama kalinya cari sinaran mentari untuk panaskan diri. Kalau kat Malaysia memang idakle nak duduk tengah panas.
Kelakuan adik kakak ni menceritakan segalanya. Bukan menangis mengenang nasib diri atau merindui seseorang yang berada di Malaysia. Mereka cuba untuk mendapatkan haba masing2. Haba Panas ek. Mengikut teori sains apabila merapatkan badan semasa sejuk maka haba pans dapat dihasilkan. Teori ini boleh dipraktikkan di tempat sejuk jeeh..kalau kat Malaysia dah kena lempang anem ni..
Seterusnya kami bertolak ke Danyang. Perjalanan dari Seoul ke Danyang mengambil kira2 2 1/2 jam. Aku pantang kalau naik bas mesti terlelap sambil mengeluarkan bunyi yang agak merdu. Nasib baik ada rakan yang memahami lagi penyayang..agak2 bunyi tu merdu dan mencapai pitching yang tinggi maka cepat2 sahabat aku menjentik muka. Tq anem. Sampai ke Danyang kami dibawa melawat2 ke Cheng Ju Lake menaiki cruise selama 1 Jam. Kalau di seoul suhu agak ok sejuknya...tp kat sini sejuk dia lagi menyengat dan agak jahat. Pehhhh terketaq2 kami semua menahan sejuk yg mengigit keseluruhan anggota. Bila waktu sejuk kekerapan ke tandas amatla tinggi. Apa yang tak best..negara macam dorang ni mana ada pili air. So kami menggunakan kreativiti yang ada untuk berinstijak cara orang islam. Tp tandas di Korea sangatla bersih dan cantik.
Pemandangan indah di Tasik Cheng Ju. Tasik yang dikelilingi gunung ganang. Sangat indah dan memukau.
Popcorn caramel. Sedap gila dowh. Kak Amy yang beli tapi kami yang mentekedarah.Sedap glerr tak sama dengan popcorn Malaysia.
Setelah tertawan dengan keindahan tasik maka destinasi seterusnya adalah restoren korea. Makan steambot. Tudia lauk2 dia. Kesemua hidangan berunsurkan vegatarian. Kebiasaan kami dijamu dengan air msak jer. Tak der langsung air oren ke sarsi ke sirap ke. So mmg tak hairanlah orang korea sihat dan bertenaga dan kulit cantik.
Setiap hidangan mesti ada kimchi. Memang wajib. Menurut David mana2 gadis korea yang hendak berkahwin mestilah pandai membuat kimchi. Syarat wajib tu. Kalau tak pandai atau mak mertua kata tak sedap,,maka tak dapek la kawen dek non. Kimchi ni ala ala sambal belacan kat Malaysia. Pendapat tekak aku mengatakan sambal belacan lagi bestttttt.
Seaweed ni pon macam kimchi. Kena ada pada setiap hidangan. Pendapat tekak aku mengatakan seaweed ni mmg sedap. Aku suka.
Muka2 kekenyangan dengan simbol jempol daripada anem dan diketuai oleh kak amy dengan mengangguk senget ke kanan tanda setuju dengan jempol anem. Pose lain agak biasa untuk dikomen.
Akhirnya kami bermalam di Daemyong Resort. Memang superb bilik dia. Tak sia2 kami bayar beribu ke kak amy..hehhe
Bawah hotel kami terdapat mart. So lepas mandi dan bersihkan diri kami pon tak lepaskan peluang tuk pergi melihat dan membeli apa yang patut. Chef ni sebenaqnya membuat kuih apa ntah. Boleh berbahasa melayu sedikit2la. Aku beli gak kuih dia buat ni. Ala ala mcm kuih kat kelantan tu..apa nama dia ntah. Agak manisla.
Post terakhir dari kami untuk malam pertama di Korea. Jumpa di Day 02.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

2 comments:

anem on March 26, 2012 at 2:21 PM said...

best! best! i like!

anem on March 26, 2012 at 2:25 PM said...

...kuih semang adik jaiiii

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES